Call nowWhatsapp

Ada juga yang mesej saya bertanyakan tarikh luput vitamin yang ingin mereka beli. Ada kerisauan di situ jika vitamin telah luput tarikhnya dan masih belum dimakan.

Adakah Vitamin Luput Tarikh Membahayakan?

Bagi yang belum tahu apakah fungsi FDA, FDA adalah bertanggungjawab untuk melindungi kesihatan awam dengan memastikan keselamatan, keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan kepada manusia dan haiwan, produk biologi, peralatan perubatan, bekalan makanan, kosmetik, dan produk yang mengeluarkan radiasi.

FDA

FDA

Sangat sedikit daripada kita mengetahui bahawa FDA tidak memerlukan tarikh luput pada vitamin / makanan tambahan. Ini bermakna syarikat-syarikat farmaseutikal meletakkan tarikh pada bungkusan itu “secara sukarela”.

Salah satu sebabnya ialah kerana jaminan keberkesanan / potensi bagi produk yang mereka jual. Sebab kedua adalah disebabkan oleh jualan.

Bagaimana Menjaga Potensi Vitamin Anda

Jika tidak disimpan dengan betul, vitamin akan kehilangan potensi mereka lebih cepat daripada tarikh luput. Contohnya pendedahan kepada haba, cahaya dan udara boleh menyebabkan vitamin kehilangan potensi lebih cepat.

Tarikh Luput Vitamin

Tarikh Luput Vitamin

Anda boleh cuba mengikuti tips berikut:

  1. Elakkan pendedahan vitamin kepada haba, cahaya dan udara.
  2. Pastikan anda menyimpan vitamin dalam bekas asalnya di tempat sejuk dan kering.
  3. Sesetengah vitamin memerlukan penyimpanan khas seperti Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk.
  4. Elakkan meninggalkan vitamin di tempat panas seperti dalam kereta kerana ia boleh merosakkan vitamin terutama vitamin dalam bentuk kapsul.

Vitamin Luput Tarikh Tidak Berbahaya

Berdasarkan di atas, vitamin yang disimpan dengan cara betul boleh bertahan sehingga 4 atau 5 tahun berbanding 2 tahun seperti cadangan konservatif. Cara betul ini adalah: menggunakan botol asa, jauh daripada haba, cahaya, kedap udara.

Mengambil vitamin selepas tarikh tamat umumnya adalah selamat. Salah satu perbezaan adalah anda mungkin telah kehilangan potensi vitamin itu dari masa ke masa, jadi mengambil vitamin yang melebihi tarikh luput hanya menyebabkan vitamin kurang memberikan kesan yang anda ingini.

Selagi vitamin tidak mengubah bau, bentuk, tekstur dan rasa, vitamin masih boleh diambil walaupun selepas 6 bulan tamat tempohnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)