Call nowWhatsapp

Alhamdulillah pada bulan November lalu saya berpeluang buat pertama kalinya menyertai percutian mewah tajaan Shaklee. Kali ini Shaklee memilih menggunakan cruise Star Libra.

Sebab pertama kali, memang super eksaited sangat untuk sertai percutian percuma Shaklee ni. Maklumlah selama ni hanya dengar saja kawan-kawan SID betapa bestnya menyertai percutian dengan Shaklee.

Kali ni saya sendiri akan alami pengalaman menakjubkan ini. Alhamdulillah saya dapat tiket ini hasil pencapaian pada tahun 2016.

Jom tengok trip yang saya dapat ni.

Percutian Percuma Shaklee Star Cruise Libra

Trip ini daripada 22 hb November hingga 26 hb November 2017 iaitu 5 hari 4 malam. Alhamdulillah buat pertama kali saya dapat 1 tiket.

Info Tentang Kapal

Namanya Star Cruise Libra, sepanjang 700 kaki yang dapat memuatkan 1436 orang penumpang dengan 718 kabin.

Day 1: Kuala Lumpur – Port Klang

Untuk naik cruise, tak boleh bawa beg besar-besar. Kabin tak besar macam bilik hotel. Jadi kita bawa beg yang medium saiz sahaja.

Trip Cruise Shaklee

Trip Cruise Shaklee

Malamnya kami dijamu dengan makanan mewah ala-ala BBQ. Semua pun sedap.

Trip Cruise Shaklee

Trip Cruise Shaklee: Dinner BBQ 

Selepas dinner, semua orang wajib attend taklimat ringkas keselamatan. Kami diajar cara pakai life jaket. Time ni memang teringat kisah kapal Titanic karam. Tak silap Titanic tak cukup bot kecil, sebab tu hanya mampu selamatkan beberapa orang sahaja.

Disebabkan Star Cruise Libra boleh memuatkan 1436 orang, maka kapal ini memiliki 10 buah bot kecil yang setiap satunya boleh memuatkan 200 orang.

Memang penting taklimat keselamatan ni, kalau sesiapa tak hadir kena ulang semula taklimat ni.

Masa ni kapal dah pun belayar menuju ke Langkawi. Dijangka sampai ke Langkawi jam 10 pagi esok.

Trip Cruise Shaklee

Trip Cruise Shaklee: Fire Drill

Day 2: Langkawi

Awal pagi lagi kami ada senaman ringkas kemudian disambung dengan aktiviti scavenger hunt sehingga tengahari. Masa ini kapal sudah pun tiba di Langkawi.

Semua aktiviti termasuk scavenger hunt diadakan di atas kapal.

Selesai makan tengahari, kami turun sekejap ke Langkawi untuk sedikit shopping spree.

Trip Cruise Shaklee

Trip Cruise Shaklee : Day 2

Malamnya kami ada dinner bertemakan sarong. Semua orang mesti berpakaian tema sarong.

Trip Cruise Shaklee

Trip Cruise Shaklee: Dinner Sarong

Day 3: Phuket

Hari ke 3 kami tiba di Phuket. Ada banyak juga aktiviti pantai di sini, tapi sebab saya mengandung, takde la nak buat aktiviti lasak sangat. Saya cuma ikut sertai aktiviti snorkeling dan makan sahaja.

Suka sangat makan disini, semua pun sedap-sedap terutama udang black pepper dan somtam Thai tu.

Trip Cruise Shaklee

Trip Cruise Shaklee: Phuket

Malamnya kami ada dinner lagi. Kali ni bersifat fine dining. Saya paling suka sup labu tu. Sampai 2 mangkuk makan (ambil teman sebelah punya sekali). Lobster ok tapi tak menepati citarasa saya.

Trip Cruise Shaklee

Trip Cruise Shaklee: Captain Nite Dinner

Day 4: Penang

Ni pun suka juga. Jalan-jalan di Penang. Walaupun baru ditimpa banjir, tapi nampak aktiviti berjalan lancar di Penang.

Kami sempat ke Komtar (Skywalk). Fuh memang gayat juga. Harga RM68 seorang ditanggung oleh Shaklee. Kalau pergi sendirian memang tak pergilah.

Senibina bangunan di kawasan ini pun masih terpelihara. Memang cantik.

Di Penang sempat santap makanan Penang asli contohnya cendol, tauhu goreng, laksa penang dan mee mamak. Sedap betul semuanya.

Trip Cruise Shaklee

Trip Cruise Shaklee: Penang

Day 5: Masa Untuk Pulang

Masa untuk balik. Dalam gambar ni adalah sebahagian daripada hadiah percuma yang Shaklee berikan kami disepanjang trip.

Saya sampai ke rumah dalam pukul 11 pagi. Hilang rindu kepada anak-anak. Apa pun saya seronok dengan trip ni bukan saja dapat pengalaman yang menyeronokkan bahkan satu percutian yang mewah pernah saya alami.

Trip Cruise Shaklee

Trip Cruise Shaklee: Masa Untuk Balik

Kriteria Menyertai Percutian Mewah Shaklee

Setiap tahun Shaklee menawarkan percutian mewah tajaan Shaklee sepenuhnya cuma lokasi mungkin berbeza. Ada 2 jenis trip percuma yang disediakan oleh Shaklee

  1. Percutian antarabangsa
  2. Percutian dalam negara atau regional

Tentulah ada kriteria atau syarat yang mesti para SID capai untuk melayakkan diri mendapat percutian percuma ini. Nama pun percutian mewah, berbanding dengan MLM yang lain, tiket yang kita perolehi tak boleh dijual kepada orang lain. Betul, ada MLM yang boleh jual tiketnya walaupun orang yang membelinya tidak layak.

Jadi Shaklee cuma nak orang yang layak sahaja yang menyertai percutian mewah ini.

Antara kriteria yang diperlukan adalah:

  • Pangkat supervisor dan ke atas
  • Memperolehi point secukupnya (tempoh kumpul point adalah 12 bulan)

Untuk tahun 2018, trip mewah Shaklee akan ke 3 lokasi berikut:

1. International – Trip bersama cruise Freedom Of The Sea

Trip ini menggunakan kapal baru (jangkaan launching sekitar April 2018) yang dinamakan sebagai Freedom of The Sea. Trip ini akan ke 3 buah negara dan 7 bandar seperti:

  1. Barcelona, Sepanyol
  2. Provence, France
  3. Nice, France
  4. Florence / Pisa, Italy
  5. Rome, Italy
  6. Naples, Italy
  7. La Spenzia, Sepanyol
Trip Mewah Shaklee 2018 dengan Cruise Freedom Of The Sea

Trip Mewah Shaklee 2018 dengan Cruise Freedom Of The Sea

Perlukan 1010 point untuk syarat kelayakan. Kalau nak bawa pasangan dan anak-anak pun mesti cukup point sebanyak 850 setiap seorang.

2. Umrah dan Ziarah

Macam biasa, setiap tahun Shaklee ada buat juga umrah dan ziarah. Syarat kelayakan sama dengan trip international (1010 point).

Trip Mewah Shaklee 2018 Umrah dan Ziarah

Trip Mewah Shaklee 2018 Umrah dan Ziarah

3. Regional – Bangkok

Untuk regional pada tahun 2018 Shaklee memilih destinasi Bangkok. Mesti best nanti.

Untuk layak, mesti cukup 410 point, tiket seterusnya untuk pasangan dan anak-anak adalah sebanyak 350 point.

Trip Mewah Shaklee 2018 Regional di Bangkok

Trip Mewah Shaklee 2018 Regional di Bangkok

Boleh doakan saya? Setakat ni saya dah layak untuk 1 tiket Bangkok. Saya nak cuba dapatkan minima 1 tiket untuk menunaikan umrah bersama Shaklee. Saya perlukan sekitar 600 point lagi sehingga Mac 2018. Doakan saya ya.

Teruja kan? Berminat untuk jadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dengan saya? Ayuh hubungi saya sekarang untuk capai cita-cita anda dengan Shaklee!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)