Baru-baru ini ada beberapa orang yang mesej saya berkenaan pengambilan Shaklee. Asalkan jumpa ahli Shaklee, beli saja. Tidak kiralah jiran, kawan, ahli keluarga. Saya pernah post baru-baru ini berkenaan perbezaan pengedar aktif dengan ahli biasa Shaklee. Kena ingat ya beza kedua-duanya.
Ada dikalangan yang mesej saya telah ambil Shaklee 8 bulan, ada yang baru 1 atau 2 bulan dan dakwa mereka masih tiada kesan. Jadi dalam artikel ini saya fokuskan perkara ini.
Tiada Kesan Walaupun Berbulan-bulan Ambil Shaklee
Ada beberapa sebab kenapa perkara ini berlaku.
1. Cara Pengambilan Tidak Tepat
Bukan seorang, malah ramai juga sebenarnya hubungi saya untuk minta konsultansi semula dengan produk yang mereka beli. Antara sebabnya adalah:
- Tidak dapat menghubungi pengedar sebelum (samada sudah tidak buat bisnes, menyepi, tidak jawab mesej / call)
- Beli daripada ahli biasa (ahli biasa Shaklee pun minta guide line cara makan daripada pengedar aktif. Ahli biasa mungkin di kalangan kawan-kawan, ahli keluarga atau jiran.
- Beli daripada farmasi (farmasi atau klinik tidak menyediakan khidmat konsultansi selepas jualan di samping penjualan di farmasi dan klinik adalah dilarang sama sekali)
- Beli daripada lazatlah, jalandah. Ini memanglah anda tidak tahu langsung siapa seller dan hendak dapatkan khidmat selepas jualan pun tiada.
Cara pengambilan adalah berbeza dari segi orang sihat, orang sakit (sakit apa, tahap apa, teruk atau tidak dsb). Jadi bagi kami pengedar yang terlatih, kami akan konsult supaya anda mendapat manfaat yang optimum daripada pembelian Shaklee anda.
Jadi seeloknya belilah daripada saya khususnya.
2. Beli 1 sahaja produk untuk masalah kesihatan
Ada juga yang beli 1 sahaja walaupun telah dinasihatkan beli ikut set yang disediakan. Mungkin ini disebabkan masalah bajet. Ok takpe, cuma disini saya ingin jelaskan berkenaan kenapa anda digalakkan untuk membeli mengikut pakej kesihatan yang disediakan, minima beli 2 jenis.
Dalam satu kajian klinikal yang diketuai oleh Dr Gladys, mereka membuat perbandingan 3 kelompok pengguna iaitu:
- Pengguna tanpa apa-apa suplemen
- Pengguna 1 jenis suplemen sahaja
- Pengguna dengan pelbagai jenis suplemen (suplemen: Shaklee)
Kajian dilakukan ke atas pengguna melebihi 15 tahun ke atas. Dan kajian dilakukan ke atas 1000 orang pengguna. Hasil kajian mendapati kumpulan pengguna 1 jenis suplemen mempunyai keputusan yang ‘lebih kurang’, ataupun lebih teruk dari kumpulan yang langsung tidak mengamalkan apa-apa suplemen.
Kenapa agaknya? Ini kerana:
Jumlah keperluan setiap vitamin oleh badan adalah sekian-sekian. Contohnya vitamin c diperlukan oleh orang dewasa sekitar 1000mg sehari. Kalau seseorang hanya mengambil pil multivitamin (mengandungi semua jenis vitamin dan mineral), kemungkinan nilai vitamin C dalamnya adalah terlalu sedikit.
Saya ambil contoh multivitamin jenama A**** hanya mengandungi 97mg vitamin C sahaja. Jadi berapa biji anda perlu telan sehari untuk mendapatkan 1000 mg sehari vitamin C? 10 biji. Dan anda pun bukan ambil 10 biji, sekadar ambil 2 biji sahaja sehari. Jadi tidak cukup pun. Begitu juga vitamin A, B, antioksidan dan lain-lain lagi.
Sebab itu apabila kami mencadangkan pengambilan dalam pakej, ia adalah untuk memenuhi keperluan nutrisi badan seseorang. Keperluan nutrisi bagi orang sihat dan orang sakit adalah berbeza.Â
3. Sakit lama, nak baik cepat?
Satu perkara kena faham adalah tempoh anda sakit. Baru sebulan, atau telah sakit sejak bertahun-tahun lamanya. Dan berapa pula umur anda. Ini semua mempunyai kesan juga kepada tahap kecepatan atau lambat kesan pengambilan Shaklee.
Saya ada seorang customer kanak-kanak berumur 11 tahun mengidap diabetes (tahap gula 20) dengan berat badan 70kg. Masuk hospital telah 2 minggu. Ibu beliau mencuba Vivix. Sebab kanak-kanak jadi ambil sikit sahaja. Baru 2 hari ambil Vivix, tahap gula sudah turun hingga 7.
Jadi apa yang membezakan?
- Umur. Jika anda masih muda, lebih mudah untuk cepat sembuh.
- Tahap toksin dalam badan. Semakin berumur, semakin banyak toksin dalam badan. Sebab itu apabila berumur 35 tahun ke atas atau memang sudah bertahun-tahun ambil ubat, kami akan cadangkan ambil DTX Complex untuk membantu hati berfungsi dengan lebih efisien untuk menyingkirkan toksin.
- Tempoh sakit. Baru atau lama memainkan peranan juga. Bila sudah lama sakit, semakin banyak sel atau organ yang melemah, jadi ia memang mengambil masa untuk membantu rawatan.
Terutama bagi anda yang ada penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang, diabetes, darah tinggi, kanser, SLE dan lain-lain anda berpeluang juga untuk pulih, cuma akan mengambil masa. Ada orang 3 bulan, 6 bulan, setahun, 3 tahun pun ada. Jadi bersabarlah, teruskan berhubung dengan pengedar anda, selalu maklumkan keadaan anda supaya kami pun boleh merujuk kepada pakar nutrisi dan doktor dalam kumpulan kami.
4. Pemakanan
Setengah orang ambil mudah,
Saya sudah ambil Shaklee, bolehlah saya hendak makan apa sahaja.
Sebenarnya ini tidak memberikan kebaikan pun kepada anda jika anda masih tidak menjaga aspek pemakanan. Shaklee mempunyai kajian klinikal ke atas setiap ramuan, produk dan keberkesanannya. Kajian Shaklee bukan 1 atau 2, tapi beribu-ribu setahun. Dianggarkan Shaklee memperuntukkan sebanyak USD300 juta setahun hanya untuk kajian klinikal dan ujian.
Walaupun anda memakan suplemen terbaik, tetapi anda tidak menjaga pemakanan anda, ia tetap tidak memberikan anda kebaikan. Anda makan suplemen untuk antioksidan, tetapi pada masa yang sama anda makan makanan yang menentang sifat antioksidan (seperti pemakanan menjana radikal bebas seperti makanan diproses, gula dll).
Jadi ia sebenarnya tidak banyak memberikan kesan kepada kesihatan anda. Sebab itu, kami juga sarankan pemakanan yang elok dan tidak elok untuk anda. Samada anda ikut atau tidak, wallahualam. Kami andaikan ikutlah. Juga pengambilan air yang mencukupi juga sangat penting. Kurang air boleh menyebabkan healing crisis berpanjangan.
Selain itu, cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein. Kafein yang banyak boleh merosakkan vitamin yang kita makan. Seolahnya vitamin yang kita makan selama ini akan terbazir dengan begitu sahaja. Sebab itu kita tidak nampak kesan yang ketara hasil makan suplemen Shaklee. Jarakkan tempoh minum kopi/teh selama 3 jam daripada masa anda makan suplemen.
5. Pengambilan Yang Konsisten
Sekejap ambil, sekejap tidak. Ingat atau lupa. Kami boleh tahu anda konsisten atau tidak sebenarnya. Contohnya anda ambil Vivix tapi sampai 4 bulan pun belum habis sebotol. Ini memanglah tidak konsisten maknanya. Ini kerana sebotol Vivix anggaran dalam 1.5 hingga 2 bulan bergantung kepada dos yang diberikan.
Bila tidak konsisten, bagaimana anda hendak mendapatkan kesan optimum pengambilan Shaklee? Jadi lepas ini pastikan anda ambil secara konsisten ya.
Selain itu ada juga yang makan tidak cukup dos yang diberikan. Pengedar kata ambil Vitamin C 2 biji 2x sehari. Tapi ada juga yang ambil 1 biji sahaja sehari. 1 biji sehari sebenarnya untuk orang sihat, dan anda kena tahu zaman sekarang yang macam-macam penyakit ini 1 biji sehari sudah tidak lagi relevan sebenarnya.
6. Tidak Bersenam
Bersenamlah walaupun sekejap atau sedikit. Yang penting dalam seminggu mesti ada senaman. senaman penting untuk menaikkan metabolisme dan menyihatkan organ kita.
7. Tidak Yakin
Anda ambil Shaklee anda yakin tak yang Shaklee boleh membantu anda dengan masalah kesihatan anda? Memang ada bezanya. Kita ambil Shaklee adalah sebagai ikhtiar, Shaklee bukan menyembuhkan tapi Shaklee cuma asbab anda untuk kembali sihat. Ikhtiar ini sesuai dengan perintah Allah juga supaya kita berusaha menjaga kesihatan tubuh badan kita. Tubuh kita sendiri adalah amanah Allah.
Panjang juga saya berleter di sini. Bukan apa, saya kena jelaskan juga. Ini satu proses mendidik. Mendidik masyarakat tanggungjawab saya juga.
Jadi teruskan berusaha ya. Jangan putus asa, disamping dapatkan Shaklee daripada pengedar bertauliah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
sy masih lagi mkn shaklee wlupun bkn lg dealer yang aktif …..
alhamdulillah tahniah eima
AMBIL APA SAJA SUPLEMEN DGN BETUL CARA GUNANYA BARU EFEKTIF KESANNYA KPD PENGAMALNYA…
ya betul kak PI
Aah saya sokong 🙂
thanks el
bagus shaklee ni lah
insyaAllah mudah2an berpanjangan
Ahaa satu lagi tambahan…mesti tawakal kepada Allah..Allah maha besar jgn lupa mohon juga kesembuhan dari Allah
ya betul JM. thanks ingatkan
nah ini 😀 penting nii
Byk tips yang mummy dapat..Thanks Raihanah..
sama2 MJ
shaklee tidak lokek untuk membuat pelaburan dalam penyelidikan…
zik recently posted…Siarang Langsung Malaysia vs Vietnam piala suzuki 23/11/2016
itulah lambang kualiti shaklee
yg penting kena konsisten & ikut peraturan kan, barulah berkesan.. ye dak? mana2 supplement pun rasanya mcm tu… hehe.. pemakanan pun kenalah pantau..
atie3101 recently posted…Bila lapar @ 11.00pm
betul tu atie
Terima kasih, Raihanah. Shaklee saya kenal, tapi tak pernah cuba produk Shaklee.
Boleh cuba nanti miss
Wah… info menarik. Kbetulan memang Reen pun makan satu je produk dari Shaklee 😀
hihi kena ambil multi la cik reen
Terbuka mata bila baca perkongsian ni…
Saya ada seorang customer kanak-kanak berumur 11 tahun mengidap diabetes (tahap gula 20) dengan berat badan 70kg. Masuk hospital telah 2 minggu. Ibu beliau mencuba Vivix. Sebab kanak-kanak jadi ambil sikit sahaja. Baru 2 hari ambil Vivix, tahap gula sudah turun hingga 7.
huhh sekarang kanak2 ramai obesiti kan…kena jaga la
ya puan, ramai budak2 camni. kesianlah
Ada satu pada kaka yg jelas
Nak tahu Hana apa dia
Kakak tak senam..
ramai wanita kantoi bab senam kak. hihi
banyak sebab juga tu…lebih baik merujuk kepada pengedar yang aktif dan ada banyak info
Hanafi Abdullah recently posted…Buku : Mudahnya Wanita Masuk Syurga
ya betul. tq tuan
pengedar aktif depa selalu dapat maklumat ttg produk dan cara pemakanan yg betul…lain kan orang berilmu dgn yg tidak…
manusia ni mmg kurang sabar…nak cepat baik je…hihi…
betul tu cik.
penjualan di farmasi dan klinik adalah dilarang sama sekali?
Pha Is recently posted…Resepi | Kerisik Paklong Lee
ya sebab shaklee bawah akta jualan langsung. sebenarnya tak boleh jual di farmasi dan klinik. lagipun kena ada consultation dan post sales service
selalunya, bab jaga pemakanan tu yg sudah sikit.. tambah2 kita di malaysia terkenal sebagai syurga makanan..
jom lihat makanan yg boleh mengurangkan stress..
Faiz Zakaria recently posted…Makanan Mengurangkan Stres
haa selalu kantoi kalau bab makanan ni
Yang penting jangan ambik terlalu byk dlm satu hari. Makan volume yg mencukupi setiap hari sudah ok. Maka blh dpt kesan yang paling best.
Ecah recently posted…Tambahkan Favor Tags Untuk Cenderahati Perkahwinan Anda
betul cik, ambil ikut keperluan badan harian.
ikhtiar sangat penting dan ditambah doa akan lebih manjur insyaAllah..
betul, sangat penting untuk ikhtiar dan berdoa
kiranya kena ambil pelbagai jenis produk shaklee la ni
Uncle Zuan recently posted…SpongeBob’s Christmas Lagoon – Istimewa Sunway Lagoon
yep, minima 2 produk. klinikal studies proven
Terima kasih dengan perkosngsian yang sangat membantu. baru tahu kena ambil 2 supplement paling minimum..
Bahrain recently posted…Kisah Benar Kapal Terbang Mendarat Cemas di Sungai Hudson
ikut keperluan badan kita, banyak vitamin dan mineral yang kita perlukan, jadi memanglah banyak jenis suplemen kita perlu.
Bagusnya tak ada kesan
dorsett pink recently posted…Hunting For CC Cream
tiada kesan tak bagus sebenarnya, kita nak ada kesan yang baik
shaklee bagus juga ya 😀
Alhamdulillah memang bagus cik
kena makan konsistent.. baru nampak hasilnya..
Hairul Hissam recently posted…Skim Latihan Siswazah Menganggur Dgn BIsnes Makanan. Betul Ke Jual Putu Mayam Dgn FB Nie
konsisten, yakin dan terus berdoa semoga Allah sembuhkan
makan ubat ni kena konsisten baru nampak hasilnya 😉
siti hazreen recently posted…Cara Semak Harga Emas Public Gold
betul tu cikgu
selain obat , menurut saya ikhtiar dan doa juga penting untuk kesembuhan….
Ahmad recently posted…Jasa Karikatur Murah
doa memang wajib cik
kalau order shaklee dari luar malaysia, bagaimana cara ordernya puan ???
boleh hubungi saya 0122195919 untuk khidmat nasihat dan maklumat
Sudah tentu ada kajian saintifik untuk memastikan produk selamat untuk pengguna.
akubiomed recently posted…Guna kupon diskaun untuk potongan harga di Lazada.
shaklee alhamdulillah ada kajian klinikal ke atas keselamatan dan keberkesanan setiap ramuannya.
Customer kena tau info ni kan.. Kalau x nanti salahkan produk shaklee padahal die yg makan x betul..
sebab itu kena beli dari SID bertauliah supaya dapat info macam ni
Alhamdulillah shaklee memang terbukti efektif 🙂
Alhamdulillah mudah2an dapat bantu lebih ramai lagi
selalunya pengguna memang mudah menyalahkan benda yang diambil
padahal sikap mereka sendiri
kadang tak consistent adalah antara factor juga kan
ya betul yana
nice sharing
Ira recently posted…Respon Keluarga Bila Insan Tersayang Dapat Kesan
tq singgah
sy rs bkn yg ambil shaklee je yg ambil supplement lain pun sm jg… x de kesungguhan once da amalkan
Info yang menarik, saya takut nak makan vitamin ker supplement ker badan senang sangat naik.
oo shaklee memang berbeza cik. saya dulu pun cam cik juga. alhamdulilla jumpa yang berkualiti cam shaklee
alhamdulillah dh guna produk shaklee bdn serasi.. ikt juga nsihat SID yg bertauliah
ya betul tu cik
Terima ksh prkongsian. Nak sihat, kena banyak membaca kan. Hihi
ana fatihah recently posted…Mentaliti Jamban | Books Review
kenalah komited untuk sihat tu
Makan ubat mengikut panduan yang betul…
asraff recently posted…Minyak Petrol Percuma Untuk 250 Penunggang Motosikal di Tambun
betul tu cik
Ambil hari ni esok nak cantik, mana mungkin kan!
Noriza Rahman recently posted…Bapa Anak 2 Bebas dari Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor tanpa Melakukan Ujian Biopsi
betul tu MV
Saya makan esp n vit c.. Baru 3 minggu, tapi kenapa ye bila makan esp tumbuh jerawat? Saya salah makan ke? Saya amik esp sebelum makan n vit c saya makan sebiji sehari selepas makan
cuba check dengan pengedar yang anda beli