Asal Usul Doa Qunut Nazilah
Semalam ada seorang rakan FB saya bertanyakan latar belakang doa Qunut Nazilah. Maka saya catatkan disini info dari latar belakang dan asal usul Qunut Nazilah
Tidak menjadi kesalahan untuk mendoakan kemudaratan terhadap musuh-musuh Allah Ta’ala dan musuh-musuh agama-Nya, bahkan terdapat hadis yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW pernah mendoakan sedemikian terhadap salah seorang musuh baginda iaitubapa saudara baginda Abu Lahab, Ada riwayat sebut anak Abu Lahab, Uthaibah.
Asal Usul Doa Qunut Nazilah
Diriwayatkan oleh al-Hakim (3984) dan al-Baihaqi dalam “Dalail” (622) bahawa Abu Lahab selalu mencaci maki Nabi SAW, lalu Nabi bersabda:
“Ya Allah, datangkanlah anjing-Mu kepadanya.”
Maka Abu Lahab keluar dalam satu rombongan menuju ke Syam. Setelah berehat, dia berkata: “Sesungguhnya aku takut akan doa Muhammad.” Namun kawan-kawannya berkata: “Tidak mungkin.” Mereka meletakkan barang-barang di sekelilingnya sambil berjaga. Tiba-tiba singa datang merenggutnya dan membawanya pergi.
Hadis RIwayat Al Hakim dan Al-Baihaqi
Al-Hakim berkata: Sanadnya sahih. Al-Dzahabi bersetuju. Hadis ini juga diriwayatkan Abu Nu’aim dalam “Dalail” (220), dengan lafaz: “Ya Allah, datangkanlah seekor anjing daripada anjing-anjing-Mu kepadanya.” Para ulama seperti Ibn Hajar, al-‘Aini, al-Syaukani dan al-San’ani menilai hadis ini hasan.
Perlu difahami bahawa kadangkala adalah wajar mendoakan kebinasaan kepada orang kafir yang sangat memusuhi umat Islam. Namun kadangkala lebih baik mendoakan hidayah baginya, bergantung kepada sejauh mana kebenciannya.
Apabila ditanya mengenai perkara ini, Syaikh Ibnu ‘Uthaimin rahimahullah menjawab: Jika si murtad itu menyakiti hamba-hamba Allah dan melakukan kezaliman, tidak menjadi kesalahan mendoakan kebinasaan baginya untuk menghindari kejahatannya.
Jika tidak demikian, lebih baik mendoakan hidayah baginya berbanding mendoakan kebinasaannya, walaupun pemerintah wajib mengajaknya kembali kepada Islam, memberi tempoh tidak lebih 3 hari untuk bertaubat, kemudian membunuhnya jika enggan, menurut hadis Nabi SAW. Wallahu a’lam. (Fatawa Islamiyah 4/232)
Lafaz Qunut Nazilah
Boleh rujuk juga penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Moga Allah Beri Kejayaan Kepada Orang-orang Yang Dizalimi
Moga Allah Beri Kejayaan Kepada Orang-orang Yang Dizalimi
Jom bisnes Shaklee!
Bagi anda yang buat bisnes Shaklee, percutian Shaklee adalah sesuatu yang anda boleh dapat. Saya yang biasa-biasa ni pun alhamdulillah Allah bagi rezeki boleh sampai ke Switzerland. So can you!
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
Hubungi kami di nombor berikut untuk pendaftaran segera. Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan hidup baru yang lebih sihat!
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Untuk join bisnes Shaklee, boleh klik link berikut
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


