Wah kali ini saya ingin berkongsi tentang pelaburan pula. Dalam banyak-banyak pelaburan (saham, saham amanah dll) saya memang paling minat dengan pelaburan dalam bentuk emas. Sebenarnya saya sejak kecil memang suka emas. Suka pakai emas. Tapi sejak ada anak-anak ini, jarang sangat saya pakai disebabkan saya bimbang terkena pada anak-anak. Almaklum saya ini kena menyusu, dukung, dan lain-lain urusan dengan anak-anak.
Untungkah simpan emas?
Kalau ikutkan memang untunglah siapa yang memang menyimpan emas. Dulu saya hanya pakai emas, iaitu barang kemas. Jadi idea simpan emas ini memang agak baru juga bagi saya. Dan saya juga baru tahu emas rupa-rupanya adalah salah satu bentuk pelaburan.
Antara kebaikan menyimpan emas adalah:
- Emas merupakan aset bernilai selain wang, kereta dan hartanah
- Emas mudah ditunaikan disaat kita memerlukan duit jika dibandingkan dengan aset kita yang lain seperti kereta dan hartanah
- Emas tidak terjebak dengan susut nilai, sedangkan duit akan setiasa mengalami inflasi.
- Emas yang disimpan akan menjadi milik anda dan dalam simpanan anda.
- Harga emas stabil, anda boleh menjualnya bila2 sahaja kerana ianya berkualiti 999.9.
- Juga boleh menjadi “LOAN SEGERA” kerana anda boleh memajaknya bila-bila masa di arrahnu dan kedai pajak berdekatan.
- Apabila sudah banyak, anda boleh mencairkannya di kedai emas dan buat barang kemas dengan citarasa anda.
- Emas mampu menjadi aset anda kerana jangkaan harga emas pada masa hadapan akan melambung tinggi. Jadi simpanlah dari sekarang.
Contohnya dan gambaran mudahnya:
Dulu rm1 boleh beli 10 bungkus nasi lemak, tetapi sekarang RM2 pun belum tentu boleh beli sebungkus nasi lemak.
Dulu rm50 amat besar dan boleh beli barang dengan penuh troli, tetapi sekarang RM50 hanya beli beberapa barang sahaja.
Simpan Emas Merupakan Satu Pelaburan
Ya, simpan emas merupakan satu bentuk pelaburan. Jom baca sini:
1) Beli dan Simpan untuk Anak
Beli 1gm setiap bulan untuk seorang anak. Setahun boleh dapat 12gram. Katalah kita simpan dari lahir hingga anak berumur 18 tahun. Jumlah emas terkumpul adalah 216gm. Harga emas 18 tahun lagi agak-agak berapa?
Berbanding jika kita simpan duit semata-mata. Sebulan RM200. Dalam tempoh 18 tahun mungkin kita ada RM43 ribu, tetapi nilai duit pada ketika itu mungkin lebih rendah daripada RM43 ribu yang kita nikmati sekarang.
2) Beli dan Simpan utk Diri Sendiri
Saya simpan untuk diri sendiri sahaja. Kalau beli barang kemas boleh pakai. Kalau beli jongkong emas atau dinar boleh simpanlah. Apa kegunaan nanti? Sangat banyak. Kebanyakan jongkong emas ini saya beli dan jika kemudian hendak pakai, saya akan pajak.
Bagi anda yang ada banyak hutang kad kredit dan tidak dapat bayar, pajak emas untuk bayar hutang kad kredit lebih berbaloi. Sebab kad kredit mengenakan cas yang tinggi, berbanding kos kita membayar kepada Arrahnu jauh lebih murah dan menguntungkan.
Selain menguntungkan, kita masih ada emas di tangan. Arrahnu tolong jaga sahaja.
Simpan Emas Bersama PowerGold
Hujung tahun lalu saya buat keputusan menjadi ahli PowerGold. Belum sampai tahap stokis lagi. Tujuan saya adalah untuk mendapatkan harga lebih rendah di samping mengambil kesempatan dengan kumpulan yang kuat ini.
Saya rancangkan untuk menyimpan emas sekurang-kurangnya 100gm menjelang penghujung tahun 2016 nanti. Dan alhamdulillah sekarang baru bulan Februari 2016, saya telah pun memiliki 10gm. Nampak tidak mustahil untuk capai sasaran 100gm nampaknya.
Harga emas pada 17 Februari 2016 sudah mencecah hampir RM200 tau. Tiada masa yang sesuai untuk membeli emas, makin kita tunggu harga turun, harga naik pulak rupanya. Tunggu punya tunggu sampai sudah kita tidak beli.
Kalau anda terasa hendak beli emas, juga boleh hubungi saya. Jom sama-sama ambil peluang ini ya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak






Kalau ada lebihan duit pada setiap bulan, eloklah tukarkan duit tersebut kepada emas sebagai simpanan…
anuar recently posted…Pemenang Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX
betul tu tuan
tu la, DT da mula simpan sikit sikit untuk masa depan
Datin Tyka recently posted…Bercinta Selepas Nikah
simpan untuk duit kawin pun ok DT
juling mata saya tengok harga emas…serius naik giler…banyaknya emas sis…saya sikit giler hehe
siti hazreen recently posted…Tips Sentiasa Tersusun Dengan Menggunakan Aplikasi Rainlendar
bolehlah menyimpan sikit2 cikgu. jom join grup kami. emas menarik emas. huhuh
simpan emas mmg berbaloi. tapi kena jaga betul2
nikkhazami recently posted…6 Kesilapan Terbesar Ketika Siaran Secara Langsung
selain kena jaga betul2, kena bayar zakat juga bila dah cukup
Alhamdulillah…saya pun teruja tengok harga emas semakin meningkat…
sekarang dah rm200 per gram huda
betul tu kak anah, nana pun sekarang dah mula simpan emas..sikit2 tukar ke emas duit simpanan tu..tengok nilai ringgit sekarang, tak mustahil lama kelamaan kayu pun lagi bernilai dari RM kita..kena beringat sebelum kena..hehe
Nana Aris recently posted…bahayanya virus zika
k anah baru beli cincin ala2 lord of the rings nana, hahah 6gm. ni tengah usha nak beli gelang ala2 pandora emas.
kebaikan lain emas ni boleh digadai jika memerlukan wang..lebih mudah untuk dicairkan berbanding pelaburan lain
olaoli recently posted…Bersalaman dengan bukan muhrim?
baru2 ni saya pajakkan emas saya untuk buat modal bisnes. mudah sangat
Tahniah Raihanah dah buat pelaburan emas
Noriza Rahman recently posted…Pernah Dengar Penapis Buah Pinggang Bocor?
MV dah buat ke, jom sama2