Ayat syurga dengan segala kemanisan adalah untuk kita merasa sakitnya duduk didunia. Semoga kita berasa dalam ayat syurga terseebut. Supaya penat dan sakit didunia menyebabkan kita tak terasa sebab kita mengejar sesuatu yang lebih besar.
Ahli syurga setiap saat sentiasa sibuk.Mereka tidak penat dan letih. Tidak ada kebosanan walau sesaat. Tiada kesakitan.
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;
Surah Yaasin 36:55
Syurga
Ayat ini ialah ayat yang berbicara tentang syurga dan keadaan penghuninya. Ayat-ayat syurga dan kemanisannya adalah untuk membuatkan kita tidak rasa sakit hidup di dunia juga untuk menghilangkan penat (kerana kita juga mengejar kemanisan syurga itu).
Dalam ayat ini, Allah memperihalkan tentang penghuni-penghuni syurga. Kita manusia didunia mungkin sibuk dengan hal pekerjaan dan ujian hidup.
Di syurga ahlinya juga sibuk setiap saat dengan banyaknya nikmat yang disajikan oleh Allah. Makhluk yang bernama penat, sakit, bosan tidak lagi wujud di syurga.
Dalam syurga, kejutan akan datang kepada ahli syurga tanpa disangka, dan ia adalah sesuatu ahli syurga yang sangat diinginkan.
Ada perkataan “shaghal”. Ia menggambarkan sesuatu keadaan yang sangat sibuk. Kesibukan demi kesibukan yang berterusan namun tidak penat. Berbeza dengan perkataan masygul iaitu orang yang sedang sibuk tapi masih ada waktu lapang.
Dalam ayat ini juga ada tentang makhluk yang dihalau dari syurga iaitu
- Bosan: tiada lagi bosan
- penat: tidak pernah berasa letih lagi, tak perlu tidur lagi
- Kesakitan: tidak lagi jatuh sakit
Nikmat-nikmat syurga seperti kesenangan dan kenikmatan yang belum pernah dirasakan. Keindahan yang belum pernah kita lihat. Atau suara-suara indah yang belum pernah didengar. MasyaAllah
Refleksi
Seronoknya baca tentang syurga kan.
- Yakinkanlah hati kita, yakinkan fikiran kita dengan segala janji Allah
- Ketahuilah bahawa setiap masalah dan ujian yang kita lalui boleh mematangkan kita, menjadikan kita lebih kreatif, tidak berputus asa.
- Ayat-ayat tentang syurga begini adalah untuk kita tidak merasa bahawa hidup di dunia ini noktah, supaya kita faham bahawa hidup dunia ini adalah jambatan untuk ke destinasi seterusnya yang kekal.
- Segala rasa dunia yang menyeksa jiwa perlulah ditenangkan dengan gambaran syurga yang mengasyikkan supaya kita sentiasa bermotivasi untuk menjadi ahlinya
- Apapun keindahan dunia ini tidak boleh menandingi keindahan syurga yang tidak boleh kita gambarkan.
- Janganlah kita terlalu selesa didunia dan mengejar sungguh-sungguh keselesaan di dunia sehingga mengabaikan jalan-jalan ke syurga.
- Cubalah jadi insan yang terbaik dan memberikan yang terbaik dalam ibadah kita selain membantu orang sekeliling kita.
- Sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita tergolong dalam ahli syurga.
- Renungkan kembali tujuan utama kita dilahirkan iaitu untuk kembali ke syurga.
Kesimpulan
Hidup didunia adalah jambatan yang akan membawa kita kesatu tempat, tujuan akhir kita. Dunia adalah tempat membuat bekalan untuk kita berjalan menuju kesana. Semoga kita tergolong dalam mereka yang disebut dalam ayat 55; surah yasin.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Dengan menyertai team bisnes Shaklee saya,
Register sini
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


