Call nowWhatsapp

Vivix Shaklee Yang Anda Perlu Tahu!

Anda tentu nak tahu apakah kebaikan Vivix Shaklee kepada kesihatan dan adakah ia berbaloi sebagai pelaburan kesihatan? Kebaikan Vivix Shaklee seperti berikut:

  • Menggalakkan penuaan sihat (jadi boleh awet muda dan bertindak sebagai antipenuaan)
  • Bertindak mencegah kanser (dalam sesetengah kajian makmal polifenol boleh menggalakkan kematian sel kanser secara semulajadi)
  • Melindungi jantung
  • Membantu untuk reverse penyakit kencing manis, justru mengelakkan komplikasi akibat kencing manis / diabetes
  • Meningkatkan kesihatan sendi, mengelakkan masalah seperti arthritis, dan melindungi saraf
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer / Dementia
  • Mengurangkan risiko strok dan membantu rawatan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menggalakkan kesihatan keseluruhan

Sangat banyak kebaikan Vivix, dan sangat berkuasa. Jadi apakah Vivix Shaklee sebenarnya? Kenapa hebat sangat? Dan adakah berbaloi-baloi anda dapatkan Vivix? Artikel ini membantu anda mendapatkan maklumat berkaitan Vivix Shaklee.

Apakah Vivix Shaklee dan Kelebihan

Vivixâ„¢ Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.

Vivix merupakan produk anti penuaan selular, yang dicipta oleh Shaklee Corporation, adalah revolusioner, mempunyai 5 hak patensangat berkuasa dalam memerangi penuaan selular.

Salah satu bahan utama (resveratrol) dalam Vivix dirujuk di lebih 2,500 penerbitan penyelidikan, termasuk pelbagai kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institutes of Aging, dan Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar.

Vivix menyediakan 100 mg resveratrol dalam setiap hidangan (Satu sudu teh). Ekstrak resveratrol mempunyai resveratrol semulajadi Kandungan 98%. Ini sebenarnya suplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Bahawasanya ianya tulen ya.

Apakah Resveratrol Dalam Vivix Shaklee?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida – polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Ia pertama kali ditemui oleh Dr David Sinclair. Jemput saksikan penerangan berkenaan resveratrol dalam video di bawah:

Fakta Menarik Tentang Vivix Shaklee

Banyak fakta menarik tentang Vivix. Ayuh kita lihat satu persatu.

1. Vivix Shaklee mempunyai bukan 3, malah 5 patent iaitu:

a. Semulajadi dan polifenol diproses daripada 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet

Shaklee telah mempatentkan hak ke atas proses 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet dan secara semulajadi. 4 ramuan Vivix ini mengandungi polifenol yang sangat hebat. 4 ramuan Vivix Shaklee adalah:

Vivix merupakan sebatian cecair yang stabil dan tanpa bahan pengawet. Macamana hendak sahkan? Anda boleh uji sendiri di rumah.

Cuba simpan Vivix dalam peti sejuk beku / freezer selama sekurang-kurangnya 6 jam. Lihat samada ia membeku atau tidak. Ini merupakan satu bukti Vivix tidak dicampur dengan gula, air dan lain-lain.

Selain itu, jika diletakkan Vivix di atas meja, ia takkan meruap (berbuih-buih).

Kedua-dua sifat ini bukan dengan bantuan bahan kimia, tetapi disebabkan Vivix adalah semulajadi tanpa bahan pengawet dan stabil.

b. Vivix Merupakan Gabungan Resveratrol dan 15 jenis Polifenol

Resveratrol adalah sejenis antioksidan. Resveratrol telah ditulis dalam 2500 jurnal saintifik dan mampu bertindak melindungi DNA daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Polifenol pula merupakan sejenis sebatian fitokimia yang juga merupakan antioksidan yang hebat. Berkenaan gabungan ini ada saya nyatakan lebih lanjut dalam tajuk seterusnya.

c. Cold Filling Extraction Process

Ada banyak jenis proses untuk ekstrak jus/minyak/pati dari tumbuh-tumbuhan.

Cold extraction bermakna buah-buah yang digunakan dalam Vivix ditekan (press) untuk mengeluarkan patinya dengan suhu rendah.

Ada proses yang menggunakan air panas atau suhu panas, tetapi proses begini boleh menurunkan kualiti produk itu walaupun hasilnya mungkin lebih banyak.

Justeru, Shaklee telah mempatenkan proses ‘cold filling extraction‘ ini eksklusif untuk Vivix.

d. 10x Lebih Berkuasa

Vivix telah dipatent sebagai cecair mengandungi antioksidan resveratrol dan polifenol. Gabungan ini menjadikan Vivix 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal.

Ini menjadikan tiada produk yang dapat menyediakan produk anti penuaan sehebat Vivix.

e. Anggur Muscadine Sebagai Asas

Shaklee mempatentkan Vivix dengan anggur muscadine sebagai bahan asas utamanya. Kehebatan anggur muscadine adalah disebabkan kandungan resveratrol yang tinggi dan mampu melawan radikal bebas walaupun hidup liar dan tumbuh di kawasan yang agak lembab.

Anggur muscadine banyak sangat kelebihan yang salah satunya ia mampu mempertahankan diri sendiri daripada kulat yang merosakkan.

2. Khasiat 100mg resveratrol dengan hanya 1 sudu kecil

100 gelas wain = 1 sudu kecil Vivix dengan kandungan resveratrol sebanyak 100 mg. Anda tidak boleh minum wain (lagipun kita orang Islam) 100 gelas sehari betul tak?

Menurut Dr Sinclair, jumlah resveratrol dalam wain merah adalah sangat kecil berbanding dalam Vivix. Itulah sebabnya Vivix telah direka untuk menyampaikan tahap resveratrol daripada 100 gelas wain merah dengan setiap sudu teh (hidangan).

3. Gabungan Resveratrol dan Polifenol

Dr David Sinclair (Universiti Harvard) menerbitkan data menyatakan gabungan polifenol menjadikan resveratrol lebih berkuasa. Vivix pula adalah 10x lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal. Shaklee telah menambah 1200mg polifenol daripada anggur muscadine, elderberry dan lobak ungu. Manakala kebanyakan syarikat membuat daripada anggur atau wain merah.

Selain itu, Vivix mengandungi polifenol yang kaya dengan asid elagik, ini sesuatu jumlah yang tidak terdapat di dalam wain merah (wain merah dikatakan mengandungi khasiat resveratrol tertinggi).

Asid elagik menghalang enzim yang terlibat dalam pembentukan protein AGE, iaitu salah satu daripada empat pusat mekanisme penuaan selular. Resveratrol mempunyai kesan ke atas enzim ini, tetapi menyekat tiga kunci lain mekanisme penuaan selular.

Secara ringkasnya, menambah kompaun polifenol yang mengandungi asid elagik dan 10 lagi polifenol bersama-sama resveratrol telah menjadikan Vivix lebih berkuasa berbanding suplemen berasaskan resveratrol tunggal atau polifenol tunggal semata-mata.

5. Penyingkiran Emodin

Dalam kaedah pembuatan Vivix, Shaklee telah menyingkirkan satu elemen disebut sebagai emodin yang terdapat dalam resveratrol. Umum tahu japanese knotweed mengandungi tinggi resveratrol selain muscadine grapes. Malahan resveratrol pertama kali ditemui oleh saintis adalah daripada japanese knotweed.

Dalam resveratrol mengandungi sejenis bahan disebut emodin. Emodin adalah satu bahan yang berpotensi menyebabkan inflamasi kepada tubuh. Jika ingin mengambil suplemen berasaskan resveratrol, pastikan bahan emodin ini telah disingkirkan.

Dengan kaedah penyingkiran emodin ini menjadikan Vivix bersifat anti inflammatory dan 10x lebih berkesan berbanding resveratrol tunggal.

Kajian Klinikal Telomere

Selain mengadakan kajian Landmark Study ke atas pengguna suplemennya, Shaklee turut memiliki Landmark Study kedua iaitu Kajian Telomere khusus terhadap penggunaan Vivix.

Kajian ini dibuat ke atas pengguna Vivix yang mengambilnya setiap hari selama 5 tahun.

Kajian dilaksanakan oleh pemenang Anugerah Noble Perubatan pada 2009, Dr Elizabeth Blackburn. Kali ini kajian adalah berkenaan bacaan terhadap DNA kita, hasil pengambilan Vivix.

Kami selalu kata ambil Vivix jadi awet muda, memanjangkan usia kan, jadi kajian ini hendak membuktikannya secara klinikal.

Apakah Telomere?

Telomere adalah penanda aras biologi penuaan. Iaboleh menjadi kunci kepada penuaan dan kanser.

Di dalam sel kita ada nukleus, gen kita terletak di dalam molekul berpintal DNA disebut sebagai kromosom. Di hujung kromosom DNA kita ada pelindung yang disebut sebagai telomere. Ia melindungi data genetik kita, dimana ia boleh membahagi dan memegang maklumat bagaimana kita menjadi tua, bagaimana kita mendapat kanser dan sebagainya.

Umpama hujung cap plastik pada tali kasut, telomeres menghalang kromosom daripada melekat antara satu sama lain yang mana maklumat genetik kita akan bercampur gaul menyebabkan kemungkinan kanser, penyakit kronik dan kematian.

Setiap kali sel membahagi, telomeres menjadi lebih pendek. Apabila telomere mendapat terlalu pendek, sel tidak lagi boleh membahagi dan menjadi tidak aktif atau “uzur” atau mati. Proses ini berkaitan dengan penuaan, kanser dan risiko kematian yang lebih tinggi.

Hasil Kajian Telomere

Hasil kajian mendapati kadar pemendekan telomeres bagi pengguna Vivix berumur 80 tahun adalah 40% lebih perlahan, iaitu sama dengan mereka yang berumur 35 tahun.  Ini menunjukkan Vivix membantu untuk mengekalkan kemudaan, keremajaan, dan membantu mengelakkan dari penyakit-penyakit disebabkan oleh usia yang semakin meningkat.

Kajian ke atas telomere pengguna yang mengambil Vivix mendapati kadar pemendekan telomeres mereka lebih perlahan
Kajian ke atas telomere pengguna berumur 80 tahun ke atas yang mengambil Vivix mendapati kadar pemendekan telomeres mereka lebih perlahan

Vivix berfungsi untuk memastikan telomeres kita sentiasa panjang dan sel/DNA terlindung daripada kerosakan atau serangan radikal bebas. Menurut kajian landmark Shaklee juga, telomeres pengguna Vivix adalah 11% lebih panjang berbanding mereka yang bukan pengguna Shaklee.

Fungsi Vivix Shaklee Membantu Pelbagai Masalah Kesihatan Terutama Penyakit Disebabkan Penuaan

Vivix mengandungi sejenis polifenol unggul yang disebut sebagai resveratrol. Resveratrol adalah sejenis antioksidan kuat yang dapat membantu melindungi sel anda daripada kerosakan daripada radikal bebas. Radikal bebas memainkan peranan dalam pelbagai penyakit.

Di bawah adalah bagaimana Vivix dengan khasiat resveratrol dapat membantu dalam perkara berikut:

1. Vivix Membantu Kesihatan Kulit

Secara semula jadi, fungsi resveratrol adalah sebagai senjata defensif tumbuhan. Resveratrol adalah bahan antimikrob yang dihasilkan oleh tumbuhan sebagai tindak balas kepada tekanan, jangkitan, atau radiasi UV yang kuat. Boleh rujuk keupayaan ini dalam posting saya berkenaan anggur muscadine.

Resveratrol memberikan kesan antioksidan yang kuat pada dua tahap yang berbeza:

  • Memusnahkan radikal bebas sediada
  • Menghalang pembentukan radikal bebas.

Keupayaan antioksidan resveratrol telah terbukti lebih banyak berbanding vitamin E dan C. Satu kajian menunjukkan bahawa resveratrol adalah 95% berkesan untuk mencegah peroxidation lipid, berbanding 65% untuk vitamin E dan 37% untuk vitamin C.

Dalam kajian terbaru, kekuatan antioksidan 1% resveratrol dibandingkan dengan idebenone 1%. Idebenone adalah antioksidan farmaseutikal yang kuat. Manfaat idebenone termasuk

  • Melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedut
  • Mengurangkan kekeringan
  • Melicinkan tekstur kulit

Hasil kajian menunjukkan bahawa resveratrol mempunyai kapasiti antioksidan 17 kali lebih tinggi daripada idebenone!

Selain itu resveratrol juga dapat melindungi daripada kerosakan kulit akibat pendedahan kepada UVB serta menghalang stres oksidatif yang disebabkan UVB. Ia juga telah menunjukkan dapat mencegah kerosakan UVA dan proliferasi sel normal yang tidak normal.

Pada usia 71 tahun, Hjh Wan Zainab masih mampu mengerjakan umrah setiap tahun bersama menantu dan anak beliau
Pada usia 71 tahun, Hjh Wan Zainab masih mampu mengerjakan umrah setiap tahun bersama menantu dan anak beliau

Resveratrol juga dapat membentuk molekul yang larut, kompleks dengan ion logam tertentu, tidak mengaktifkan ion supaya mereka tidak dapat menghasilkan pembentukan radikal bebas. Tindakan ini, dalam kombinasi dengan keupayaan antioksidan yang kuat, menjadikan resveratrol sangat berkesan dalam memerangi kesan kerosakan akibat radikal bebas yang membawa kepada penuaan kulit. Resveratrol juga dilaporkan merangsang proliferasi sel yang sihat serta sintesis kolagen dengan melindungi matriks dermal dari enzim berbahaya dan meningkatkan fungsi fibroblas yang mencipta kolagen yang sihat.

Kesimpulannya, resveratrol dalam Vivix sangat berperanan dalam kesihatan kulit dari segi:

  • Kesan kuat sebagai antioksidan dengan 95% lebih berkesan
  • Memberikan kulit lebih baik dari segi mengelakkan kekeringan, memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan kedutan
  • Melindungi daripada kesan cahaya matahari (UVB) dan mencegah daripada kerosakan
  • Memerangi kesan akibat radikal bebas yang membawa kepada penuaan kulit
  • Merangsang proliferasi sel sihat
  • Sintesis collagen dan meningkatkan fungsi fibroblas agar collagen yang sihat

2. Vivix Membantu Menguruskan Badan

Salah satu kelebihan utama resveratrol ialah ia dapat memperbaiki bagaimana badan anda mengendalikan apa yang anda makan dan sama ada ia disimpan sebagai lemak atau dibakar. Aktiviti ini dikenali sebagai sensitiviti insulin.

Ada kajian menunjukkan resveratrol membantu menguruskan badan dari segi:

  • Resveratrol bertindak sebagai adiponektik yang dihasilkan oleh sel lemak dengan meningkatkan kepekaan insulin
  • Menghalang sel lemak tidak matang daripada aktif dan mencegah sel lemak sediada daripada berkembang

Insulin adalah satu-satunya hormon yang memberitahu tubuh anda sama ada menyimpan atau membakar lemak dan ia pastinya bukan sesuatu yang anda mahu secara berlebihan. Resveratrol nampaknya meningkatkan kepekaan insulin, yang boleh menangkis penyakit kencing manis (bersamaan dengan diet yang rendah dalam gula dan karbohidrat) dan membantu anda mencapai matlamat penurunan berat badan.

Selain itu, tahukah anda mengapa setiap kali anda kurus, berat badan anda boleh kembali naik dengan cepat? Ini dinamakan sebagai rebound.

Detox dapat membantu meningkatkan fungsi hati dan membantu merawat psoriasis
Berat rebound akibat salah cara diet

Tahukah anda bahawa jumlah sel lemak yang anda ada akan kekal di sepanjang hayat anda, tidak kira sama ada anda diet atau tidak. Menurut kajian oleh Institut Karolinska, Sweden telah menunjukkan bahawa kita terus mencipta sel lemak baru untuk menggantikan sel yang merosot. Para saintis mendapati sel lemak orang obes mati pada kadar yang lebih cepat dan dicipta pada kadar yang sama cepat. Maknanya double berbanding orang kurus.

Para saintis mendapati bahawa orang gemuk menghasilkan kira-kira dua kali lebih banyak sel lemak baru setiap tahun. Mereka juga mendapati kematian sel lemak berlaku pada dua kali ganda kadar di kalangan orang gemuk.

Para saintis mengatakan penemuan kajian ini dapat memberikan sasaran baru untuk rawatan obesiti. Maknanya jika hendak kurus, lebih elok kawal pembentukan sel baru dan ini dapat mengubati obesiti dengan lebih berkesan.

Bagaimana resveratrol membantu?

Kajian menunjukkan resveratrol meningkatkan keupayaan otot menyerap glukosa daripada makanan. Ini bermakna lebih banyak kalori masuk ke dalam otot dan sedikit masuk ke sel lemak. Selain itu resveratrol menghalang pengeluaran sel lemak matang dan menghalang penyimpanan lemak – sekurang-kurangnya di peringkat selular.

Kesimpulannya bagaimana resveratrol bantu untuk kurus?

  • Resveratrol bertindak sebagai adiponektik yang dihasilkan oleh sel lemak dengan meningkatkan kepekaan insulin
  • Menghalang pengeluaran sel lemak tidak matang dan mencegah sel lemak di peringkat selular
  • Meningkatkan kepekaan insulin
  • Meningkatkan keupayaan otot menyerap glukosa daripada makanan

3. Vivix Bersifat Anti Radang, Cegah Penyakit Berkaitan Tekanan Oksidan

Pernah tengok epal yang jadi hitam atau buruk? Saya masih ingat zaman dulu epal akan jadi hitam apabila terdedah. Saya ingin sebutkan tentang tekanan oksidan. Untuk memahami maksud OKSIDASI cuba lihat apa yang berlaku apabila sebiji buah epal dibiarkan untuk beberapa hari.

Kita akan dapati terdapat tompok keperangan bertukar menjadi kehitaman yang lama kelamaan ianya akan menjadi lembut dan rosak (busuk). Kesan kehitaman inilah akibat proses oksidasi. Proses oksidasi ini disebabkan oleh kesan bahan yang dikenali sebagai RADIKAL BEBAS yang tidak mampu dikawal oleh antioksidan.

Proses oksidasi ini disebabkan oleh kesan bahan yang dikenali sebagai RADIKAL BEBAS. Radikal bebas menyebabkan sel tidak stabil. Dia lilau-lilau untuk cari lebih atau kurangkan elektron dia. Dia nak curi la kiranya. Dalam proses dia nak cari / kurangkan elektron ni, radikal bebas boleh rosakkan DNA, menyerang enzim, protein dan selaput sel.

Vivix Shaklee bersifat antioksidan membunuh radikal bebas
Vivix Shaklee bersifat antioksidan membunuh radikal bebas

Kesannya kadar proses penuaan serta kadar kematian sel yang lebih cepat (necrosis) dan berpotensi mendapat, penyakit degenerasi seperti sakit sendi, sakit salur darah, sakit jantung, angin ahmar (stroke), katarak, kencing manis, penyakit kronik yang lain termasuk penyakit kanser dan lain-lain.

Bahaya tak radikal bebas ni? Bahaya la kan. 

Jadi kesimpulan begini:

Tekanan oksida > radikal bebas > curi elektron > proses penuaan pantas > penyakit degeneratif / kronik

Bagi Vivix pula, ia mempunyai kajian klinikal bagaimana Vivix dengan khasiat polifenol dan resveratrol dapat membantu mencegah proses tekanan oksidan ini sekaligus mengelakkan keradangan daripada berlaku. Kajian ini telah diterbitkan pada tahun 2011.

Kajian ini telah pun diterbitkan dalam ncbi dalam link berikut:

A resveratrol and polyphenol preparation suppresses oxidative and inflammatory stress response to a high-fat, high-carbohydrate meal.

Makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat sememangnya terkenal dalam meningkatkan tekanan oksidatif dan keradangan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tanggapan bahawa suplemen antioksidan yang tinggi dengan polifenol dan resveratrol boleh menumpulkan kesan pengoksidaan lemak / makan karbohidrat yang tinggi.

Kajian ini dilakukan keatas sekumpulan sukarelawan, kedua-duanya diberikan sarapan daripada makanan segera bernilai 910 kalori. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan:

  • 1 kumpulan placebo
  • 1 kumpulan lagi diberikan Vivix selepas sarapan diambil

Ujian darah dibuat selepas 5 jam.

Kajian klinkal Vivix Shaklee terhadap tekanan oksidan dan keradangan
Kajian klinkal Vivix Shaklee terhadap tekanan oksidan dan keradangan

Hasil ujian menunjukkan suplemen mengandungi resveratrol dan polifenol dapat:

  • Mengelakkan peningkatan tekanan oksidan
  • Merangsang aktiviti Nrf-2 dan mendorong pengaktifan antioksidan berkaitan

Kesimpulan yang kita boleh buat adalah Vivix menunjukkan kesan antioksidan kuat justeru bersifat anti radang sekaligus dapat mengelakkan penyakit berkaitan keradangan.

Testimoni Vivix Shaklee Untuk Pelbagai Penyakit

Ada banyak testimoni sebenarnya, tetapi di sini biarlah saya senaraikan beberapa yang major berdasarkan pengalaman customer saya sendiri.

1. Testimoni Vivix Shaklee Untuk Kerosakan Buah Pinggang

Kisah Tuan Amirul, seorang anggota TLDM berumur 40 tahun disahkan mempunyai masalah buah pinggang tahap 3 akibat menderita penyakit diabetes / kencing manis. Beliau ambil Vivix.

Selepas sebulan beliau berjumpa doktor untuk follow up. Ujian darah dilakukan sebagaimana rutinnya. Alangkah terkejutnya doktor, siap pening lagi doktor. Masa itu saya pun sudah cuak, ala dah kenapa doktor pening ni?

Rupa-rupanya bacaan GFR Tuan Amirul menunjukkan fungsi buah pinggang sudah normal. Doktor pening sebab baru bulan lepas doktor diagnos sebagai kerosakan buah pinggang tahap 3, tapi bulan ini follow up sudah jadi normal. Bukan sahaja buah pinggang normal, tahap kencing manis pun sudah turun.

Apalagi Tuan Amirul segera maklumkan saya. Saya yang pada mulanya cuak, senyum bahagia pulak. Alhamdulillah apa yang saya paling gembira bila tahu customer kembali sihat.

Vivix membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dialisis buah pinggang kronik
Vivix membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dialisis buah pinggang kronik
Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3
Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3

2. Testimoni Vivix Shaklee dan Kanser

Ada banyak kisah kejayaan pesakit kanser dengan Vivix di samping mereka mengikut rawatan yang dicadangkan oleh doktor. Berikut adalah antara kisah kejayaan mereka.

Pengambilan Vivix semasa kemoterapi membantu memberikan tenaga
Pengambilan Vivix Shaklee semasa kemoterapi membantu memberikan tenaga
Pengambilan Vivix semasa kemoterapi membantu pesakit kanser
Pengambilan Vivix Shaklee semasa kemoterapi membantu memberikan tenaga dan nutrisi diperlukan pesakit kanser

3. Testimoni Vivix Membantu Menyokong Pesakit Diabetes / Kencing Manis

Untuk membaca testimoni pengguna diabetes / kencing manis yang menggunakan Vivix, anda boleh klik pada link di bawah:

  1. Pesakit 30 tahun diabetes sihat dengan ambil Vivix
  2. 2 Tahun Ambil Vivix Untuk Masalah Diabetes
  3. Luka Diabetes Pulih Dengan Vivix
  4. Vivix bantu rawati masalah Diabetes dan buah pinggang

.

Turun paras gula kepada 6.6 daripada 14 dalam 3 minggu sahaja
Turun paras gula kepada 6.6 daripada 14 dalam 3 minggu sahaja

4. Testimoni Vivix Shaklee dan Kesuburan

Banyak sebenarnya kisah kejayaan mereka yang berjaya mengandung dengan asbab mengambil Vivix. Namun di bawah adalah salah satu contoh kisah kejayaan mereka.

Vivix bantu kesuburan suami isteri
Vivix bantu kesuburan suami isteri

5. Testimoni Sembuh Strok Dengan Vivix Shaklee

Testimoni yang saya bawakan ini pula seorang warga emas. Jemput baca kisah beliau:

Kak Aishah Abd Rahman 60 tahun yang saya kenal sebelum 1988 lagi. Pernah dia kirim doa agar dapat jodoh masa kami (bersama arwah Hjh Zaradah) menunaikan Haji pertama pada 1988.

Beliau di serang stroke pada raya pertama tahun lepas.Sehari di ICU dan 3 hari di wad biasa.

Pada hari ke 4 kawan lama, MakNgah Fauziah Ismail hantar sebotol Vivix. Kesan dalam sehari dapat berjalan tanpa di papah.

Hari ini beliau seorang senior supervisor yang amat kimited dengan produk Shaklee terutama Vivix dan Collagen.

Kalau dulu wajahnya kusam, tak cerah dan ceria hari ini dengan izin Allah dan berkat istiqomah dengan suplement semulajadi beliau sihat dan sampai ke farm house kami dari Kuala Kangsar menuju ke Sik untuk ziarah ibunya. Alhamdulillah.

Sembuh strok dengan Vivix Shaklee
Sembuh strok dengan Vivix Shaklee

7. Testimoni Vivix Shaklee Untuk Bantu Sakit Jantung

Kisah ini adalah kisah customer saya sendiri. Pada satu hari Puan Z hubungi saya merujuk kepada masalah kesihatan beliau. Puan Z sudah bertahun-tahun ada masalah jantung. Jantung kerap berdegup pantas, pernafasan laju, tangan mengigil. Masa saya bercakap dengan beliau dalam telefon pun memang kedengaran letih dan tercungap-cungap. Orangnya masih muda tidak jauh pun beza dari saya.

Akibat sakitnya, puan Z sukar hendak buat kerja rumah. Buat sikit, jadi cepat letih. Dari aspek makanan pula, lama Puan Z pantang makan. Sebab bila makan benda berminyak, terus rasa pening dan penyakitnya datang semula. Kolestrol pula memang tinggi, walaupun tidak makan sangat pun benda berminyak.

Masuk tahun ke 7, apabila penyakit tidak juga baik, disamping dengan pengambilan ubat doktor, Puan Z nekad ingin mencuba Shaklee. Puan Z hubungi saya berdasarkan kepada pembacaan beliau daripada blog saya.

Sebenarnya doktor tidak dapat betul-betul kesan penyakit puan Z. Xray, ujian darah dan ujian air kencing semua normal. Jadi agak sukar untuk mencadangkan set yang betul-betul fokus kepada permasalahan beliau. Apa yang saya diberitahu cuma simptom beliau. Berdasarkan simptom beliau saya merujuk kepada tim pakar nutrisi dan doktor dalam tim saya. Saya cuma cadangkan Vivix sahaja dahulu.

Puan z setuju dengan cadangan saya. Cuba Vivix untuk pusingan pertama. Bila rasa serasi dengan Vivix , baru Puan Z tambah Phytocol-ST dan Omega Guard utk masalah kolestrol.

2 minggu selepas pertama kali ambil Vivix , puan Z rasa lebih sihat. Jantung kurang berdebar. Selalu juga saya follow up condition beliau. Inilah hasil puan Z konsisten dengan Vivix selepas 3 bulan lebih.

  • Pernafasan semakin baik
  • Kurang masalah sakit dada
  • Lebih bertenaga
  • Bacaan kolestrol kembali normal
Testimoni sakit jantung Vivix
Testimoni sakit jantung Vivix

Perhatian:

Testimoni diatas adalah bersifat peribadi. Keputusan mungkin berbeza daripada bagi setiap individu. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan mencegah sebarang penyakit.

Untuk pengesahan keterangan, sila hubungi saya (emel: ahmad.raihanah@gmail.com atau 0122195919)

Sentiasa berunding dengan doktor anda sebelum anda mengambil produk.

Berapa Harga Vivix Shaklee?

Ok sekarang ayuh kita lihat berapa harga Vivix.

Vivix dan packaging yang ekslusif
Vivix Shaklee dan packaging yang ekslusif

Inilah rupa paras Vivix . Sangat ekslusif. 1 botol mempunyai 150ml pati resveratrol dan polifenol tulen (tahap ketulenan 98%) yang anda tidak dapat pada jus resveratrol yang lain.

Harga runcit sebotol Vivix adalah RM498. Untuk membeli Vivix dengan harga lebih murah, anda boleh beli 2 botol dan anda dapat:

  • Penjimatan sehingga rm200++
  • Keahlian percuma (bernilai rm80)
  • Pos percuma (bernilai rm10.60) dan dihantar terus ke depan rumah anda.
  • 5% pulangan tunai dibayar kepada anda

Untung kan? Dengan 2 botol anda dapat manfaat di atas, dan yang penting anda membeli dengan penuh berkat.

Perbandingan Harga Vivix Shaklee

Untuk mendapat khasiat 100mg resveratrol dan polifenol, anda perlu makan 22 pil atau kapsul untuk mendapat khasiat yang sama dengan 1 sudu kecil Vivix.

Atau jika anda bukan Muslim, minum 100 gelas wain sehari bersamaan dengan 1 sudu teh Vivix (iaitu 100mg resveratrol). Daripada anda minum sampai 100 gelas wain sehari, adalah baik anda ambil hanya 1 sudu teh Vivix .

1 sudu kecil Vivix bersamaan dengan RM16.76 (berdasarkan harga runcit, kalau jadi ahli harganya jauh lebih rendah). Dengan 1 sudu kecil Vivix Shaklee, anda mendapat semua khasiat resveratrol dan polifenol membantu menyokong kesihatan kardiovaskular, otak, jantung dan sistem imun anda.

Jadi sebenarnya, Vivix adalah sesuai dan berbaloi dengan harganya. Dengan harganya itu anda mendapat:

  • Khasiat resveratrol dan polifenol
  • Pati asli dan tulen resveratrol
  • Sokongan kepada kesihatan anda secara menyeluruh

Kesimpulan

Sangat besar manfaat Vivix kepada kesihatan kita. Memang lebih penting agar kita cegah agar tidak dihinggapi penyakit terutama penyakit kronik. Itupun semakin ramai juga yang amalkan Vivix sebagai pencegahan.

Selain itu, Vivix juga dapat membantu menyokong kesihatan anda sekiranya telah mendapat penyakit. Ciri-ciri pada Vivix Shaklee iaitu:

  • Mempunyai kajian klinikal ke atas setiap ramuan dan keberkesanannya
  • Mempunyai landmark study tersendiri menyokong keberkesanan penggunaannya
  • Terbukti selamat diambil oleh semua

Pengambilan suplemen Shaklee bersama-sama dengan pengambilan ubat doktor sangat membantu untuk mempercepatkan kadar keberjayaan penyembuhan. Bagi pesakit kronik, rujuklah dengan doktor anda sebelum mengambil Vivix.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

m sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. Join kami ye. 

Register sini

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)