Ada juga yang mesej saya bertanyakan tarikh luput vitamin yang ingin mereka beli. Ada kerisauan di situ jika vitamin telah luput tarikhnya dan masih belum dimakan.
Adakah Vitamin Luput Tarikh Membahayakan?
Bagi yang belum tahu apakah fungsi FDA, FDA adalah bertanggungjawab untuk melindungi kesihatan awam dengan memastikan keselamatan, keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan kepada manusia dan haiwan, produk biologi, peralatan perubatan, bekalan makanan, kosmetik, dan produk yang mengeluarkan radiasi.
Sangat sedikit daripada kita mengetahui bahawa FDA tidak memerlukan tarikh luput pada vitamin / makanan tambahan. Ini bermakna syarikat-syarikat farmaseutikal meletakkan tarikh pada bungkusan itu “secara sukarela”.
Salah satu sebabnya ialah kerana jaminan keberkesanan / potensi bagi produk yang mereka jual. Sebab kedua adalah disebabkan oleh jualan.
Bagaimana Menjaga Potensi Vitamin Anda
Jika tidak disimpan dengan betul, vitamin akan kehilangan potensi mereka lebih cepat daripada tarikh luput. Contohnya pendedahan kepada haba, cahaya dan udara boleh menyebabkan vitamin kehilangan potensi lebih cepat.
Anda boleh cuba mengikuti tips berikut:
- Elakkan pendedahan vitamin kepada haba, cahaya dan udara.
- Pastikan anda menyimpan vitamin dalam bekas asalnya di tempat sejuk dan kering.
- Sesetengah vitamin memerlukan penyimpanan khas seperti Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk.
- Elakkan meninggalkan vitamin di tempat panas seperti dalam kereta kerana ia boleh merosakkan vitamin terutama vitamin dalam bentuk kapsul.
Vitamin Luput Tarikh Tidak Berbahaya
Berdasarkan di atas, vitamin yang disimpan dengan cara betul boleh bertahan sehingga 4 atau 5 tahun berbanding 2 tahun seperti cadangan konservatif. Cara betul ini adalah: menggunakan botol asa, jauh daripada haba, cahaya, kedap udara.
Mengambil vitamin selepas tarikh tamat umumnya adalah selamat. Salah satu perbezaan adalah anda mungkin telah kehilangan potensi vitamin itu dari masa ke masa, jadi mengambil vitamin yang melebihi tarikh luput hanya menyebabkan vitamin kurang memberikan kesan yang anda ingini.
Selagi vitamin tidak mengubah bau, bentuk, tekstur dan rasa, vitamin masih boleh diambil walaupun selepas 6 bulan tamat tempohnya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah
SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
jarang makan vitamin sebab tu tak perasan bila tarik luput
nikkhazami recently posted…Filem Back To The Future Menjadi Kenyataan
mungkin satu masa perlukan vitamin kan dan boleh ingat pesanan ini
Secara amnya begitulah yg dikatakan oleh expert2. Tapi Suri habiskan juga sebelum tarikh huhu. Dah terbiasa.
Suri recently posted…Adakah Anda Buat 5 Silap Ini Dengan Jamu Ketika Berpantang?
saya pun biasa habiskan ikut dos yang diberi
Kalau ambil ubat atau vitamin jarang tengok tarikh luput dia
Hajar Shikin recently posted…Kenali Blogger MohdZarin.com
sekarnag kena tengoklah kan
Oh.. patutlah kat botol vitamin tu suruh simpan elok2.
Jangan dedah kat sana sini. Rupanya boleh kurangkan potensi tu..
Adzrif Sidek recently posted…Apa Yang Saya Belajar Daripada Seminar Harimau Menangis?
itulah, saya pun baru tahu
walaupun tarikh luput boleh digunakan dalam masa 6 bulan..namun rasa was-was itu tetap ada
Hero Borneo recently posted…Cerita Disebalik Gambar Siri 10
seeloknya habiskan sebelum tarikh luput
jarang benar nak check.
sebab jarang jugak makan vitamin. hehe..
titan recently posted…Buat duit dengan Affiliate Amazon
setengah orang ambil vitamin dan mereka kekal sihat
ada jugak amik vitamin, Redoxon. Tak sempat nak tengok tarikh luput sebab seminggu dah habis sebotol.
kalau sos pulak macam mana yer? klu simpan di tempat sejuk boleh tahan lebih dari expired dia ke?
lankapo recently posted…Jom Buat Duit dengan Jual Aiskrim
biasa makanan basah tu dia akan tulis use before atau expiry date, ini bermakna makanan tu terbaik dimakan sebelum tarikh tu dan kalau dah lepas tarikh tu biasanya memang dah rosak. suplemen biasanya tulis best before.