Belajar Terima Qada’ dan Qadar Allah Dari Kisah Living In The Garden Of Allah
Saya mula baca sebuah buku sebelum ni, kisah jaman perang dunia pertama bagaimana seorang mat saleh tinggal bersama orang Arab Badwi.
Beliau seorang tentera, habis perang ww1, beliau cuba cari kerja tapi tak dapat. Beliau sangat hampa sehinggalaj beliau bertemu dengan Lawrence of Arabia yang menyarankan beliau cuba healing dengan cara tinggal bersama masyarakat Arab Badwi
Living In The Garden Of Allah
Beliau tinggal bersama masyarakat Arab ni selama 7 tahun dan ada 1 kisah yang menarik berkenaan qada dan qadar
Ada 1 kali tu ribut pasir melanda kampung mereka. Angin panas samgat kuat hingga boleh mematikan ternakan
Arab ni sehabis ribut, mereka laju-laju pergi sembelih ternakan mereka yang mana dah nak mati, manakala yang masih elok mereka bawa ke tempat yang ada air. Mereka buat ni tanpa keluh kesah, tanpa merungut, tanpa marah-marah.
Mat saleh ni pun tanya, korang ni rilek je ya wpun banyak ternakan kau hampir binasa. Power sungguh. Gitulah lebih kurang katanya
Arab ni kata “qadar!”
Semua ni tertulis. Namun kami bersyukur sebab masih ada ternakan yang masih hidup dan inilah akan menjadi sebahagian untuk meneruskan hidup
Itu kisah sekitar tahun 30an dulu
Jaman moden ni kita lihat bangsa Arab Palestin pula menunjukkan kita bagaimana berpegang kepada qada dan qadar Allah. Dari sekecil-kecil anak hinggalah paling tua, takde pun kita melihat mereka berkeluh kesah, marah, perli-perli, merungut atas apa kezaliman dan penindasan yang berlaku kepada mereka.
Itulah dakwah terbesar, hingga ramai masyarakat Barat mula teringin nak tau apa penyebab Arab Palestin begitu tenang dalam ujian besar.
Saya pun jadi kagum. Saya dah baca dalam buku, saya melihat pula dengan mata sendiri jaman kita contoh depan mata.
Belajar Terima Qada’ dan Qadar Allah
Bagaimana kita?
Team kita ada berapa orang sekarang? Jangan sesekali sedih, marah, merungut, merajuk dll, sebab team kita masih ada kan? Kalau 2 orang pun ada!
Dengan apa yang ada sekaranglah kita gerak
Cabaran kita tak sama, saya tulis ni ikut apa yang saya alami juga. Anda boleh sesuaikan kisah ni dengan keadaan anda.
Terima, syukur, redha dan sabar. Allah Ada, Dia Tak Pernah Tidur
Qada dan Qadar is part of our rukun iman. Tenang hadapi cabaran / ujian, sebab ianya semua pun dari Allah.
Kita bersedih, marah, kesal diatas ujian melanda Palestin tapi pada masa yang sama kita kena tahu apa yang kita boleh buat. Sebab kita tahu ianya Qadar dari Allah, maka kita tetap tenang walaupun apa jua berlaku.
Hidup kita mesti kita teruskan macam biasa, kena kerja, masih tetap kena buat kerja-kerja bisnes, sebab kita hamba Allah. Kita masih hidup dan kita kena do our living.
Ada orang tulis, “orang-orang Palestin fikir antara dua sahaja syahid atau berjuang. Tapi kita ni masih DUNIAWI”
Adakah bekerja dan bisnes menyara kehidupan diri dan keluarga dikategori sebagai duniawi?
Ada kisah bagaimana Saidina Abu Bakar dulunya membeli Bilal dengan harga 100 uqiyah emas (sekarang nilainya kira-kira rm3 juta), betapa kayanya beliau!
Bahkan bukan saja Saiyyidina Abu Bakar, sahabat yang lain pun ramai jutawan. Seperti Sayyidina Umar Al Khattab, Sayyidina Uthman bin Affan, Sayyidina Abdurrahman Bin Auf dan lain-lain.
Itu belum hayati lagi kisah kedermawanan Sayyidina Uthman yang membeli sebuah telaga dari seorang Yahudi untuk kegunaan umat islam waktu tu, sampai sekarang masih wujud telaga dan bermanfaat pada masyarakat sekitar Madinah ![]()
Kisah para sahabat inilah yang menjadi inspirasi untuk bersungguh-sungguh berniaga dan membina legasi bisnes.
Nasihat ikhlas buat kawan-kawan yang berniaga, khususnya para SID dan diri sendiri terutamanya
- Buanglah sikap main-main ketika berniaga, jangan berniaga ikut mood dan situasi. Situasi sekarang misalnya ramai orang terbawa-bawa dengan rasa marah dan sedih, sampai takde mood. Fikirlah bagaimana kita nak menyumbang kepada Palestin kalau duit kita sekadar cukup untuk hidup keluarga kita sahaja. Harga olive oil mereka pun rm80 ke atas sebotol kecil.
- Flush mindset negatif terhadap bisnes.
- Campak jauh-jauh attitude buruk dan suka tenggelam timbul bila berniaga, konsistenlah.
- Tiru para sahabat, malah baginda sendiri diakui sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Buanglah sikap hanya menganggap ibadah hanya pada puasa, solat, atau aktiviti di tikar sembahyang semata-mata, sedangkan ibadah tu adalah seluruh hidup kita.
Dengan contoh Rasulullah dan sahabat baginda, bukan sekadar meniru banyaknya amal ibadah dan ketinggian akhlak mereka, malah contohilah rapat-rapat kegigihan dan strategi mereka dalam membina perniagaan.

Lebih Tenang Dalam Hidup
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Dengan menyertai team bisnes saya,
Register sini
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


