Saimdang sudah menuju penghujung sebenarnya. Khabarnya dari 30 episod, telah dipendekkan kepada 28 episod disebabkan rating mereka jatuh di Korea. Agaknya orang Korea tidak berminat dengan drama sebegini, tapi saya suka. Suka terutama dengan kisah cinta Saimdang – Lee Gyeom yang mengasyikkan, sedih juga sebab mereka tidak dapat bersatu.
Saimdang: Wanita Juga Boleh Memiliki Cita-Cita dan Berjaya
Dalam episod baru-baru ini ada kisah tentang anak perempuan Saimdang, Mae Chang. Mae Chang rupanya mewarisi bakat melukis ibunya. Lukisan dia memang cantik, hebat la kiranya bagi orang zaman itu (kurun ke 16).
Pada satu hari, Jabatan Seni Kerajaan membuat pengambilan pekerja baru. Mae Chang menyamar sebagai lelaki menggunakan identiti abangnya, Lee Seon. Karya Mae Chang mendapat tempat pertama tapi Mae Chang telah dihalau apabila mereka mendapati beliau adalah perempuan. Kesiankan.
Pada zaman dahulu, taraf wanita – lelaki tidak sama. Wanita zaman dahulu dilarang bermain, tidak boleh belajar, apatah lagi memiliki impian sendiri.
Melihatkan kesedihan anaknya, Saimdang masuk pertandingan mencari pelukis baru potret raja zaman itu. Tanpa mengetahui karya siapa, para pengadil memilih karya Saimdang sebagai pemenang.
Pada mulanya menteri-menteri semua membantah hanya semata-mata Saimdang seorang wanita (enggan mengiktiraf kelebihan dan keupayaan wanita) namun berjaya juga mendapat perkenan Putra Mahkota dengan sokongan tentunya Lee Gyeom.
Tindakan Saimdang menjadi pelukis potret diraja cuma untuk melakar sejarah, agar ada peluang di masa akan datang wanita juga boleh bekerja seperti lelaki, diiktiraf kebolehan mereka, dapat bermain seperti kanak-kanak lelaki, dapat peluang belajar yang sama rata, dan memiliki impian sendiri.
Tidak hairanlah potret Saimdang diabadikan dalam duit Korea bernilai 50,000 won atas jasa beliau.
Kita Kini Boleh Memiliki Impian
Jadi kita pada zaman sekarang yang memiliki kemudahan yang pelbagai, bagaimana pula kita? Apakah kita masih menunggu, leka sedangkan banyak peluang di hadapan mata kita?
Dari segi bisnes Shaklee, sejauh mana telah kita berusaha?
- Kelas banyak diadakan oleh Shaklee mahupun oleh coach kita
- Kelas online pun banyak
- Gajet masing-masing canggih
- Kelajuan internet – zaman dulu guna burung untuk hantar surat
- Tak perlu pun simpan stok, customer bayar, Shaklee tolong pos
Mudah sangat kan, kalau zaman dulu undang-undang mungkin jadi penghalang, tapi zaman kita pula apa yang jadi penghalang pula?
Semoga saya akan lebih berjaya jadi Master pada November 2017 tahun ini. Doakan saya ya semua.
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.





Good luck.. dengan bantuan blog yang penuh berinformasi.. In Shaa Allah, tak mustahil puan Raihanah boleh leader Shaklee yg berjaya..
anuar recently posted…Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
thanks doakan saya
Alhamdulillah ? Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ?
wan syahida recently posted…Resepi Homemade Nugget Ayam Paling Sihat dan Mudah!
alhamdulillah shye
sejak beberapa bulan yang lalu, saya dah gelar pihak admin blog…adalah Master Raihanah Ahmad
Hero Borneo recently posted…Demi Ukhuwah Blogwalking Tetap Diteruskan
wah best thanks tau. doa tu
Hehehehe nama Mae Chang tu macam abah selalu panggil Mai,,,(Mechang). 😛
Mayy Jie recently posted…Siapa Pula Blogger Yana Jie ini?
hihi dah dekat2 nama. Ikut sejarahnya Mae Chang tu pelukis popular Korea era Joseon
Insyallah akan tertunai dengan hasil kerja keras sepanjang tahun.
akubiomed recently posted…PG Mall Malaysia online shopping membeli belah guna emas
thanks doakan.
mcm dae jang geum juga ke sis cerita ni?
anies recently posted…Köln | Köln-Zentrum sehr zentral, 61 qm
lebih kurang. rasanya wanita korea memang dilayan sebegini dulu-dulu. tapi kita pun apa kurangnya juga kan dulu2