Cara Hilangkan Jeragat Dengan Selamat dan Cepat

By | 12 November 2015

Sudah cuba macam-macam untuk hilangkan jeragat? Habis beribu-ribu RM, jeragat tetap tidak hilang. Kini saya kongsikan kepada anda cara hilangkan jeragat dengan selamat dan cepat.

Kalau anda alami masalah ini, anda pasti teruja mengetahui masalah jeragat anda boleh hilang dan kulit akan kembali cerah.

Apakah jeragat

Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia. Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan.

Masalah jeragat menghantui ramai wanita

Masalah jeragat menghantui ramai wanita

Menurut Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

Punca jeragat

Cahaya Matahari

Cahaya matahari mengandungi sinar ultraviolet A dan B yang boleh menyebabkan kerosakan sel kulit kita. Kesan sinar UV ini bukan sahaja menyebabkan jeragat malah boleh menyebabkan kanser kulit.

Kehamilan

Bagi anda yang pernah hamil tentu biasa mengalami banyak masalah kulit ketika hamil. Antaranya kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat. Bagi sesetengah ibu, masalah kulit ini akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga ibu yang terus mengalami masalah ini termasuk jeragat.

Hormon Tidak Stabil

Kajian menunjukkan hormon tidak stabil seperti membuat rawatan hormon mengandungi estrogen atau progestron, menjadi punca masalah jeragat.

 

Pengambilan Ubat-ubatan

Ini merupakan punca jeragat yang jarang benar kita sedari. Pengambilan beberapa jenis ubat boleh memberi side efek pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel baru yang sihat dan aktif.

Pewangi

Bahan pewangi dan kosmetik boleh menyebabkan tindak balas photoxic merupakan juga salah satu sebab terjadinya jeragat.

Hypotiroid

Bagi pesakit hypotiroid, ini berlaku disebabkan paras hormon tiroid adalah rendah.

Antara banyak-banyak punca jeragat di atas, punca sinar matahari adalah paling besar.

Cara Atasi Jeragat

Langkah 1: Atasi Masalah Hormon

Anda perlu tahu jeragat tidak akan hilang dengan hanya menggunakan pencuci muka. Patutlah kan, asyik sental je tapi jeragat tidak juga hilang. Sebab inilah pengambilan GLA Complex sangat penting.

GLA Complex mengandungi 2 kali ganda lebih banyak GLA berbanding produk lain di pasaran. GLA adalah singkatan daripada gamma lenolenic acid (GLA).

Untuk tujuan menghilangkan jeragat, GLA berfungsi mengawal paras hormon estrogen dan testosteron. Ingat tadi kan, masalah jeragat adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon, jadi bila hormon stabil masalah jerawat yang menjadi punca utama jeragat akan dapat diatasi.

GLA Complex juga berfungsi untuk memulihkan bintik penuaan / jeragat pada kulit dan melindungi kulit daripada sinaran UV dengan vitamin E yang terkandung di dalamnya.

Langkah 2: Meningkatkan Kolagen Sekaligus Mencerahkan Jeragat

 

Salah satu punca jeragat adalah disebabkan kulit tidak sihat dan mudah kalah pada serangan radikal bebas. Ini disebabkan oleh kolagen yang semakin melemah.

Vitamin C Shaklee dengan teknologi sustained released mampu mengekalkan vitamin C dalam darah selama 5 jam. Jika vitamin C diambil 2 biji setiap 5 jam, vitamin C akan terus kekal di dalam darah anda di sepanjang tempoh 24 jam. Dalam tempoh ini proses menghilangkan jeragat akan berlaku disebabkan berlakunya proses pemulihan yang aktif.

Kolagen berfungsi menegangkan kulit di samping membentuk kulit wajah yang cantik. Pengambilan vitamin C berterusan telah terbukti dapat mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat. Kulit anda semakin cerah dan jeragat akan semakin menghilang.

Testimoni Hilang Jeragat Dengan Shaklee

Testimoni Hilang Jeragat Dengan Shaklee

Langkah 3: Hindari Sinar UV dan Pemulihan Paling Cepat

Selain bekas jerawat, punca utama jeragat adalah sunburn. Sunburn membentuk dan menjadikan jeragat semakin kronik.

Sunburn berlaku apabila sinar ultraviolet A dan B merosakkan kulit dan menyebabkan kulit mati. Kulit mati inilah akhirnya membentuk bintik hitam yang semakin banyak.

Salah satu kehebatan CoqHealth Plus Shaklee adalah fungsi Q10 yang meningkatkan penghantaran oksigen ke wajah. Ini seterusnya dapat menghalang kesan kerosakan pada sel kulit, meningkatkan kadar pemulihan, proses rejuvenasi dan menghasilkan kolagen.

CoqHealth Plus Shaklee juga dapat menjadikan kulit berjeragat semakin cerah dan jeragat semakin hilang. Kalau anda perasan, semakin banyak produk kecantikan di pasaran kini mula memasukkan Q10 sebagai salah satu komponen dan ramuan utamanya.

Langkah 4: Vitamin E Penting

Bagi kesihatan dan kecantikan kulit, vitamin E memang sangat penting. Kandungan antioksidannya yang tinggi adalah kunci menghilangkan jeragat pada wajah.

Selain itu, vitamin E juga berfungsi mengawal selia Vitamin A bagi tujuan pemulihan kulit rosak, disamping mampu mengurangkan jeragat dan menghalang penuaan. Setiap sel jeragat yang hilang, sel baru akan menggantikannya dan sel itu semestinya sel yang sihat.

Selain dimakan 1biji sehari, vitamin E juga boleh dipecahkan dan disapukan pada kawasan jeragat.

Set Jeragat Shaklee semestinya berkesan menghilangkan jeragat pada wajah

Set Jeragat Shaklee semestinya berkesan menghilangkan jeragat pada wajah

Berapa Lamakah Masa Untuk Melihat Perubahan Kulit?

Perubahan pada kulit kesan pengambilan suplemen ini berbeza-beza bergantung kepada tuan punya diri. Tetapi kesannya boleh dilihat seawal 2-4 minggu pengambilan. Ambil secara konsisten dan anda akan takjub dengan hasilnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

20 thoughts on “Cara Hilangkan Jeragat Dengan Selamat dan Cepat

    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa betul tu makin berumur mungkin banyak jeragat nanti

      Reply
  1. malinda

    muka akak pon dah ada jeragat dik sekarang ni akak tengah cuba makan vitamin E mudah mudahan berkurangan la hendaknye…

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      thanks singgah sis. jeragat mmg masalah kebanyakan kaum ibu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, tapi punca terbesar adalah cahaya matahari

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge