Pagi tadi saya dapat pesanan whatsapp daripada grup tadika anak berkenaan fenomena ekuinoks atau cuaca panas mendadak disebabkan oleh matahari berada tepat di garisan khatulistiwa. Banyak kesan kepada hidupan khususnya kita sebagai manusia.
Cuaca Panas Mendadak Adalah Fenomena Ekuinoks
Kenapa ia dipanggil sebagai ekuinoks? Ini adalah kerana ia berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘equal night’. Maknanya siang dan malam sama, sama tempohnya. Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.
Fenomena ini bukan pertama kali malah ianya berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.
Fenomena ini akan menyebabkan waktu siang lebih panjang berbanding waktu normal. Ini disebabkan oleh penipisan lapisan ozon kini, maka pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.
Bila berlaku siang ini lebih panjang, sudah tentu pendedahan cahaya matahari itu lebih dan dengan keadaan sekarang ini dengan lapisan ozon yang semakin menipis, kita akan mendapat lebih cahaya, lebih tenaga matahari, suhunya akan meningkat lebih tetapi setakat ini, belum ada amaran dikeluarkan sama ada suhu yang kritikal pada waktu ekuinoks ini ataupun tidak. Kita harap suhunya lebih sikit daripada normal, tidaklah melampau sangat. Setakat yang saya tahu, paling panas adalah 40 darjah.
Tips Hadapi Cuaca Panas Mendadak Disebabkan Ekuinoks
1. Minum air yang banyak.
Minumlah 2-4 gelas air kosong /air mineral setiap jam. Hindari meminum minuman berkafein atau beralkohol kerana ditakuti boleh mengakibatkan dehidrasi. Selain air mineral, minuman isotonik juga dapat membantu menyegarkan tubuh dan mengelakkan dehidrasi. Pilihlah minuman isotonik tanpa gula dan gas seperti Performance Drink.
Lain-lain tips hadapi cuaca panas adalah:
- Kurangkan aktiviti luar
- Banyakkan berehat
- Pakai pakaian berwarna putih atau terang. Pakaian berwarna cerah akan membantu memantulkan cahaya matahari, sebaliknya pakaian berwarna gelap akan menyerap haba dan cahaya.
- Gunakan kacamata hitam/berwarna gelap untuk menghindari silauan cahaya matahari.
- Apabila keluar rumah atau berada diluar gunakan payung, topi atau alat pelindung kepala lainnya.
- Kerapkan mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh.
- Jangan tinggalkan anak dalam kereta, ini boleh menyebabkan masalah keselamatan dan kesihatan mereka.
Siapa Yang Berisiko Dalam Cuaca Panas Mendadak
Awasi Strok Haba Disebabkan oleh Cuaca Panas Mendadak
Strok haba atau heat stroke adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.
Simptom Strok Haba
Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai, bergantung kepada situasi, keterukan atau keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi termasuklah:
- Pitam
- Sawan
- Dahaga
- Berpeluh
- Kekejangan
- Lemah tumpuan
- Tubuh kekejangan
- Tekanan darah rendah
- Lemah otot-otot badan
- Loya, mual dan muntah
- Keletihan dan kemalasan
- Denyutan nadi yang pantas.
- Kulit kering dan kemerahan
- Pening dan Sakit kepala berdenyut
- Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
Selain itu, ada kesan-kesan kesihatan strok haba seperti berikut:
- Heat Fatigue – Keletihan/kelesuan akibat panas
- Heat Syncope – Pitam/pengsan akibat panas
- Heat Cramps – Kekejangan akibat panas
- Heat Exhaustion – Keletihan/kepenatan akibat panas
- Heat Stroke – Strok akibat panas
Cara Atasi Masalah Disebabkan Cuaca Panas Mendadak
Cara atasi masalah disebabkan cuaca panas:
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan
- Keluar dari kawasan berhawa panas
- Tanggalkan pakaian yang ketat
Cara Hadapi Bahaya Disebabkan Kekejangan Otot
- Keluar dari kawasan yang panas
- Letakkan bungkusan ais/air batu
- Regangkan otot-otot yang terlibat
- Minum air dengan kekerapan setiap 15 minit
- Hindari aktiviti fizikal yang lasak untuk sementara waktu.
Cepat-cepat dapatkan bantuan perubatan jika keadaan semakin teruk.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Thanks for info, sentiasa beringat minum air tu dan jangan biar di tengah panas, kadang nak tough/tahan lasak sangat terlupa.
bp recently posted…Pulau Langkawi | two months old baby on the boat
betul tu, air kena minum selalu
Apa yg pasti kakak dgn abang nak tengok bill elektrik rumah bulan ini mesti mencanak Hana.
Mana taknya ada 2 bilik rumah aircond 24 jam cuti sekolah ni. Malam semua bilik on. Panas memang agak luarbiasa sekarang kan. Hrap-harap tak ada masalah kesihatan…
Sesekali Allah uji agar kita lebih mendekatkan diri padanya.
Kakzakie Purvit recently posted…Cuti sekolah bemula lagi
banyakkan minum air kakzakie, memang lain macam panas sekarang ni. elakkan dehidrasi
Cuaca panas memang menjadi langganan bagi daerah yang terlintas katulistiwa, kita bersyukur masih di perkenankan merasakan nikmat sinar matahari, kemarin 9 maret terjadi gerhana matahari sebagai tanda kekuasaanTuhan Allah swt. Bersyukur atas segala nikmatNya. Tipsnya sangat bermanfaat, apalagi jika kita dalam bepergian, kacamata hitam saya selalu sedia. Terima kasih
katon sumargi recently posted…Quit Pro, Aplikasi yang membantu untuk berhenti merokok
saya tak pernah ada spec hitam. insyaAllah nak beli nanti
EKUINOK SBBKAN SUHU PANAS MELAMPAU N KENIPISAN OZON JUGA SEMAKIN KETARA KERNA ITU RAJIN2LAH MAKMURKAN BUMI DGN TUMBUHAN HIJAU AGAR KEPANASAN DPT DIKURANGKAN
insyaAllah kak, kita menanam
Memang terasa panas berdenting lately ni. Nasib baik juga cuti sekolah..jadi anak2 duduk dalam rumah aje. Kalau tak, kesian pulak kena panas.
Fidah Shah recently posted…Hujan di Tengah Kemarau
saya pun lega anak2 ada di ruamah masa ni
Panasnya memang lain macam… info yang sangat bguna..
betul tu diana, memang cuaca unexpected sekarang ni
kalau dalam kereta mesti guna aircond..lebih selesa dan memberi fokus ketika pemanduan dalam cuaca panas
Hero Borneo recently posted…3 Cara Aktifkan Minda Jutawan
penting aircond dlm kereta, kalau takde, kesian betul
Kena minum air selalu. Paling kurang 5 gelas sehari. Air penting untuk badan. Anak-anak saya pun saya paksa banyakkan minum air kosong. Pergi sekolah bawak botol air. Takut badan kurang air.
Sobri Mansor recently posted…Topik sembang kedai mamak
nice info
mmg musim panas ni lebih perlu jaga kesihatan
sop pun dah mula sakit tekak ni 🙂
Sop recently posted…Menonton wayang Kung Fu Panda 3
beberapa minggu juga saya sakit dan perit tekak. alhamdulillah now recovering, cuma ambil set shaklee sahaja.
take care ya sop
memang betul kak anah..panas betul sekarang ni..saya setiap malam mesti bancuh performance drink tu
Nana Aris recently posted…resipi ayam panggang yang sedap dan mudah
haa betul tu, banyak juga ambil air dan performance drink lately ni
Mmg lain mcm cuaca panas minggu ni….Selain bawa air ke mana2, patut bawa jg payung, tapi entahlah kenapa malas betul nak sedia payung. Waktu panas mcm ni, kena ingatkan diri utk kurangkan pengambilan dehydrating foods spt kopi, teh, dll. 😀
Zurainny Ismail recently posted…Satay & Kelupis at Brunei Satay House III
betul tu puan. thanks tips tu
Memang panas tu, patutlah malam-malam pun masih berpeluh, sebelum tidur nak kena mandi baru rasa selesa..
betul tu, mandi kerap membantu menyejukkan badan
Kat kampung daun getah dah merah dan luruh … petanda musim panas / kemarau dah tiba
Malaysia Tercinta recently posted…Pendapatan Lumayan Dengan Bisnes Aiskrim
oo macam tu ek. dah macam musim luruh pulak
risaunya baca simptom tu semua, ada satu dua yg sedang dialami skrg, moga2 keadaan kembali ke sediakala, yg penting ambil tindakan yg sepatutnya
ajumohit recently posted…SweetMuslimah Peneraju Pakaian Muslimah Online
minum air banyak cik, memang musim panas camni cepat rasa dahaga. ramai ada simptom dehidrasi
Betul tu , panas melampau memang susah nak buat kerja harian..lagi lagi kerja di luar kawasan dengan cuaca panas gini memang selalu dapat sakit.. Kadang dapat stress yang terlampau sangat sampai nak pitam banyak kali.
Apa pun kena byk minum air..
Mejuez recently posted…7 Tempat Terbaik Untuk Shoping Online Hari Raya 2016
banyakkan minum air, stay indoor
dok dalam uma pun rasa macam kat dlm spa..minum air banyak2 pastu asek g tandas je..hihi
ika magicalips recently posted…Hampir Ditipu RM100k Lelaki Ini Dedahkan Taktik Licik Scammer Professional
huhuh itulah dia, nak buat cemana kan