Saya lupa hendak buat posting berkenaan Maulidurrasul minggu lalu, jadi saya gantikan dengan cerita di bawah yang ada kena mengena dengan Rasulullah.
Umrah Pada Umur 15 tahun
Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci (Mekah dan Madinah) adalah pada usia saya 15 tahun. Masa itu abah saya hendak bawa kami sekeluarga ke sana, kecuali abang sulung saya (telah dihantar mengerjakan umrah pada usia 12 tahun). Saya pergi selepas peperiksaan PMR.
Setiap orang rasanya pasti boleh rasa sesuatu bila berada berhampiran makam Rasulullah. Ada sapa pernah pergi? Boleh komen di bawah ya. Memang agak strict juga kalau kita ini wanita dan bukan arab untuk masuk ke Raudhah, iaitu berhampiran makam nabi.
Ditakdirkan berkali-kali juga saya hendak masuk, tetapi memang tiada rezeki. Setiap kali itulah saya rasa sedih, pilu. Padahal saya ini bukanlah seorang ratu air mata. Saya tidak tahu kenapa setiap kali lalu di situ, air mata jatuh tanpa saya dapat kawal.
Itulah penangan kasihnya Rasulullah. Sampai sekarang saya masih ingat, saya nangis macam hilang orang yang saya kasihi sampai bengkak mata.
Itulah pengalaman pertama saya, saya harap tahun 2017 saya berpeluang mengerjakan ibadah ke sana dan dapat pula masuk menziarahi baginda Rasulullah.
Tips Masuk Ke Raudhah
Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh mak saya untuk membolehkan wanita bukan arab seperti kita dapat masuk ke raudhah. Antaranya
- Masuk di tengah malam atau awal pagi. Masa ini tidak ramai orang dan mereka membenarkan wanita juga masuk.
- Gunakan telekung berwarna hitam (bukan yang ada sulam-sulam), sepenuhnya berwarna hitam agar polis arab perasan anda sebagai wanita arab.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Beruntungnya puan Raihanah dapat mengerjakan ibadah umrah seawal usia muda… saya pun berazam nak bawa isteti dan anak2 dalam tempoh 3 tahun dari sekarang… doakan kejayaan saya..
anuar recently posted…Sumber Inspirasi Kejayaan 2016 : Daripada Seorang Guru Kini Jutawan
insyAllah saya doakan tuan
ow pemakaian pun memainkan peranan nak masuk ke makam rasulullah ya. baru tau tips ni
inshaAllah, ada rezeki memang nak tunaikan umrah tahun ni
Uncle Zuan recently posted…2015 Berlalu Dengan Bersahaja, 2016 Bakal Berlalu Dengan Kelainan
wah best tu perancangan yang baik, semoga ditunaikan hajat tuan
As salam, Puan Raihanah saya baru pulang mengerjakan Umrah memang benar memang sukar untuk kita yg bukan wanita Arab untuk memasuki kawasan Raudhah.
Tetapi alhamdulillah, saya dapat solat sunat 2 kali di kawasan Raudhah.
Dan insya allah ingin pergi lagi ke Mekah dan Madinah.
alhamdulillah, best nya jadi tetamu Allah kan. tahniah puan