Rawatan Denggi Paling Berkesan dan Selamat

By | 28 January 2016
Rawatan Paling Berkesan Denggi

Di waktu ini kembali kecoh tentang menularnya wabak denggi. Kami yang tinggal di sekitar Selangor tentulah lebih risau, lebih-lebih lagi memang tinggi juga kadar wabak denggi di kejiranan kami. Selain menjaga persekitaran bersih dan selamat, kami juga elakkan anak-anak daripada berada di luar rumah pada waktu pagi dan menjelang senja.

Cuaca yang panas sekarang ini pun menyebabkan meningkatkan wabak denggi ini, jadi waspadalah ya.

Simptom demam denggi

Simptom demam denggi

Tumpuan Rawatan Denggi Masa Kini

Kebiasaannya apabila denggi, doktor hanya akan memberikan ubat demam disamping menasihatkan agar lebihkan minum air. Ada juga antara pemakanan yang disarankan doktor umpamanya:

Namun baru-baru ini saya ada membaca pandangan seorang doktor dalam Facebook. Antaranya beliau juga mengingatkan perkara berikut berkenaan denggi.

Denggi adalah penyakit yang self limiting

Self limiting bermaksud selepas suatu jangkamasa, jangkitan denggi akan sembuh sendiri. Jus betik atau jus jambu tak membuatkan denggi sembuh lebih cepat dari biasa. Yang menyembuhkan adalah masa itu sendiri.

Walaupun self limiting, tidak bermakna anda boleh merawat diri sendiri. Anda memerlukan rawatan sokongan bagi memastikan anda terus hidup dan stabil sehinggalah denggi itu berakhir sendiri.

Bilangan platelet bukanlah penanda keterukan denggi dan bukan juga penyebab kematian.

Pesakit denggi tidak mati disebabkan platlet rendah. Tetapi kebanyakan mereka mati disebabkan kejutan dan kegagalan hati. Kejutan terjadi apabila pesakit denggi mengalami kebocoran plasma (selalunya terjadi apabila demam mulai kebah).

Degupan jantung menjadi laju dan tekanan darah menjadi rendah. Kegagalan hati pula berpunca dari radang hati akibat jangkitan virus denggi (dengue transaminitis). Kerap juga virus denggi menyerang organ penting lain seperti jantung (dengue myocarditis) atau otak (dengue encephalitis).

Platlet yang rendah akan kembali normal selepas beberapa hari tanpa kira anda ambil jus betik/ jus jambu/ ketam atau tidak. Jika anda tidak mengalami kemalangan (jatuh dan sebagainya) atau tiada penyakit kronik (darah tinggi, sakit jantung, stroke dll), anda tak perlu risau sangat akan bilangan platelet yang rendah. Sampai masanya ia akan kembali normal.

Kumpulan berisiko jika mendapat demam denggi yang teruk

  • Obesiti
  • Ibu mengandung
  • Pesakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang, penyakit hati dll
  • Pesakit yang berusia lanjut (>65 tahun)

Namun jika anda mengalami simptom di bawah, anda juga berisiko mendapat demam denggi yang teruk:

  • Muntah berulang-ulang
  • Cirit birit
  • Pendarahan spontan dari mana-mana rongga
  • Sakit perut
  • Keletihan melampau
  • Mempunyai tanda kebocoran plasma (paru-paru bengkak)
  • Penurunan platelet yang mendadak

Untuk mengetahui tahap keseriusan anda, lebih elok benarkan doktor sendiri merawat anda, jangan duduk diam dalam rumah.

Suplemen sesuai untuk rawatan denggi

Jika anda terkena denggi, pastikan anda menyokong kesihatan HATI juga, kerana platlet yang rendah (akibat virus denggi) akan memberi kesan yang buruk kepada hati anda.

Jadi selain mencari penawar kepada denggi, anda perlu tahu apakah suplement dan makanan yang baik untuk menyokong hati anda menanggung beban akibat denggi. Yang kita mahu elakkan ialah hati rosak akibat denggi, walaupun sudah bebas daripada virus tersebut. Atau yang lebih buruk ialah kematian akibat kegagalan hati kerana denggi.

Jemput tonton video di bawah oleh pakar nutrisi kami.

Antara suplemen yang disyorkan untuk merawat denggi adalah:

Performance Drink

Performance Drink untuk mengelakkan kehilangan bendalir dalam badan atau dehidrasi dan mengekalkan bendalir dalam badan.

Nutriferon

Nutriferon telah digunakan di Hospital di Taiwan untuk membantu rawatan penyakit Hepatitis C. Tentunya nutriferon sangat baik dan berkesan, sehinggakan digunakan di hospital di sana. Nutriferon adalah hasil 40 tahun kajian Prof Dr Kojima dr Jepun (Immunologist yang invent Interferon Drug pada tahun 1970an).

Nutriferon membantu meningkatkan tahap interferon melawan virus denggi

Nutriferon membantu meningkatkan tahap interferon melawan virus denggi

Nutriferon nmeningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan antibodi badan.

Vitamin C

Vitamin C penting untuk membantu meningkatkan sistem imun badan, meningkatkan peranan sel darah putih untuk bekerja membunuh bakteria dan membunuh virus denggi seterusnya mengelakkan denggi daripada teruk.

Bioflavonoids dalam Vita C Shaklee membantu penyerapan lebih baik dan pantas

Bioflavonoids dalam Vita C Shaklee membantu penyerapan lebih baik dan pantas

ESP

Protein untuk memberikan tenaga dan membina semula sel yang sihat dalam badan.

ESP kaya dengan protein untuk memberikan tenaga kepada pesakit

ESP kaya dengan protein untuk memberikan tenaga kepada pesakit

DTX Complex

Ramai yang tidak tahu, apabila seseorang pesakit diserang penyakit denggi, fungsi hati juga turut terjejas. Ya benar, suplemen untuk mencegah dehidrasi amat penting, tetapi organ hati turut penting untuk keseluruhan fungsi badan.

Oleh itu, amat digalakkan bagi pesakit denggi agar turut mengambil Shaklee Complex untuk meningkatkan prestasi organ hati mereka.

Detox Untuk Kesan Lebih Baik Pengambilan Vitamin

DTX Complex untuk melindungi fungsi hati

DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.

  • Ekstrak bijj benih pokok susu tisel (milk thistle seed) – melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.
  • Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu
  • Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit
  • Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan
  • Reishi mushroom (Ling Zhi) – membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung
  • Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin

Berdasarkan perkongsian saya diatas, sangat penting untuk anda pastikan

  1. Bendalir dalam badan ditahap yang sesuai
  2. Jaga hati anda untuk pastikan ia kekal berfungsi dan sihat

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

20 thoughts on “Rawatan Denggi Paling Berkesan dan Selamat

  1. paridahishak

    MUSIM PANAS SEKARANG MENYEBABKAN NYAMUK MUDAH MEMBIAK…RISAU JUGA KALAU DISERANG NYAMUK DENGGI NI…MOGA KITA DILINDUNGI ALLAH DRPD SEBARANG MUSIBAH YG XDIINGINI..

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      banyakkan berdoa di samping menjaga persekitaran bersih kak. jangan bagi anak2 keluar sebelum 8pg dan selepas 6pm.

      Reply
  2. Farrah MF

    Dengan cuaca panas begini, kitar hidup jejentik jadi Aedes memang cepat sangat kan…kita kena alert dengan persekitaran.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      eh ye ke, tapi memang kkm dah test pun jus betik tu, saya rasa selamat insyaAllah

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      semoga kita semua dijauhkan daripada masalah ini

      Reply
  3. DLSL

    Sekarang ni nyamuk AEDES bukan saja bawa denggi tapi kalu dinegara-negara lain mcm Brazil depa bawa virus Zika juga. Mintak2 dijauhkan tuhan lah dari Zika ni. Dalam keadaan cuaca yg kemarau ni, nyamuk AEDES lagi lah aktif. Kena prepare banyak repellent di rumah ehh.

    Reply
  4. rahimah

    Makanan sunnah pasti ada khasiatnya seperti kurma. Banyak sangat khasiat kurma yang boleh melawan pelbagai penyakit . Why not kita cuba jugakan ?

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kesian sangat, especially kalau budak2 yang kena

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge