Walaupun kita dah beberapa hari meraikan Syawal, saya rasa masih relevan untuk saya terus berkongsi tadabbur Ramadan yang baru lepas. InsyaAllah ada 8 siri lagi saya akan kongsikan dengan anda.
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara). Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
Surah Al-Ahzab 33:70-71
Bertaqwa dan Berkata Benar
Ayat 70 ini merupakan seruan untuk orang beriman untuk menjaga lidah. Ayat 71 pula ialah kesan menjaga lidah iaitu Allah akan memperbaiki amalan-amalan kita dan mengampuni dosa kita.
Ia umpama isyarat daripada Allah untuk bertaqwa kepada Allah dan berkata besar. Kedua perkara ini mesti integrate. Mesti bergabung.
Antara makna taqwa ialah berhati-hati dan cermat. Berhati-hati ketika ingin berkata-kata. Orang yang paling baik apabila berkata-kata ialah Rasulullah yang seharusnya menjadi role model kepada kita.
Allah menggambarkan cara berkata-katanya para Rasulullah ada 2 konsep:
Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata.
Surah Yaasin 36:17
Al-Balagh maksudnya sampai. Al Mubin maksudnya jelas.
Para Rasul akan melihat Al Balagh dahulu baharulah Al Mubin.
“Syadiida” bermaksud tepat dan benar. Ia memberi makna kata-kata yang sahih pada isinya dan kena pada cara dan situasinya. Terkadang kata-kata kita boleh menyelesaikan masalah tetapi ada juga yang boleh sebabkan masalah.
Lalu bagaimana cara kita bertaqwa dalam berkata-kata?
- Interaktif (al balagh): meraikan pendengar kita, bersikap empatik, mengelakkan duka pendengar dahulu.
- Ilmuah (al-mubin)
- Santun (al Balagh)
- Sahih (al mubin)
Refleksi
Banyak pengajaran dalam ayat ini:
- Bertaqwa dan berhati-hatilah apabila menyampaikan nasihat atau sesuatu perkara sungguhpun ia perkara yang benar.
- Jangan terlalu gopoh apabila ingin menyampaikan sesuatu perkara yang benar
- Jadilah hamba Allah yang cermat dalam segala perkara apabila bercakap dan dalam bertindak.
- Pilihlah perkataan yang bersesuaian agar tidak menyakiti sesiapa
- Jagalah intonasi suara yang kita gunakan kerana ia boleh diinterpretasi dengan maksud berbeza lalu boleh menyebabkan orang lain tersakiti.
- Ikutilah sunnah baginda Rasulullah dalam setiap perkara – seperti percakapan, tindakan dan sebagainya.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Dengan menyertai team bisnes Shaklee saya,
Register sini
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


