Ramai yang sedang cuti-cuti kan sekarang ni. Untuk saya dan keluarga, hujung tahun bagi 2014 ni tak kemana sangat sebab kebetulan tengah buat rumah jadi bajet memang lebih kepada rumah. Bagaimanapun untuk menyukakan anak-anak, kami bawa anak-anak ke Farm In The City.
Anak-anak kami ni suka benar dengan haiwan, kat rumah dah ada mini farm, ni nak pergi Farm In The City memang melompatlah diorg tu.
Farm in The city rupanya terletak dekat je dengan Faizland (sebelum berpindah ke Bangi), ia memang dekat dengan The Atmosphere. Jadi perjalanan dari rumah ke Seri Kembangan ni memakan masa 30 hingga 45 minit. Semalam trafik agak smooth, rasanya ramai yang takde di bandar disebabkan cuti-cuti Malaysia buantarabangsa.
Harga tiket pulak RM30 (dewasa), RM25 untuk kanak-kanak atas 4 tahun. Jadi kami bayar rm85, Faiz dapat percuma sebab masih bawah umur. Untungnya.. hihih
Banyak yang anak-anak tengok dan beraktiviti di sana:
Bagi makan pada giant kura-kura. Besar betul kura-kura dia, mana taknya asyik makan je kerjanya!
Bagi makan burung, pelbagai jenis burung ada. Dalam hal ni anak-anak saya memang expert la sebab banyak kali juga mengulang subjek Taman Burung sebelum ni.
Kejar-kejar dengan itik. Comel-comel itik-itik tu, lepas diberi makan, main kejar-kejar pulak anak-anak saya ni.
Rumah reptilia seperti ular pun ada tapi time ni saya jalan laju-laju. Seram
Bagi makan rusa dan kambing. Jinak betul rusa dan kambing ni, besar pulak tu. Ada seekor kangaroo, tapi kecik dan sedang berehat.
Menangkap ikan kat Longkang. Lama juga dok kat sini sebab Faiz tak puas hati nak tangkap juga ikan. Akhirnya kami pujuk untuk ke tempat seterusnya.
Main-main dengan arnab. Ini pun subjek expert sebab memang ada arnab kat rumah.
Fish Feeding. Subjek expert jugak ni
Jumpa pulak dengan species biawak dan iguana ni. Cantik warnanya. Anak-anak saya tak takut pun nak pegang. Aduh anak baba punyalah diorg ni kan.
Banyak lagi yang boleh dilihat di sana, memang anak-anak saya pun puas hatilah. Alhamdulillah settle hutang dengan diorg.
Mamahakim
aktiviti mcm ni lebih menyeronokan ketika bersama keluarga….
Manan Qayyim recently posted…Kronologi Perbezaan Harga Ron 97 dan Ron 95
betul3x. saya pun suka
wah seronok ni saya duk dekat sini pun tak pergi haha
imran recently posted…Light And Motion Putrajaya 2014
biasalah kalau kita dekat tu kitalah paling lambat nak pergi
puteri pun suka pergi tempat-tempat macam ni…seronok 🙂
puteri kasih recently posted…Resipi Jem Nenas Sedap Dan Mudah
ha, mak-mak pun mmg suka
Kura2 tu sebaya sy lh…
deq noor recently posted…Seharian Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog
huhuh ada rakan sebaya ya
oooo ni lah tempatnya
hajat nak bawak anak2 masa gathering IKR dulu kat palm garden hotel
x jadi
anak ada temuduga masuk asrama…
AUC recently posted…Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kena cari masa lainlah utk pergi tu. memang bagus utk keluarga
Wahhh..seronoknya bawa ank jaan2 Ke sini..Mak ai..besarnya kura2..replika Ke apa tu?
Hafizul recently posted…Gaduh Suami Isteri
mestilah hidup tu. mana tak gemuk, kerjanya asyik makan je
dah masuk list places-to-visit ni 🙂
Mama Kembar 3 recently posted…Menu Bekal Sekolah Petang
tq for visiting u. 🙂