Tip Packing Untuk Umrah dan Haji. Tip yang saya berikan ini ialah mostly untuk wanita. Dan packing ni untuk tempoh 12 hari, kalau perlu packing untuk haji, mungkin sedikit berlainan.
Tip Packing Wanita Untuk Umrah dan Haji
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚
Tempoh umrah yang saya pergi dulu ialah 12 hari 10 malam.
- 4 jubah
- jubah seluar 2 set
- baju tidur 2 pasang
- telekung atas sahaja 4 (Telekung boleh kurangkan kalau nak basuh)
- pakaian dalam secukupnya
- Tudung labuh boleh bawa 2 helai
- Stokin dan arm socks pun bawa juga. Stokin saya bawa 1 hari 1 pasang sebab memamg guna dari pagi sampai malam.
- Serkup untuk telekung atau tudung.
Panties beli yang disposable banyak-banyak dari sini. Kiralah perlu pakai berapa, bawa siap-siap dari sini sebab kat sana memang takde jual disposable panties.
Panties ada jual di Ben Dawood tapi susah nak cari size kita. Diorang banyak size XL ke atas.
Pakaian ni bawalah yang paling ringan, nak jimat berat bag.
Jubah kalau plan nak beli di Mekah / Madinah, bolehlah kurangkan jumlah yang dibawa di sini. Bagi yang ada masalah ketinggian (macam saya) bilamana jubah perlu dipotong, better bawa jubah dari sini untuk dipakai. Banyak kedai jubah telah tiada khidmat alteration, kecuali a few.
𝐒𝐤𝐢𝐧𝐜𝐚𝐫𝐞
Skincare saya bawa full day and nights. Perlu pakai moisturizer sebab cuaca panas kering disana perlu juga lindungi kulit. Kita banyak berada di luar bilik, terdedah kepada cahaya UV, belum lagi hal kering kulit. Jadi pakailah skincare.
Saya guna Youth Skincare bahan yang halal dan sesuai utk umrah
Tip 𝐁𝐚𝐬𝐮𝐡 𝐛𝐚𝐣𝐮
Dari segi basuh. Pada saya toilet sana agak kecik, unless kita share 2 orang. Kalau lebih bagi saya tak sesuai sangat nak basuh baju dan sidai disitu.
Saya menginap di Safwa tower tahun lalu. Nak keringkan dalam bilik macam tak sampai hati sebab seluruh bilik carpeted. Kalau sidai dalam bilik jenuh la basah carpet.
Jadi saya sidai dalam toilet, menyebabkan berhari-hari nak kering, jadi kepam pakaian kita. Sekali je saya basuh, nak tunggu kering pun banyak hari. Jenuh. Akhirnya hantar dobi jugak.
Kalau plan nak basuh jugak, make sure elakkan bawa benda-benda cotton (sebab jenis susah kering). Sebab tu socks tu saya sarankan bawa 1 pasang untuk 1 hari. Sebab socks ni memang cotton banyaknya. Pastikan socks cukup tebal untuk tak nampak aurat kita.
Ada orang sidai kat rooftop. Ni saya tak tau macamana nak naik.
Ada juga orang bawa mesin pengering mini. Tapi ni kena pertimbangkan beratnya untuk masuk dalam luggage kita.
𝐊𝐚𝐬𝐮𝐭 𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐥𝐢𝐩𝐚𝐫.
- 1 selipar tandas
- 1 pasang selipar atau kasut utk ke masjid
- 1 pasang kasut tawaf (guna kasut berenang pun selesa sebab stokin tak melorot)
- 1 pasang kasut skechers untuk pakai waktu flight + ziarah
𝐎𝐭𝐡𝐞𝐫𝐬
Bawa sunglasses dan topi. Sebab panas juga, di sana masjid pakai lantai marble. Kalau time panas memang silau kat mata kita.
Bawa sejadah mini untuk pakai disana. Bila sampai di tanah suci, kita akan terus dibawa ke masjid tak kira pukul berapa kita sampai. Jadi better ada sejadah sendiri, tak perlu terkial-kial mencari di sana.
𝐕𝐢𝐭𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭
Bitamin pun banyak saya bawa untuk ikhtiar jaga kesihatan disana. Saya amik ni dari Shaklee. Penuh beg Dengan Vitamin
Ubat2 ie panadol, lozenges. Ni je la saya bawa.
Krim untuk kulit saya bawa yang herbal blend shaklee. Kalau ada penyakit bawa ubat masing-masing ya.
Vitamin apa nak bawa?
- Utk jaga imun dan peparu: vitamin c, omega 3
- Utk tenaga: bcomplex
- Utk sendi dan pulih cepat dari letih, bantu tidur dan rehat elok: resv (polifenol), Ostenutrix (kalsium magnesium), collagen
- Utk elakkan gemuk : lecithin
- Utk elak dehydrated: performance drink. Air elektrolit
- Protein pun saya ada bawa. Bagus juga kalau time2 tak sempat nak makan, boleh minum je shake protein.
By the way, saya amik semua dari brand shaklee. Kalau nak dapatkan suplemen Shaklee boleh pm saya lah.
Kat sana ikut pengalaman saya mmg mudah buat org tak sihat. 1 sebab selain cuaca, ialah sebab letih. Letih ni memang salah satu asbab dia ialah dehydrated dan fizikal aktiviti banyak (banyak jalan).
Tahun lalu masa saya pi Mekah dulu kemudian ke Madinah. Lepas 3 hari di Mekah, mula dah org tak sihat. At least batuk. Pastu jadi demam. Ada yg sampai tak boleh turun solat di masjid hingga berhari-hari.
Jadi plan dan ikhtiar elok-elok. Memang kita kena doa juga, tapi wajib juga ikhtiar bab kesihatan kita.
𝐓𝐢𝐩 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐜𝐞𝐫𝐠𝐚𝐬 𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Tip saya sebelum mana-mana trip. Pastikan kesihatan dan fitness tip top. Seminggu sebelum berlepas, pastikan makan vitamin, brisk walk dll.
Untuk naik flight yang lebih 2jam, pakailah pakaian yang selesa. Boleh pakai jubah dan dalamnya pakai tights/seluar yang selesa untuk kita. Pakai stokin yang panjang (boleh pakai stokin bola).
Ada orang kata pakai stokin compressed, saya bawa juga tapi terlalu ketat sampai rasa jadi tak selesa. I think stokin bola ok juga. Bawa extra panties ya.
Dalam penerbangan, walaupun tak lena tidur pastikan makan secukupnya, makan vitamin, minum air.
At higher altitudes kita akan mudah dehydrated. Ini akan sebabkan kita letih lebih banyak.
Jangan risau kalau kena kencing, sebab tandas ada kat pesawat. Saya lagi risau kalau dehydrated sebab boleh jadi punca letih atau demam which affects the whole trip.
Alhamdulillah sepanjang trip dan umrah kesihatan baik, pergerakan pun lancar.
𝐓𝐢𝐩 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐤𝐞 𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝
Kalau pergi ke masjid, pakai telekung, socks, dan berjubah. Jangan lupa bawa topi, botol air, sejadah, beg kasut. Boleh guna bagpack atau sling bag, mana yang selesa utk simpan semua tu.
Beg duit pun bawalah, kot boleh sedekah bagi yang mana peluang. Juga nanti boleh juga shopping kiri kanan banyak kedai.
Pergi masjid 30min atau sejam sebelum azan, boleh dapat tempat yang selesa dan nampak Kaabah. Di Masjidil Haram ni selalu askar-askar Saudi halau-halau je kita (maybe diorang nak kemas tempat) tapi insyaAllah akan dapat tempat.
Sebelum masuk masjid elakkan minum air, kencing siap-siap di hotel. Sebab kalau nak keluar ke tandas diluar masjid, memang jenuhla menapak.
Hope this helps.
Bisnes Shaklee Biar Sampai Layak Dapat Percutian Shaklee Setiap Tahun!
Jom bisnes Shaklee!
Bagi anda yang buat bisnes Shaklee, percutian Shaklee adalah sesuatu yang anda boleh dapat. Saya yang biasa-biasa ni pun alhamdulillah Allah bagi rezeki boleh sampai ke Switzerland. So can you!
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
Hubungi kami di nombor berikut untuk pendaftaran segera. Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan hidup baru yang lebih sihat!
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Untuk join bisnes Shaklee, boleh klik link berikut
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.