Call nowWhatsapp

Zaman sekarang ni bisnes online jadi sangat popular, mudah dan boleh dibuat dimana-mana sahaja. Semuanya dihujung jari sahaja.

Berbeza sangat dengan kedai fizikal yang:

  • memerlukan kita berada di kedai yang mana menyukarkan mak-mak yang kebanyakannya nak berada di rumah sambil uruskan anak-anak
  • tinggi modal antaranya perlu termasuk sewa kedai, bil-bil, gaji pekerja dan lain-lain

Walaupun ada kedai fizikal banyak kelebihannya, namun kedai online atau buat bisnes online pun tak kurang banyak kebaikannya.

Ikutkan, internet ni dah lama juga wujud. Jadi banyak juga perbezaan antara dulu (tahun 2010 ke bawah) dan sekarang lepas tahun 2011 hingga kini.

Banyak platfom yang kita boleh gunakan seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, Google, Twitter, LinkedIn dan macam-macam lagi untuk anda mempromosikan produk /servis anda.

Yes. Mudah je zaman sekarang.

Tapi yang tak bestnya, dah ramai sangat pesaing. Lagi-lagi bila banyak jerung-jerung yang dah conquer platfom-platfom yang saya mention dekat atas tadi.

So macam mana?

Bisnes online sangat mudah dibuat terutama oleh suri rumah yang ingin menjana pendapatan
Bisnes online sangat mudah dibuat terutama oleh suri rumah yang ingin menjana pendapatan

Bolehkah Saya Baru Nak Mula Bisnes Online Dengan Shaklee?

Saya sentiasa nasihatkan dekat pada downline saya agar perkukuhkan basic bisnes dulu. Sebab mostly semua nak terus advance je. Basic takde.

Ye saya tau semua nak kaya cepat tapi nak kaya bukan boleh 1 malam cik abang oi. Ini yang kena ingat.

Orang yang dah kawin pun berusaha nak dapatkan anak. Mana boleh esok kawin, lusa dah dapat anak. Tak logik. Ha macam tulah istilahnya.

Jadi kukuhkan dulu pengetahuan anda tentang basic knowledge tentang bisnes. Pelan-pelan kayuh, jangan aim hari ni start bisnes, esok terus dapat sales RM10 ribu.

Dalam MLM Shaklee ni, yang mana walaupun kita masih baru, peluang kita untuk berjaya, sama sahaja dengan orang yang telah lama berkecimpung dalam Shaklee. Anda tak rugi apa pun. Yang penting anda belajar dan ambil tindakan.

Tools Online Yang Boleh Digunakan Untuk Bisnes Online Shaklee

Di sini saya kongsikan antara tools yang anda boleh gunakan untuk kembangkan bisnes online anda.

Seperkara sebelum itu, pastikan anda adalah pengguna Shaklee dan merupakan Shaklee lover. Perkongsian sebagai pengguna Shaklee sendiri adalah lebih baik.

1. Miliki Blog Sendiri

Ramai yang rasa sukar betul nak buat blog. Sukar tu dalam minda kita sebenarnya. Kalau kita rasa benda ni bermanfaat, usahalah untuk buat.

Blog adalah tempat untuk anda planning strategi marketing anda dan juga tempat untuk anda mengumpul database pelanggan. At the same time, orang percaya lebih dekat bisnes yang ada blog.

Lagipun pengguna Google adalah paling ramai berbanding Facebook. Google masih menjadi medium utama pengguna Internet mencari maklumat.

Blog sebenarnya tak wajib. Tapi dia boleh bantu boost jualan anda jika anda pandai gunakan fungsi blog sepenuhnya. So terpulanglah anda nak ada blog ke tidak.

Banyak dah platfom yang anda boleh gunakan untuk bina blog pertama anda seperti WordPress, Blogspot, dan lain-lain lagi.

Khusyuk dengar kelas saya untuk cara bisnes online dengan menggunakan blog dan SEO
Khusyuk dengar kelas saya untuk cara bisnes online dengan menggunakan blog dan SEO

2. Belajar Ilmu Copywriting

Copywriting ni sebenarnya adalah ayat yang kita guna pakai untuk content & advertising.

Ini adalah ilmu asas yang wajib anda kuasai kalau anda nak mempengaruhi pelanggan anda. Bukan pengaruh macam santau tu. Tapi lebih kepada nak buat pelanggan kita membeli produk /servis kita.

Ayat kena baik habis kalau nak pikat hati pelanggan. Ala macam nak mengorat. Kena lah tahu guna ayat manis. Cuma jangan ada unsur penipuan disini.

3. Gunakan Social Media

Yang ni tak perlu nak explain panjang lebar dah kot. Rasanya semua orang tahu impact bila gunakan sosial media sebagai platfom untuk marketing.

Apa pun kena bijak mengguna jugak. Maksud saya adalah anda kena guna platfom di mana prospek anda berada.

Sebagai contoh niche hartanah. Mungkin di Instagram tiada prospek anda disitu. Mungkin Facebook adalah lubuknya. So wajar untuk anda gunakan platfom Facebook berbanding dengan Instagram.

Kalau tak bazir masa dan tenaga kalau anda terlampau fokuskan content di Instagram berbanding dengan Facebook. Sama juga dengan LinkedIn atau Twitter.

Adakah prospek anda ada disitu?

4. Gunakan Google Tools

Google ada banyak produk percuma yang anda boleh gunakan. Kebanyakannya memang membantu bisnes anda yang baru nak berkembang. 

Jadi kalau anda startup ataupun yang dah lama berbisnes, anda boleh gunakan Google Tool yang ada. Antara Google Tool yang saya biasa pakai adalah:

  • Google Ads
  • Google Search Console
  • Google Alerts
  • Google Analytics
  • Google Calendar
  • Google Drive
  • Gmail
  • Google Trends
  • YouTube
  • Google My Business

Mungkin ada yang saya tak tulis. So anda boleh search dekat Google sendiri tentang produk-produk yang mereka ada.

Okay kita sudah sampai ke penghujung. Apa yang saya bagitau dekat atas ni semua antara part yang bagi saya wajib. Kalau ada tambahan saya akan sambung je tulis dekat artikel ni.

Anyway kalau ada nak belajar lagi detail tentang cara nak buat bisnes online dengan Shaklee ni, boleh join team saya. Kami memang 80% menggunakan online sebagai medium utama.

Ayuh sertai team kami yang unggul ini, bersama berjaya bersama kami dalam Shaklee
Ayuh sertai team kami yang unggul ini, bersama berjaya bersama kami dalam Shaklee

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)