Vivix Shaklee: Kelebihan, Fungsi, Kajian Klinikal dan Testimoni

By | 10 June 2017

Vivix Shaklee: Kelebihan, Fungsi, Kajian Klinikal dan Testimoni

Dalam artikel ini saya berkongsi dengan anda segala yang anda perlu tahu berkenaan Vivix Shaklee seperti kelebihan, fungsi, kajian klinikal. testimoni dan mengapa Vivix Shaklee perlu menjadi pilihan anda.

Artikel ini memang agak panjang kerana banyak maklumat berkaitan Vivix Shaklee yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Apakah Vivix Shaklee

Vivix™ Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix Shaklee begitu unik.

Vivix Shaklee merupakan produk anti penuaan selular, yang dicipta oleh Shaklee Corporation, adalah revolusioner, mempunyai 5 hak patensangat berkuasa dalam memerangi penuaan selular.

Salah satu bahan utama (resveratrol) dalam Vivix dirujuk di lebih 2,500 penerbitan penyelidikan, termasuk pelbagai kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institutes of Aging, dan Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar.

Vivix Shaklee menyediakan 100 mg resveratrol dalam setiap hidangan (Satu sudu teh). Ekstrak resveratrol mempunyai resveratrol semulajadi Kandungan 98%. Ini sebenarnya suplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Bahawasanya ianya tulen ya.

Apakah Resveratrol Dalam Vivix Shaklee?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida – polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Ia pertama kali ditemui oleh Dr David Sinclair. Jemput saksikan penerangan berkenaan resveratrol dalam video di bawah:

Fakta Menarik Tentang Vivix Shaklee

Banyak fakta menarik tentang Vivix Shaklee. Ayuh kita lihat satu persatu.

1. Vivix Shaklee mempunyai bukan 3, malah 5 patent iaitu:

a. Semulajadi dan polifenol diproses daripada 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet

Shaklee telah mempatentkan hak ke atas proses 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet dan secara semulajadi. 4 ramuan Vivix Shaklee ini mengandungi polifenol yang sangat hebat. 4 ramuan Vivix Shaklee adalah:

Vivix Shaklee merupakan sebatian cecair yang stabil dan tanpa bahan pengawet. Macamana hendak sahkan? Anda boleh uji sendiri di rumah.

Cuba simpan Vivix Shaklee dalam peti sejuk beku / freezer selama sekurang-kurangnya 6 jam. Lihat samada ia membeku atau tidak. Ini merupakan satu bukti Vivix tidak dicampur dengan gula, air dan lain-lain.

Selain itu, jika diletakkan Vivix Shaklee di atas meja, Vivix takkan meruap (berbuih-buih).

Kedua-dua sifat ini bukan dengan bantuan bahan kimia, tetapi disebabkan Vivix Shaklee adalah semulajadi tanpa bahan pengawet dan stabil.

b. Vivix Merupakan Gabungan Resveratrol dan 15 jenis Polifenol

Resveratrol adalah sejenis antioksidan. Resveratrol telah ditulis dalam 2500 jurnal saintifik dan mampu bertindak melindungi DNA daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Polifenol pula merupakan sejenis sebatian fitokimia yang juga merupakan antioksidan yang hebat. Berkenaan gabungan ini ada saya nyatakan lebih lanjut dalam tajuk seterusnya.

c. Cold Filling Extraction Process

Ada banyak jenis proses untuk ekstrak jus/minyak/pati dari tumbuh-tumbuhan.

Cold extraction bermakna buah-buah yang digunakan dalam Vivix Shaklee ditekan (press) untuk mengeluarkan patinya dengan suhu rendah.

Ada proses yang menggunakan air panas atau suhu panas, tetapi proses begini boleh menurunkan kualiti produk itu walaupun hasilnya mungkin lebih banyak.

Justeru, Shaklee telah mempatenkan proses ‘cold filling extraction‘ ini eksklusif untuk Vivix Shaklee.

d. 10x Lebih Berkuasa

Vivix Shaklee telah dipatent sebagai cecair mengandungi antioksidan resveratrol dan polifenol. Gabungan ini menjadikan Vivix Shaklee 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal.

Ini menjadikan tiada produk yang dapat menyediakan produk anti penuaan sehebat Vivix Shaklee.

e. Anggur Muscadine Sebagai Asas

Shaklee mempatentkan Vivix Shaklee dengan anggur muscadine sebagai bahan asas utamanya. Kehebatan anggur muscadine adalah disebabkan kandungan resveratrol yang tinggi dan mampu melawan radikal bebas walaupun hidup liar dan tumbuh di kawasan yang agak lembab.

Anggur muscadine banyak sangat kelebihan yang salah satunya ia mampu mempertahankan diri sendiri daripada kulat yang merosakkan.

2. Khasiat 100mg resveratrol dengan hanya 1 sudu kecil

100 gelas wain = 1 sudu kecil Vivix Shaklee dengan kandungan resveratrol sebanyak 100 mg. Anda tidak boleh minum wain (lagipun kita orang Islam) 100 gelas sehari betul tak?

Menurut Dr Sinclair, jumlah resveratrol dalam wain merah adalah sangat kecil berbanding dalam Vivix Shaklee. Itulah sebabnya Vivix Shaklee telah direka untuk menyampaikan tahap resveratrol daripada 100 gelas wain merah dengan setiap sudu teh (hidangan).

3. Gabungan Resveratrol dan Polifenol

Dr David Sinclair (Universiti Harvard) menerbitkan data menyatakan gabungan polifenol menjadikan resveratrol lebih berkuasa. Vivix Shaklee pula adalah 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal. Shaklee telah menambah 1200mg polifenol daripada anggur muscadine, elderberry dan lobak ungu. Manakala kebanyakan syarikat membuat daripada anggur atau wain merah.

Selain itu, Vivix Shaklee mengandungi polifenol yang kaya dengan asid elagik, ini sesuatu jumlah yang tidak terdapat di dalam wain merah (wain merah dikatakan mengandungi khasiat resveratrol tertinggi).

Asid elagik menghalang enzim yang terlibat dalam pembentukan protein AGE, iaitu salah satu daripada empat pusat mekanisme penuaan selular. Resveratrol mempunyai kesan ke atas enzim ini, tetapi menyekat tiga kunci lain mekanisme penuaan selular.

Secara ringkasnya, menambah kompaun polifenol yang mengandungi asid elagik dan 10 lagi polifenol bersama-sama resveratrol telah menjadikan Vivix lebih berkuasa berbanding suplemen berasaskan resveratrol tunggal atau polifenol tunggal semata-mata.

5. Penyingkiran Emodin

Dalam kaedah pembuatan Vivix Shaklee, Shaklee telah menyingkirkan satu elemen disebut sebagai emodin yang terdapat dalam resveratrol. Umum tahu japanese knotweed mengandungi tinggi resveratrol selain muscadine grapes. Malahan resveratrol pertama kali ditemui oleh saintis adalah daripada japanese knotweed.

Dalam resveratrol mengandungi sejenis bahan disebut emodin. Emodin adalah satu bahan yang berpotensi menyebabkan inflamasi kepada tubuh. Jika ingin mengambil suplemen berasaskan resveratrol, pastikan bahan emodin ini telah disingkirkan.

Dengan kaedah penyingkiran emodin ini menjadikan Vivix Shaklee bersifat anti inflammatory dan 10x lebih berkesan berbanding resveratrol tunggal.

Kajian Klinikal Telomere

Selain mengadakan kajian Landmark Study ke atas pengguna suplemennya, Shaklee turut memiliki Landmark Study kedua iaitu Kajian Telomere khusus terhadap penggunaan Vivix Shaklee.

Kajian ini dibuat ke atas pengguna Vivix Shaklee yang mengambilnya setiap hari selama 5 tahun.

Kajian dilaksanakan oleh pemenang Anugerah Noble Perubatan pada 2009, Dr Elizabeth Blackburn. Kali ini kajian adalah berkenaan bacaan terhadap DNA kita, hasil pengambilan Vivix Shaklee.

Kami selalu kata ambil Vivix Shaklee jadi awet muda, memanjangkan usia kan, jadi kajian ini hendak membuktikannya secara klinikal.

Apakah Telomere?

Telomere adalah penanda aras biologi penuaan. Iaboleh menjadi kunci kepada penuaan dan kanser.

Di dalam sel kita ada nukleus, gen kita terletak di dalam molekul berpintal DNA disebut sebagai kromosom. Di hujung kromosom DNA kita ada pelindung yang disebut sebagai telomere. Ia melindungi data genetik kita, dimana ia boleh membahagi dan memegang maklumat bagaimana kita menjadi tua, bagaimana kita mendapat kanser dan sebagainya.

Umpama hujung cap plastik pada tali kasut, telomeres menghalang kromosom daripada melekat antara satu sama lain yang mana maklumat genetik kita akan bercampur gaul menyebabkan kemungkinan kanser, penyakit kronik dan kematian.

Setiap kali sel membahagi, telomeres menjadi lebih pendek. Apabila telomere mendapat terlalu pendek, sel tidak lagi boleh membahagi dan menjadi tidak aktif atau “uzur” atau mati. Proses ini berkaitan dengan penuaan, kanser dan risiko kematian yang lebih tinggi.

Hasil Kajian Telomere

Hasil kajian mendapati kadar pemendekan telomeres bagi pengguna Vivix Shaklee berumur 80 tahun adalah 40% lebih perlahan, iaitu sama dengan mereka yang berumur 35 tahun.  Ini menunjukkan Vivix Shaklee membantu untuk mengekalkan kemudaan, keremajaan, dan membantu mengelakkan dari penyakit-penyakit disebabkan oleh usia yang semakin meningkat.

Kajian ke atas telomere pengguna yang mengambil Vivix mendapati kadar pemendekan telomeres mereka lebih perlahan

Kajian ke atas telomere pengguna berumur 80 tahun ke atas yang mengambil Vivix mendapati kadar pemendekan telomeres mereka lebih perlahan

Vivix Shaklee berfungsi untuk memastikan telomeres kita sentiasa panjang dan sel/DNA terlindung daripada kerosakan atau serangan radikal bebas. Menurut kajian landmark Shaklee juga, telomeres pengguna Vivix adalah 11% lebih panjang berbanding mereka yang bukan pengguna Shaklee.

Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Pelbagai Masalah Kesihatan Terutama Penyakit Disebabkan Penuaan

Vivix Shaklee mengandungi sejenis polifenol unggul yang disebut sebagai resveratrol. Resveratrol adalah sejenis antioksidan kuat yang dapat membantu melindungi sel anda daripada kerosakan daripada radikal bebas. Radikal bebas memainkan peranan dalam pelbagai penyakit.

Di bawah adalah bagaimana Vivix Shaklee dengan khasiat resveratrol dapat membantu beberapa penyakit akibat penuaan, bagaimana pun tidak terhad hanya di dalam senarai ini sahaja.

1. Vivix Shaklee dan Strok

Ada 4 cara Vivix Shaklee membantu sembuhkan strok:

  • Mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular, justeru dapat mengurangkan risiko strok kedua.
  • Melindungi sel-sel saraf otak daripada kerosakan selepas berlakunya strok.
  • Resveratrol juga dikaitkan dengan pentingnya diambil oleh pesakit strok, bersama-sama dengan program rehab. Kajian klinikal yang dijalankan mendapati gabungan pengambilan resveratrol dan program rehab dapat membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok.
  • Melindungi saraf daripada kecederaan akibat serebrum iskemia serta mendorong proses angiogenesis.

Rujukan:

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23082218
  2. https://www.hindawi.com/journals/bmri/2016/1732163/
  3. http://www.nature.com/nrd/journal/v5/n6/abs/nrd2060.html

2. Vivix Shaklee dan Kegagalan Buah Pinggang

Terdapat 2 faktor yang kerap dikaitkan dengan penyakit buah pinggang iaitu

  • Keradangan sistemik

  • Tekanan oksidatif: ketidakseimbangan antara pengeluaran radikal bebas dan kapasiti antioksidan. Umpama tekanan oksidatif adalah seperti paku yang terbiar dan berkarat dengan sendirinya. Semakin lama karat akan melemahkan paku. Begitulah dengan buah pinggang. Tekanan oksidatif menyebabkan tisu buah pinggang semakin lemahdan ini dikaitkan dengan masalah buah pinggang.

Resveratrol dalam banyak kajian telah menunjukkan kesan yang baik termasuk:

  • Berperanan sebagai anti radang
  • Membantu meningkatkan pengeluaran enzim antioksidan

Secara spesifiknya, resveratrol dapat membantu pesakit buah pinggang melalui 7 cara:

  • Antioksidan: mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nepron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  • Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal
  • Mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang
  • Mengembangkan salur darah pada buah pinggang
  • Mengurangkan proses lipid peroksida.
  • Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang
  • Memberikan tenaga pada sel sekaligus pesakit buah pinggang akan merasa bertenaga

Dalam satu kajian yang dilaporkan menyatakan resveratrol adalah “promising” terapi untuk penyakit kerosakan buah pinggang atau CKD.

Rujukan:

  1. https://www.hindawi.com/journals/omcl/2013/963217/
  2. https://www.hindawi.com/journals/omcl/2013/568093/

3. Vivix Shaklee dan Sopak

Penyakit sopak menyebabkan tubuh membentuk sejenis protein yang dipanggil cytokines. Protein ini merosakkan sel-sel melanocytes yang membentuk melanin. Ada juga teori mengatakan melanocytes ini merosakkan dirinya sendiri atau disebut sebagai self destruction.

Bagaimana resveratrol boleh membantu? Dalam hal ini, ia bertindak dengan 2 cara:

a. Menghalang pembentukan protein AGE

Peningkatan protein AGE dalam badan boleh menyekat penghasilan dan fungsi sel badan kita. Semakin banyak protein AGE terbentuk, semakin mudah kulit kita bertambah teruk terutama dengan pelbagai faktor contohnya cahaya matahari dan penggunaan bahan kimia berbahaya pada tubuh.

b. Mengandungi polifenol penting

Vivixmengandungi ramuan polifenol yang telah dibuktikan dalam ujian makmal memberi kesan positif terhadap empat mekanisma utama dalam penuaan sel dan dengan itu ia bertindak lebih dari sekadar memberi sokongan antioksidan.

Kajian menunjukkan polifenol bertindak sebagaiantioksidan untuk menghalang dan merawat kerosakan kulit disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari. Kerosakan kulit turut berkait rapat dengan radikal bebas yang bertindak memusnahkan sel kulit. Polifenol menunjukkan sangat baik untuk melindungi kulit dan tubuh daripada radikal 

Rujukan:

  1. http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/jcmm.12206/full
  2. https://www.jscimedcentral.com/Dermatology/dermatology-2-1023.pdf

4. Vivix Shaklee dan Kanser

Dalam satu kajian klinikal yang diterbitkan pada tahun 1997 dalam “Cancer chemopreventive Aktiviti Resveratrol“, penyelidik mendapati bahawa resveratrol boleh mengganggu semua tiga peringkat kanser.

Dr Pezzutto seorang saintis telah mencari penawar kanser sejak tahun 1979 daripada pelbagai tumbuhan dan akhirnya menyimpulkan bahawa resveratrol merupakan agen kemoterapi yang semulajadi kepada manusia.

Resveratrol dalam Vivix Shaklee telah terbukti dalam banyak kajian saintifik mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser.

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser peparu

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser peparu

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser payudara

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser payudara

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser prostat

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser prostat

Justeru, kita faham Vivix Shaklee membantu dari segi:

  • Merencat pertumbuhan sel kanser
  • Memelihara sel yang normal
  • Mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Meneutralkan radikal bebas sebagai antioksidan yang kuat di peringkat pertama
  • Bertindak sebagai anti-radang pada peringkat kedua
  • Menghalang pembentukan salur darah baru pada peringkat ke-3.
  • Resveratrol bertindak sebagai bahan yang sensitif kepada tumor, ia menjadikan sel yang malignan lebih sensitif terhadap terapi radiasi.
  • Resveratrol juga membuatkan tisu yang normal (tidak dijangkiti kanser) kurang sensitif terhadap radiasi. Ini membantu mengurangkan kesan sampingan radiasi pada tisu yang normal.
  • Resveratrol membantu meningkatkan kesan kemoterapi yang membuatkan kadar lebih tinggi untuk mematikan sel kanser. Penemuan ini dilaporkan pada Mac 2008 dalam jurnal Advances in Experimental Medicine and Biology.

Rujukan:

  1. http://cancerpreventionresearch.aacrjournals.org/content/early/2009/04/28/1940-6207.CAPR-08-0160.short
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3004662/

5. Vivix Shaklee dan Diabetes / Kencing Manis

Untuk diabetes, ada beberapa ciri patofisiologi yang patut diperhatikan berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan oleh Dr Rafidah dalam tulisan beliau:

Ciri Suplemen Untuk Diabetes dan Kencing Manis yang anda harus tahu

Ciri Suplemen Untuk Diabetes dan Kencing Manis yang anda harus tahu

Justeru, bagaimana resveratrol dan Vivix Shaklee dapat berperanan?

a. Resveratrol memperbaiki penghasilan insulin

Dalam kajian klinikal yang diterbitkan oleh British Journal Of Nutrition menyebut pengambilan resveratrol oleh pesakit diabetes telah membantu mengurangkan paras gula dengan cara:

  • Memperbaiki penghasilan insulin
  • Memperlahankan peningkatan glukosa selepas ujian makan

b. Meningkatkan sensistiviti tubuh terhadap hormon insulin

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, diabetes/kencing manis dapat dihentikan.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh NCBI, menyatakan resveratrol dengan ketara telah menurunkan rintangan insulin. Kajian ini menunjukkan buat kali pertama bahawa resveratrol meningkatkan sensitiviti insulin pada manusia.

c. Resveratrol Meningkatkan Fungsi Sel Beta Pankreas

Pankreas adalah organ pada sistem pencernaan yang memiliki dua fungsi utama: menghasilkan enzim pencernaan serta beberapa hormon penting. Salah satu hormon ini adalah hormon insulin yang dihasilkan daripada sel beta dalam pankreas.

Dalam kajian yang dibuat pada tahun 2014 dan diterbitkan oleh NCBI, menunjukkan rawatan dengan resveratrol membantu merencatkan membawa kepada peningkatan aktiviti dalam β-sel pankreas yang berfungsi menghasilkan hormon insulin.

Hati dengan Sel Beta membantu mengeluarkan hormon insulin

Pankreas dengan Sel Beta membantu mengeluarkan hormon insulin

d. Resveratrol Mengurangkan Penghasilan Gula Oleh Hati (hepar)

Satu kajian dilakukan pada tahun lalu (2016) diterbitkan juga oleh NCBI, para saintis mendapati resveratrol dapat membantu mengurangkan fungsi GLUT2 (glocose-transporter 2 protein) yang sekaligus membantu mengurangkan penghasilan gula oleh hati.

Selain daripada kaedah di atas, resveratrol juga membantu memperbaiki penyakit diabetes / kencing manis dengan 5 cara berikut:

  1. Mengawal kepekatan gula dalam darah
  2. Mengaktifkan enzim SIRT1
  3. Menggalakkan PenyembuhanLuka Dengan Cepat
  4. Memperlahankan Pembentukan Protein AGE
  5. Membantu tingkatkan tenaga, atasi kelesuan

Rujukan:

  1. http://www.webmd.com/diabetes/news/20170504/red-wine-antioxidant-might-help-diabetics-arteries#1
  2. http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1749-6632.2010.05844.x/full
  3. http://files.pathologiasamou-gr.webnode.gr/200000006-c6e8ac7e3c/RESVERATROL_DIABETES.pdf
  4. http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/mnfr.201200067/full
  5. http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1755-3768.2011.02243.x/full

6. Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Kesihatan Jantung

Resveratrol didapati boleh membawa kesan potensi untuk perlindungan jantung antaranya:

a. Membantu meningkatkan HDL

Peningkatan paras lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) atau lebih dikenali sebagai kolestrol baik yang melindungi diri kita daripada serangan penyakit jantung

b. Membantu mencegah LDL

Mencegah lipoprotein berkepadatan rendah (LDL)  atau kolestrol jahat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas. Ini kerana, LDL yang dioksidasikan itulah yang akan membentuk plak-plak pada salur darah yang menyebabkan aterosklerosis ataupun pengerasan dan penebalan arteri-arteri.

c. Mencegah penggumpalan platlet

Mencegah penggumpalan platlet kerana resveratrol bertindak mencegah sel-sel darah melekat antara satu sama lain yang seterusnya akan membentuk gumpalan. Gumpalan ini akan menyumbat saluran kecil pada jantung, dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya serangan penyakit jantung.

Selain daripada itu, jika gumpalan ini tersekat pada saluran-saluran dalam otak, ia kan mengakibatkan serangan angin ahmar (strok).

d. Membantu meningkatkan pengaliran darah

Menggalakkan vasodilatasi dengan meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida yang membolehkan salur darah mengendur. Dengan itu ia akan meningkatkan pengaliran darah.

Rujukan:

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2276147/
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4882663/

7. Vivix Shaklee dan Masalah SLE

Dalam kalangan customer saya, ada beberapa orang pesakit SLE. Termasuk kakak saya, alhamdulillah semuanya baik dengan pengambilan Shaklee lebih-lebih lagi Vivix dengan resveratrol. Soalnya, bagaimana resveratrol dapat membantu mempertingkatkan kesihatan pesakit SLE?

Untuk memahaminya, ayuh kita lihat hasil kajian saintis ke atas penggunaan resveratrol kepada pesakit SLE.

a. Kajian Saintis China

Terdapat sekumpulan saintis daripada China yang telah menjalankan kajian menyeluruh tentang kesan resveratrol pada pesakit SLE. Anda boleh baca kajian ini dalam artikel Kajian Saintis China. Pautan ini adalah dalam bahasa Mandarin, bagaimanapun ia menjelaskan kesan SIRT1 dalam Resveratrol sebagai peranan yang penting dalam patogenesis SLE.

b. Lain-lain Kajian

Terdapat kajian lain terhadap resveratrol yang menyatakan kesan positif terhadap penyakit SLE. Antaranya:

Resveratrol dan polifenol tumbuhan mempunyai atheroprotective yang membantu membalikkan proses kolestrol protein (RCT). Ini sangat bermanfaat bagi pesakit SLE terutama dengan masalah rheumatic arthritis.

Seterusnya resveratrol mampu untuk mengatasi faktor pro-atherogenic dalam SLE dan plasma RA. Resveratrol bertindak sebagai agen anti-atherogenic dengan menghalang lipid yang berlebihan melalui kesan ke atas pengangkutan kolesterol.

Rujukan:

  1. http://cdmd.cnki.com.cn/Article/CDMD-10023-1011163812.htm
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27190277

Perhatian:

Walaupun memang banyak kajian telah menunjukkan kesan baik bahan resveratrol iaitu satu bahan dalam Vivix Shaklee dalam penyakit di atas, kami selalu mencadangkan pengambilan Vivix Shaklee hendaklah bersama-sama dengan perubatan yang disediakan oleh doktor anda.

Ini disebabkan Vivix Shaklee hanyalah sejenis suplemen yang mana bertindak melengkapkan nutrisi pada sel. Apabila sel sihat, maka sel sendiri akan bertindak menyembuhkan.

Perubatan pula bertindak untuk merawat dan suplemen bukan bertindak untuk merawat. Sebaiknya ambil Vivix Shaklee sebagai pencegahan sebarang penyakit.

Testimoni Vivix Shaklee Untuk Pelbagai Penyakit

Ada banyak testimoni sebenarnya, tetapi di sini biarlah saya senaraikan beberapa yang major berdasarkan pengalaman customer saya sendiri.

1. Testimoni Vivix Shaklee Untuk Kerosakan Buah Pinggang

Kisah Tuan Amirul, seorang anggota TLDM berumur 40 tahun disahkan mempunyai masalah buah pinggang tahap 3 akibat menderita penyakit diabetes / kencing manis. Beliau ambil Vivix Shaklee.

Selepas sebulan beliau berjumpa doktor untuk follow up. Ujian darah dilakukan sebagaimana rutinnya. Alangkah terkejutnya doktor, siap pening lagi doktor. Masa itu saya pun sudah cuak, ala dah kenapa doktor pening ni?

Rupa-rupanya bacaan GFR Tuan Amirul menunjukkan fungsi buah pinggang sudah normal. Doktor pening sebab baru bulan lepas doktor diagnos sebagai kerosakan buah pinggang tahap 3, tapi bulan ini follow up sudah jadi normal. Bukan sahaja buah pinggang normal, tahap kencing manis pun sudah turun.

Apalagi Tuan Amirul segera maklumkan saya. Saya yang pada mulanya cuak, senyum bahagia pulak. Alhamdulillah apa yang saya paling gembira bila tahu customer kembali sihat.

Vivix membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dialisis buah pinggang kronik

Vivix membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dialisis buah pinggang kronik

Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3

Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3

2. Testimoni Vivix Shaklee dan Kanser

Ada banyak kisah kejayaan pesakit kanser dengan Vivix Shaklee di samping mereka mengikut rawatan yang dicadangkan oleh doktor. Berikut adalah antara kisah kejayaan mereka.

Pengambilan Vivix semasa kemoterapi membantu memberikan tenaga

Pengambilan Vivix Shaklee semasa kemoterapi membantu memberikan tenaga

Pengambilan Vivix semasa kemoterapi membantu pesakit kanser

Pengambilan Vivix Shaklee semasa kemoterapi membantu memberikan tenaga dan nutrisi diperlukan pesakit kanser

3. Testimoni Vivix Membantu Menyokong Pesakit Diabetes / Kencing Manis

Untuk membaca testimoni pengguna diabetes / kencing manis yang menggunakan Vivix Shaklee, anda boleh klik pada link di bawah:

  1. Pesakit 30 tahun diabetes sihat dengan ambil Vivix Shaklee
  2. 2 Tahun Ambil Vivix Shaklee Untuk Masalah Diabetes
  3. Luka Diabetes Pulih Dengan Vivix Shaklee
  4. Vivix Shaklee bantu rawati masalah Diabetes dan buah pinggang

.

Turun paras gula kepada 6.6 daripada 14 dalam 3 minggu sahaja

Turun paras gula kepada 6.6 daripada 14 dalam 3 minggu sahaja

 

4. Testimoni Vivix Shaklee dan Kesuburan

Banyak sebenarnya kisah kejayaan mereka yang berjaya mengandung dengan asbab mengambil Vivix Shaklee. Namun di bawah adalah salah satu contoh kisah kejayaan mereka.

Vivix bantu kesuburan suami isteri

Vivix bantu kesuburan suami isteri

5. Testimoni Sembuh Strok Dengan Vivix Shaklee

Testimoni yang saya bawakan ini pula seorang warga emas. Jemput baca kisah beliau:

Kak Aishah Abd Rahman 60 tahun yang saya kenal sebelum 1988 lagi. Pernah dia kirim doa agar dapat jodoh masa kami (bersama arwah Hjh Zaradah) menunaikan Haji pertama pada 1988.

Beliau di serang stroke pada raya pertama tahun lepas.Sehari di ICU dan 3 hari di wad biasa.

Pada hari ke 4 kawan lama, MakNgah Fauziah Ismail hantar sebotol Vivix. Kesan dalam sehari dapat berjalan tanpa di papah.

Hari ini beliau seorang senior supervisor yang amat kimited dengan produk Shaklee terutama Vivix dan Collagen.

Kalau dulu wajahnya kusam, tak cerah dan ceria hari ini dengan izin Allah dan berkat istiqomah dengan suplement semulajadi beliau sihat dan sampai ke farm house kami dari Kuala Kangsar menuju ke Sik untuk ziarah ibunya. Alhamdulillah.

Sembuh strok dengan Vivix Shaklee

Sembuh strok dengan Vivix Shaklee

7. Testimoni Vivix Shaklee Untuk Bantu Sakit Jantung

Kisah ini adalah kisah customer saya sendiri. Pada satu hari Puan Z hubungi saya merujuk kepada masalah kesihatan beliau. Puan Z sudah bertahun-tahun ada masalah jantung. Jantung kerap berdegup pantas, pernafasan laju, tangan mengigil. Masa saya bercakap dengan beliau dalam telefon pun memang kedengaran letih dan tercungap-cungap. Orangnya masih muda tidak jauh pun beza dari saya.

Akibat sakitnya, puan Z sukar hendak buat kerja rumah. Buat sikit, jadi cepat letih. Dari aspek makanan pula, lama Puan Z pantang makan. Sebab bila makan benda berminyak, terus rasa pening dan penyakitnya datang semula. Kolestrol pula memang tinggi, walaupun tidak makan sangat pun benda berminyak.

Masuk tahun ke 7, apabila penyakit tidak juga baik, disamping dengan pengambilan ubat doktor, Puan Z nekad ingin mencuba Shaklee. Puan Z hubungi saya berdasarkan kepada pembacaan beliau daripada blog saya.

Sebenarnya doktor tidak dapat betul-betul kesan penyakit puan Z. Xray, ujian darah dan ujian air kencing semua normal. Jadi agak sukar untuk mencadangkan set yang betul-betul fokus kepada permasalahan beliau. Apa yang saya diberitahu cuma simptom beliau. Berdasarkan simptom beliau saya merujuk kepada tim pakar nutrisi dan doktor dalam tim saya. Saya cuma cadangkan Vivix Shaklee sahaja dahulu.

Puan z setuju dengan cadangan saya. Cuba Vivix Shaklee untuk pusingan pertama. Bila rasa serasi dengan Vivix Shaklee, baru Puan Z tambah Phytocol-ST dan Omega Guard utk masalah kolestrol.

2 minggu selepas pertama kali ambil Vivix Shaklee, puan Z rasa lebih sihat. Jantung kurang berdebar. Selalu juga saya follow up condition beliau. Inilah hasil puan Z konsisten dengan Vivix Shaklee selepas 3 bulan lebih.

  • Pernafasan semakin baik
  • Kurang masalah sakit dada
  • Lebih bertenaga
  • Bacaan kolestrol kembali normal
Testimoni sakit jantung Vivix

Testimoni sakit jantung Vivix

8. Testimoni Vivix Shaklee dan SLE

Telah ramai pesakit SLE menggunakan Vivix Shaklee. Namun kesan ke atas mereka berbeza mengikut penyakit mereka. Mereka ini masih mengamalkan ubat doktor di samping pengambilan Vivix Shaklee.

Ada beberapa testimoni khusus saya buatkan untuk customer berikut:

Perhatian:

Testimoni di atas bukanlah sekadar overclaim atau testimoni yang dibuat-buat. Bahkan merupakan pengalaman customer saya sendiri mahupun pengalaman SID yang lain.

Berapa Harga Vivix Shaklee?

Ok sekarang ayuh kita lihat berapa harga Vivix Shaklee.

Vivix dan packaging yang ekslusif

Vivix Shaklee dan packaging yang ekslusif

 

Inilah rupa paras Vivix Shaklee. Sangat ekslusif. 1 botol mempunyai 150ml pati resveratrol dan polifenol tulen (tahap ketulenan 98%) yang anda tidak dapat pada jus resveratrol yang lain.

Harga runcit sebotol Vivix Shaklee adalah RM503. Untuk membeli Vivix Shaklee dengan harga lebih murah, anda boleh beli 2 botol dan anda dapat:

  • Penjimatan sehingga rm200++
  • Keahlian percuma (bernilai rm80)
  • Pos percuma (bernilai rm10.60) dan dihantar terus ke depan rumah anda.
  • 5% pulangan tunai dibayar kepada anda

Untung kan? Dengan 2 botol anda dapat manfaat di atas, dan yang penting anda membeli dengan penuh berkat.

Perbandingan Harga Vivix SHaklee

Untuk mendapat khasiat 100mg resveratrol dan polifenol, anda perlu makan 22 pil atau kapsul untuk mendapat khasiat yang sama dengan 1 sudu kecil Vivix Shaklee.

Atau jika anda bukan Muslim, minum 100 gelas wain sehari bersamaan dengan 1 sudu teh Vivix Shaklee (iaitu 100mg resveratrol). Daripada anda minum sampai 100 gelas wain sehari, adalah baik anda ambil hanya 1 sudu teh Vivix Shaklee.

1 sudu kecil Vivix Shaklee bersamaan dengan RM16.76 (berdasarkan harga runcit, kalau jadi ahli harganya jauh lebih rendah). Dengan 1 sudu kecil Vivix Shaklee, anda mendapat semua khasiat resveratrol dan polifenol membantu menyokong kesihatan kardiovaskular, otak, jantung dan sistem imun anda.

Jadi sebenarnya, Vivix Shaklee adalah sesuai dan berbaloi dengan harganya. Dengan harganya itu anda mendapat:

  • Khasiat resveratrol dan polifenol
  • Pati asli dan tulen resveratrol
  • Sokongan kepada kesihatan anda secara menyeluruh

Kesimpulan

Sangat besar manfaat Vivix Shaklee kepada kesihatan kita. Memang lebih penting agar kita cegah agar tidak dihinggapi penyakit terutama penyakit kronik. Itupun semakin ramai juga yang amalkan Vivix Shaklee sebagai pencegahan.

Selain itu, Vivix Shaklee juga dapat membantu menyokong kesihatan anda sekiranya telah mendapat penyakit. Ciri-ciri pada Vivix Shaklee iaitu:

  • Mempunyai kajian klinikal ke atas setiap ramuan dan keberkesanannya
  • Mempunyai landmark study tersendiri menyokong keberkesanan penggunaannya
  • Terbukti selamat diambil oleh semua

Pengambilan suplemen Shaklee bersama-sama dengan pengambilan ubat doktor sangat membantu untuk mempercepatkan kadar keberjayaan penyembuhan.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

27 thoughts on “Vivix Shaklee: Kelebihan, Fungsi, Kajian Klinikal dan Testimoni

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul strok kena kat otak, sel mati diotak memang takleh regenerate.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah makin ramai dah tahu sesuatu tanda yang bagus

      Reply
  1. Adam

    Tulisan yg lengkap.

    Selamat hai raya dan jangan lupa main meriam buluh.

    Reply
  2. Adam

    Saya pun makan vivix.
    Puasa tak letih.

    Selamat hari raya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge