Percutian Shaklee Tajaan Penuh Shaklee ke Switzerland umpama mimpi dalam mimpi
Alhamdulillah saya pun salah seorang achievers untuk percutian Shaklee ke Switzerland bagi cycle bisnes 2021/2022. Kami dibawa bercuti ke Switzerland pada awal November 2022 iaitu tahun lalu.
Untuk pengetahuan semua, ada 2 jenis percutian Shaklee ni:
- Regional Trip 4 hari 3 malam (negara-negara jiran atau ASEAN)
- International Trip 9 hari 7 malam ada 2 kategori
- Umrah bagi Muslim sahaja
- Negara lain di seluruh dunia
Cukup kita layak syarat-syaratnya, pasti kita dapat tempat untuk percutian Shaklee tersebut.
- Regional trip: perlu efektif leader disamping layak 550 conference point (cp)
- International trip: perlu efektif pada level Coordinator disamping layak 1100 cp
Boleh bawa ahli keluarga seperti pasangan, anak-anak atau ibu bapa jika ada banyak bilangan CP. Ada ramai yang dapat perolehi lebih daripada 1 tiket, sebab tu ada yang dapat bawa pasangan, ibu bapa mahupun anak-anak. Kalau layak, semua boleh dapat.
Ada banyak perkara saya nak share berkenaan percutian Shaklee saya ke Switzerland ni, sebab ianya trip selama 9 hari 7 malam, jadi banyak yang saya nak kongsikan dengan anda. Selain ia menjadi satu kenangan yang saya simpan dalam blog saya.
Keseluruhannya seramai 220 orang peserta yang mendapat tajaan penuh percutian Shaklee ke Switzerland bagi cycle 2021/2022 ini. Alhamdulillah I am one of them yang bertuah.
Percutian Shaklee ke Switzerland 2022: Hari Pertama & Kedua
Di airport KLIA, sampai-sampai je saya cari staff Shaklee sebab urusan check in. Dapatkan semua keperluan trip, termasuk duit elaun pemberian Shaklee sebanyak 200CHF (kira-kira nilai masa tu rm1000) untuk perbelanjaan kami di Switzerland. Proceed dengan check in dan seterusnya.
Kami semua dijadualkan naik penerbangan Turkish Airlines bersama-sama dengan Team kami Team Jutawan. Penerbangan akan bertolak sekitar jam 11 malam dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Istanbul. Penerbangan mengambil masa kira-kira 11 jam.
Kami transit di airport Istanbul untuk tempoh 2 jam. Masa ni la kami pulun salin baju dan solat subuh. Sebab sampai di Istanbul ngam-ngam masuk Subuh dah.
Airport Istanbul sangat happening walaupun pada kami sampai tu sangat awal pagi, lampu-lampu banyak, kedai-kedai pun banyak buka. Saya ambik kesempatan untuk beli kopi Turkiye sebaik selesai solat dan salin pakaian.
Dari Istanbul, kami naik flight Turkish Airlines juga untuk ke Zurich Switzerland. Perjalanan ini ambil masa selama 4 jam lagi untuk tiba di Zurich.
Dalam flight kami dapat 2x makan. Sekali makan berat sebagai dinner, lepas tu sekali lagi makan kiranya untuk breakfast. Kenyang sangat. Makanan ala-ala Turkish, sedapla, saya pun boleh enjoy.
Tiba di Zurich dan City Tour
Kami tiba di Zurich dah hampir tengahari. Selesai urusan imigresen yang lancar, kami naik bas untuk city tour sekejap di bandar Zurich.
Bandar Zurich, pusat perbankan dan kewangan global, terletak di hujung utara Tasik Zurich di utara Switzerland. Lorong-lorong yang indah di pusat Altstadt (Kota Lama), di kedua-dua belah Sungai Limmat, mencerminkan sejarah pra-abad pertengahan. Persiaran tepi laut seperti Limmatquai mengikut sungai ke arah Rathaus (dewan bandaran) abad ke-17.

Kami menyulusuri Sungai Limmat yang cantik, teruja dengan keindahan bandar Zurich. Kelihatan di bandar ini ada banyak kereta-kereta mewah. Memang selayaknya lah sebab Switzerland memiliki GDP paling tinggi di dunia.

Lepas jalan-jalan kota Zurich, kami singgah di Singapore Restoran di tengah bandar Zurich. Disini kami dapatlah makan ala-ala makanan Malaysia. Dapat makan nasi bersama tomyam dan lain-lain lagi. Disini pun dah dapat minum air Swiss Water.
Note: Switzerland mempunyai beberapa air paip berkualiti tinggi di dunia, dan ia dianggap selamat dan lazat untuk diminum. Negara ini mempunyai peraturan ketat yang mengawal kualiti air minumannya, dan semua air paip diuji secara berkala untuk memastikan ia memenuhi piawaian ini.
Selesai makan, bas pun bawa kami ke Lucerne.
Tiba di Lucerne
Lucerne, sebuah bandar padat di Switzerland yang terkenal dengan seni bina zaman pertengahan yang dipelihara, terletak di tengah-tengah pergunungan yang dilitupi salji di Tasik Lucerne. Altstadt yang berwarna-warni (Kota Lama) bersempadan di utara dengan 870m Museggmauer (Musegg Wall), sebuah benteng abad ke-14. Kapellbrücke berbumbung (Jambatan Chapel), yang dibina pada 1333, menghubungkan Aldstadt ke tebing kanan Sungai Reuss.
Kami tiba di Lucerne dah petang hari kedua itu. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam dari Zurich. Sepanjang perjalanan saya tak tidur sebab nak menikmati pemandangan. Dapat lihat keindahan Switzerland pada musim penghujung luruh dengan dedaunan yang masih menguning.
Switzerland mempunyai sungai yang tidak terkira banyaknya iaitu sekitar 1,500 tasik, yang terbesar adalah Tasik Geneva dan Tasik Constance.
Check In Ke Burgenstock Hotel & Resort SPA
Burgenstok Hotel terletak berhampiran dengan Lake Lucerne, ada 2 buah hotel di atas bukit dikelilingi dengan keindangan banjaran Alps yang memukau. MasyaAllah cantik sangat tempat ni.

Untuk ke Burgenstok, bas menurunkan kami di sebuah jeti sebab nak naik ke Burgenstok Hotel tu menggunakan bot dan funnicular.


Alhamdulillah kami tiba di Burgenstock Hotel dan terus check in.
Bisnes Shaklee Biar Sampai Layak Dapat Percutian Shaklee Setiap Tahun!
End of day 1. Saya ingat nak tulis juga tentang Burgenstock Hotel tu tapi quite a lot nak dikongsikan. Sebab hotel tu sendiri sangat best. Jadi saya buat next posting.
Bagi anda yang buat bisnes Shaklee, percutian Shaklee adalah sesuatu yang anda boleh dapat. Saya yang biasa-biasa ni pun alhamdulillah Allah bagi rezeki boleh sampai ke Switzerland. So can you!
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
Hubungi kami di nombor berikut untuk pendaftaran segera. Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan hidup baru yang lebih sihat!
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Untuk dapatkan Set Kurus Shaklee, boleh klik link berikut
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
Wow, what an amazing trip you had to Switzerland with Shaklee! It must have been like a dream within a dream. 😍 Alhamdulillah, congratulations on being one of the achievers for the Shaklee vacation to Switzerland for the 2021/2022 cycle. It’s truly a blessing!
I love how you explained the different types of Shaklee vacations, from the regional trips to the international ones. It’s fantastic that you were eligible and got to enjoy the full sponsorship for the Switzerland trip. 🌍
Tekkaus recently posted…Conquering Bukit Beruang Hiking Trail
The journey itself sounds incredible, from checking in at KLIA to the flight with Turkish Airlines. I can only imagine how exciting it must have been to experience the transit in Istanbul and get a glimpse of the city. And the food on the flight sounds so delicious, especially the Turkish-style meals. 😋
Arriving in Zurich and going on a city tour must have been a fantastic way to start the adventure. Exploring the beautiful streets and enjoying the stunning views of Zurich must have been unforgettable. And how wonderful that you got to taste some Asian food at the Singapore Restaurant in Zurich. It’s always comforting to have a taste of home when you’re far away. 🍛
Tekkaus recently posted…Robosen Transformers Grimlock Flagship Collector’s Edition
Lucerne sounds like a magical place with its preserved medieval architecture and the stunning Lake Lucerne. The journey from Zurich to Lucerne must have been breathtaking, with the autumn foliage adding to the beauty of Switzerland. And the Burgenstock Hotel and Resort Spa, surrounded by the majestic Alps, sounds like a true paradise. 🏔️
I can’t wait to read your next post about the Burgenstock Hotel. It seems like there’s so much more to share about this amazing place. Your experience shows that with Shaklee, your business can thrive and bring you incredible opportunities like these yearly vacations. It’s inspiring to see how even someone like you, who considers themselves ordinary, can achieve such extraordinary things. 👏
Tekkaus recently posted…5 Tried and Tested Strategies To Be More Approachable In The Office