Sekarang ini sedang kecoh juga berkenaan virus terbaru, iaitu virus Zika yang dikatakan boleh berumah daripada nyamuk Aedes. Negara kita banyak dilaporkan kes demam denggi yang berasal daripada nyamuk Aedes. Jadi bila menularnya virus Zika, memanglah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi amaran awal tentang virus ini walaupun belum dikesan di negara kita.
Seriusnya KKM dalam isu ini saya kira sangat perlu. Minggu lalu semasa saya ke Giant, terserempak dengan booth promosi KKM di sana. Mereka memberikan maklumat tentang nyamuk Aedes dan turut memberikan sampel percuma ubat jentik-jentik. Benda percuma apa lagi banyak juga saya ambil.
Fakta Tentang Virus Zika Yang Anda Harus Tahu
Virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes
Virus Zika dibawa oleh nyamuk Aedes, sama seperti demam denggi dan chikungunya.
Gejala Virus Zika
Gejala virus Zika adalah sama seperti demam denggi biasa seperti demam panas, ruam, sakit mata, dan sakit sendi yang berlarutan selama 2 hari hingga seminggu. World Health Organization (WHO) sendiri mengakui bahawa virus ini hanya membawa gejala ringan bagi seseorang yang berkeadaan normal.
Gejala Tidak kronik – tetapi jangan pandang remeh
Dilaporkan hampir 80% daripada mereka yang mempunyai virus ini tidak menyedarinya langsung dan kebanyakan mereka tidak memerlukan rawatan khusus untuk pulih.
Walaupun perkara ini mungkin melegakan, saintis melihat ia sebagai menakutkan kerana ini bermaksud ramai orang berpotensi menjadi pembawa virus Zika secara senyap sepanjang dijangkiti.
Tiada Ubat dan Vaksin Virus Zika
Buat Masa ini masih belum ada ubat untuk merawat atau mencegah penularan virus Zika, terutama untuk ibu hamil.
Virus Zika dikaitkan dengan punca bayi berkepala kecil
Virus Zika dipercayai penyebab bayi yang dilahirkan mengalami keadaan dikenali sebagai “microcephaly”. Bayi yang dilahirkan dengan keadaan ini mempunyai saiz kepala yang kecil, sehingga boleh mengganggu perkembangan otaknya.
Meskipun terdapat kebarangkalian punca lain, terdapat bukti membimbangkan yang mengaitkan virus Zika dengan microcephaly.
Jauhi 22 negara ini
Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika mengeluarkan larangan kunjungan ke 22 buah negara ekoran wabak virus Zika yang semakin menular.
Antara 22 negara tersebut adalah
- Bolivia
- Equador
- Guyana
- Brazil
- Colombia
- El Salvador
- French Guiana
- Guatemala
- Honduras
- Mexico
- Panama
- Paraguay
- Suriname
- Venezuela
- Barbados
- Saint Martin
- Haiti
- Martinique
- Puerto Rico
- Guadeloupe
- Samoa
- Cape Verde
Orang Awam Perlu Peka
Walaupun negara kita masih belum termasuk dalam lingkaran amaran tersebut, KKM menekankan orang awam supaya ambil langkah berjaga-jaga kerana wabak tropika ini mudah merebak melalui nyamuk.
Jangan Leka, Ambil Langkah Pencegahan Sekarang
- Ibu hamil elakkan membuat lawatan ke negara terbabit
- Pakai pakaian yang menutupi keseluruhan badan seperti seluar panjang dan baju lengan panjang
- Elakkan berada di luar rumah sebelum jam 8 pagi atau selepas jam 6 petang
- Gunakan ubat nyamuk yang disarankan secara tetap
- Gunakan kelambu semasa tidur
- Selalu membersihkan persekitaran dan bersihkan air bertakung, sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Gunakan pelindung nyamuk pada pintu dan tingkap
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
serius memang menakutkan virus zika ni.
betul tu, menakutkan sebab kesian efek baby tu
Semalam macam ada dengar Indonesia pun dah ada wabak ni, betul ka Ana?
Noriza Rahman recently posted…Ramuan Hebat dari Bahan Semulajadi untuk Kulit Lebih Sihat dan Cantik Jelita
itu tak pastilah MV, saya pun tak semak kesahihannya tu
mudah-mudahan Malaysia dijauhkan dengan penyakit ini.
ema recently posted…Camping Di Bagan Lalang Sepang
amiin
memang baru tahu.
bahaya betul nyamuk zaman sekarang.
berevolusi aje.
titan recently posted…Ich brauche etwas Ruhe
haa memang doktor pun cakap nyamuk dah berevolusi
Ya Allah..jauhilah negara malaysia ini dari sebaran wabak zika itu..Amiin
amiin
risau.. negara jiran indonesia semalam ada masuk berita.. katanya dah ada kena…
zik recently posted…Sah!! Harga kereta Proton Naik, berkuat kuasa 15 februari 2016
berita pasal thailand dah ada kes memang dah ada, tapi indonesia punya kes saya belum dpt baca lagi
nauzubillah..semoga kita semua dijauhi drp penyakit2 seperti ini…ameen…
amiin
Lain macam betul virus ni. Satu nyamuk boleh membawa macam-macam jenis virus.
Seolah-olah nyamuk tersebut, yang mudah untuk hidup di macam-macam jenis climate telah di “genetic engineering” kan untuk membawa pelbagai jenis penyakit sebagai satu bentuk serangan dan sebagai satu bentuk senjata biologi.
Nyamuk tak perlukan VISA, Pasport dan sebarang dokumen untuk masuk ke sesebuah negara. Menjadikan ia sebagai perfect killing machine. Sekian dulu, teori konspirasi dari saya 😀
sabree hussin recently posted…Adakalanya kita perlu banyak berkongsi untuk capai lebih banyak impian yang dihajati
ada juga dengar konspirasi camni. tapi apapun kenalah kita precaution ya
PERKONGSIAN YG SGT BERMENAFAAT…PERLU AMBIL TAHU INFO PENTING NI..
perlu alert semua kak
subhanAllah..kita semua berdoa moga negara kita bebas daripada apa yang sedang berlaku sekarang..risau sebenarnya..terima kasih perkongsian ini..
amiin
nama virus Zika dah cukup popular..namun memberi impak yang kurang bagus kepada manusia..
mrhanafi recently posted…Selami Kisah Bulan Januari 2016
dah ada confirm kes di Thailand tuan
Dengar sudah ada kes di Thailand dan Australia. Perkembangan terbaru virus Zika boleh dijangkiti melalui hubungan kelamin. Ia ada satu yang menakutkan.
akubiomed recently posted…8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
mudah2an rakyat malaysia tidak terkesan dengan virus ini
ciktom dengar virus zika ni dari berita..tapi tak berapa faham..baca blog sis ana baru faham…tp susah jgk sbb simptom2 susah nak detect..
cik tom recently posted…Sumbangan & Amal Jariah: Rumah Kasih Nurul Hasanah
betul tu sis, kena hati2 ya
Menakutkan tau zika ni..huhu..kesian ibu hamil
Ibu Zarith recently posted…Bahaya Virus Zika Kepada Wanita Hamil Dan Cara Mengelakkannya
ibu hamil kena berjaga2.. kesian baby nanti
thanks share. tambah2 pulak sekarang tengah mengandung dan ada anak kecik. nak kena pasang ubat nyamuk serai wangi tu sentiasa lah nampaknya.
Kiera Sakura recently posted…Kisah Khalifah II : On Off Sihat
harus sis, skrg ni tak tentu penyakit ni
saya pernah kena chikungunya.. 2 minggu jugak. memang perit.. Zika ni tak tau macam mana Rasa moga di jauhkanlah
lekatlekit recently posted…RAKAMAN AKSI PEMAIN BOLA SEPAK TERKENAL DALAM BILIK GELAP
amiin, mudah2kan rakyat malaysia dilindungi
Yang bahaya nya berkenaan virus Zika ni, penyakit dia boleh memberi kesan kepada zuriat dan keturunan. Sangat2 membimbangkan sebab selalunya pembawa tak sedar pon dia ada virus tu.
KKM tengah dalam usaha untuk mengurangkan nyamuk aedes ni sebagai langkah awal. Tapi rasanya kita sebagai rakyat kene memainkan peranan untuk hapuskan/kurangkan tempat pembiakan nyamuk.