Call nowWhatsapp

InsyaAllah bulan 3 nanti kita akan dapat lihat 1 produk baru Shaklee iaitu ResV.

ResV sama sahaja fungsinya dengan Vivix dengan khasiat polifenol. Jadi kalau sama fungsinya, yang mana satu patut menjadi pilihan kita?

Perbezaan Vivix dan ResV

Sebelum kita boleh tentukan yang mana satu jadi pilihan kita, lebih baik kita lihat apakah perbezaan kedua-duanya.

Persamaan Vivix dan ResV

Mula-mula eloklah kita ambik tahu apakah persamaan kedua-dua Vivix dan ResV.

Persamaan Vivix dan ResV
Persamaan Vivix dan ResV

1. Menyokong Kesihatan Dari Tahap Selular

Resveratrol dalam kedua-dua Vivix dan ResV boleh melindungi dan membaiki DNA selular dari kerosakan. Ia akan membantu sel-sel di dalam badan boleh pulih dengan cepat apabila mereka berada di dalam kerosakan.

Sel badan kita diserang setiap hari oleh tiga perkara yang menyebabkan kerosakan kepada DNA mereka iaitu:

  • Pengoksidaan yang berlaku dengan tekanan yang berlebihan
  • Mutasi sel yang abnormal
  • Faktor persekitaran seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin.

DNA terdapat pada setiap sel dan dilindungi di dalam sel. Apabila sel badan diserang, DNA turut sama terjejas dan berdepan dengan bahaya justeru boleh mengganggu fungsi sel tertentu dan menyebabkan sel mati secara necrosis.

Peredaran masa menyebabkan sel-sel terdedah kepada lebih banyak peluang untuk gagal, kecuali ada sesuatu yang boleh memulihkan atau membaiki lembar DNA daripada serangan ini.

Selain itu, penuaan pada tahap selular juga disebabkan oleh pengawal selia genetik. Pengawal selia genetik berfungsi mengawal keseimbangan yang dinamik di antara kerosakan dan pembaikan, termasuk samada sel-sel dapat dihidupkan semula atau terus mati.

Semakin kita menua, pertahanan semulajadi dan keupayaan membaiki diri akan berkurangan. Justeru meningkatkan fungsi pengawal selia genetik ini dapat merangsang kelangsungan hidup.

Dalam hal ini, Vivix dan ResV Shaklee dengan kuasa resveratrol dan polifenol dapat membantu:

  • Membantu melindungi dan membaiki DNA selular
  • Memberikan kesan positif kepada pengawal selia genetik yang membantu melawan penuaan selular (perlindungan sel)
  • Memperbaiki tenaga sel pada tahap selular (mitokondria)
  • Meningkatkan fungsi selular

2. Mengandungi Khasiat Polifenol

Sudah tentulah kedua-duanya mengandungi khasiat polifenol.

Saya pernah tulis berkenaan Vivix yang mengandungi 10 (atau lebih) khasiat polifenol. Disebabkan ianya adalah gabungan polifenol, maka sebab itu Vivix adalah 10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal.

Dan bagaimana dengan ResV? ResV tentulah mengandungi lebih banyak bilangan polifenol berbanding Vivix. Selanjutnya anda boleh baca tulisan berikut:

3. Dihasilkan Secara Saintifik

Shaklee bukanlah macam produk lain yang cuma menggunakan produk daripada kilang dan hanya tempek brand sendiri.

Kesemua produk Shaklee sejak dari diasaskan merupakan hasil kajian secara saintifik dengan kajian yang bertahun-tahun oleh para saintis Shaklee.

Nutriferon dihasilkan selepas kajian selama 45 tahun
Youth pula dihasilkan selepas kajian selama 8 tahun
Vivix dihasilkan selepas kajian selama 6 tahun
ResV pula dihasilkan adalah pembaharuan daripada Vivix

Itulah Shaklee. Kalau tak saintifik, bukanlah Shaklee namanya.

Semua hasil kajian sains di Shaklee adalah diterajui oleh ahli sains bertaraf dunia
Semua hasil kajian sains di Shaklee adalah diterajui oleh ahli sains bertaraf dunia

4. Unik Dan Ekslusif

Vivix dan ResV tidak dapat anda dapati daripada syarikat lain ya. Memang ianya sukar ditandingi. Kalau vitamin C, anda bolehlah kata boleh dapat daripada brand lain. Tapi kalau anda nakkan khasiat polifenol, anda takkan dapat daripada jenama lain.

Ini disebabkan Shaklee telah mempatenkan teknologi pembuatan Vivix daripada awal.

Syarikat lain menyediakan khasiat resveratrol tunggal sedangkan Vivix dan ResV adalah gabungan polifenol dan resveratrol yang tiada tandingan, insyaAllah.

Vivix ekslusif dan unik
Vivix ekslusif dan unik

5. Mesra Alam

Berbakti pada tanah, akan mendapat pulangan yang berlipat ganda. Mesra Alam adalah keistimewaan Shaklee. Shaklee mempunyai 3 keistimewaan iaitu Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Supplement Shaklee semua diperbuat dari alam semulajadi. Bahan- bahan diambil dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak mempunyai bahan toksik. Contoh bahan ialah ekstrak Jagung untuk Vitamin C, Beri untuk VitaLea, Ikan dasar laut untuk Collagen dan OmegaGuard.

Sentiasa Mesra Alam motto ialah Kami menjadi peneraju dan contoh dalam pemuliharaan alam sekitar. Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral dimana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Kami benar-benar bersungguh- sunguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi kita.

Perbezaan Vivix dan ResV

Tentulah ramai nak tahu apakah perbezaan Vivix dan ResV kan? Sebenarnya bukanlah perbezaan, sebab kedua-duanya ada kelebihan masing-masing.

Perbezaan Vivix dan ResV
Perbezaan Vivix dan ResV

Kekuatan dan Kelebihan Vivix

Antara kekuatan dan kelebihan Vivix:

  • Tagline: Energy for Life (Tenaga Untuk Kehidupan)
  • 10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal
  • Memiliki 3 patent: Gabungan Polifenol, Diproses Secara Cold Filling Extraction, dan Semulajadi, Tanpa Pengawet dan Cecair yang stabil.
  • Dibuat daripada 4 ramuan
  • Digunakan untuk meningkatkan kesihatan
  • Dalam bentuk cecair
  • Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk
  • Jangka hayat setiap botol adalah selama 12 bulan
  • Sangat stabil, telah berada dipasaran selama 11 tahun

Kekuatan dan Kelebihan ResV

Antara kekuatan dan kelebihan ResV:

  • Tagline: Live Vibrantly
  • 30% lebih berkuasa berbanding Vivix
  • Memiliki 6 patent: 3 patent Vivix ditambah dengan 3 patent baharu
  • Dibuat daripada 7 ramuan hebat
  • Digunakan secara tradisi untuk mengekalkan kesihatan
  • Dibuat dalam bentuk liquigel
  • Mudah dibawa ke mana-mana terutama travel
  • Tak perlu disimpan dalam peti sejuk
  • Jangka hayat setiap botol adalah selama 24 bulan
  • Didaftarkan secara rasmi di Malaysia dalam Bahagian Perubatan Tradisional dan Kontemporari

Bottom Line

Jadi sempena ada produk baru ResV ni, apa kata anda cuba juga? Kan lebih berkuasa 30% kan, memang insyaAllah lebih power.

Pada pendapat saya, saya memang akan amalkan kedua-duanya, sebab kedua-duanya ada kekuatan masing-masing.

  • Vivix saya masih perlukan sebab kadang-kadang anak-anak saya pun masih ambil sedikit (terutama apabila tidak sihat).
  • Vivix saya amalkan di waktu pagi.
  • ResV pula saya akan bawa setiap kali saya travel atau balik kampung. Sangat mudah.
  • ResV menjadi pilihan mak saya sebab tak perlu disimpan dalam peti sejuk (kalau simpan dalam peti, beliau kerap kali terlupa).
  • Vivix menjadi pilihan ayah saya kerana beliau memang sedang sakit, keupayaan untuk makan pil/kapsul sangat lemah bagi beliau.
  • Vivix juga jadi pilihan saya terutama kalau ada yang cedera, saya akan sapu Vivix pada luka.

Kedua-duanya ada kelebihan, sebab itu kalau saya memang kedua-duanya tetap jadi pilihan. Namun tetapkan pilihan anda, mungkin anda perlukan mengikut keadaan anda kan.

Kalau ambil ResV sekali dengan join program #JomDetoxJutawan dan ambil Vivix pula sebagai tambahan, lagi best dan power. Sebab dalam program Detox Shaklee, kami ajar anda perkara selain makan suplemen.

Jemput baca link berikut berkenaan ResV:

Anda Berminat? Dapatkan Vivix atau ResV Sekarang!

Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.

Bagaimana Nak Beli ResV?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Beli ResV Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)