Tangani Radikal Bebas Untuk Antipenuaan

By | 13 June 2014
Vivix Shaklee bersifat antioksidan membunuh radikal bebas

Radikal bebas amat merbahaya kepada manusia. Pelbagai penyakit berpunca dari radikal bebas. Radikal bebas juga memberi kesan penuaan sebelum waktu kepada manusia.

Penyakit-penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser juga berasal dari radikal bebas yang tidak stabil dalam tubuh akibat corak pemakanan yang tidak baik.

Dalam posting ini saya berkongsi tentang radikal bebas.

Bagaimana radikal bebas terbentuk

Molekul oksigen mempunyai 4 pasang elektron. Bila molekul ni hilang salah satu elekronnya, maka jadilah ia radikal bebas. Radikal bebas adalah zarah oksigen yang hilang salah satu elektronnya. Ini menyebabkan ianya tidak seimbang dan menjadi sangat reaktif terhadap molekul lain.

Dalam ayat mudah, radikal bebas macam satu objek terencat, bila terencat ia jadi tidak stabil dan cuba ganggu hidup objek lain.

Disebabkan ia kurang 1 elektron, radikal bebas ini nak cari ganti elektronnya. Ia bertindak agresif dengan cara merampasnya daripada molekul kedua. Rampasan ini ibarat sebuah kegiatan penyamun.

Cara radikal bebas serang sel umpama sebiji bola boling yang dibaling ke dalam sebuah kedai pasu dengan kelajuan 80 batu sejam. Mesti banyak kerosakan berlaku melainkan bola tu dapat dihentikan.

Bagaimana radikal bebas curi elektron

Bagaimana radikal bebas curi elektron hingga menyebabkan kerosakan kepada tubuh kita

Apabila molekul kedua kehilangan elektron, ia perlukan sebiji elektron. Jadi ia bertindak seperti molekul pertama, dengan cara merampasnya daripada molekul ketiga. Tindak balas berantai berlaku.

Kerosakan akibat radikal bebas dikenali sebagai tekanan oksidan. Setiap kali berlaku perampasan elektron melibatkan sel normal, sel itu mungkin musnah dan tidak dapat berfungsi atau boleh juga berlaku kematian sel (necrosis).

Tekanan oksidan umpama karat pada besi. Bayangkan jika besi terjadi karat, sudah tentulah ia jadi rosak dan tak dapat digunakan lagi.

Tindakan radikal bebas sama seperti ikan jerung. Ia mengoyak, merenggut dan merosakkan apa sahaja yang menyerangnya.

Contoh jelas kerosakan akibat radikal bebas adalah kulit yang dirosakkan oleh cahaya matahari. Bintik-bintik perang (lipofusin) timbul di belakang tangan dan pergelangan tangan. Lipofusin terdiri daripada molekul sel yang rosak dan tiada fungsi dan zarah lemak yang telah dioksidasi.

Jenis-jenis radikal bebas

Jadi kita ingat, radikal bebas = zarah oksidan. Jenis-jenis radikal bebas pula:

  1. Superoksida: Ia merupakan kawan kepada oksigen yang mempunyai masalah elektron. Superoksida adalah radikal bebas paling banyak dijumpai dan paling aktif.
  2. Hidrogen peroksida: Hidrogen peroksida dibentuk oleh penukaran radikal superoksida. Ia dapat menerobos membran sel dan rosakkan bahagian yang lembut dalam sel itu.
  3. Radikal hidroksil: Adalah radikal bebas paling bahaya sebab serang DNA secara langsung. Ia terbentuk apabila superoksidan dan hidrogen peroksida bertindak balas bersama. Ia sangat reaktif dan menyerang semua sel disekelilingnya.
  4. Radikal peroksi lipid: terbentuk apabila oksigen menyerang asid lemak dalam membran sel. Reaksi yang sama boleh dilihat bila daging dibiarkan dalam bilik pada suhu biasa. Ia menjadi tengik. Ini disebabkan semasa reaksi berantai lipid, sel lemak melepaskan lebih banyak radikal bebas. Reaksi berantai ini merebak ke seluruh membran sel dan memusnahkan fungsi asas sel.

Bagaimana Radikal Bebas Merosakkan Sel

Apa terjadi bila radikal bebas serang sel?

 

1. Enzim Superoksida Dismutase Kurang Berfungsi Disebabkan Oleh Radikal Bebas:

Ketika kita masih muda, sel-sel badan mempunyai sistem pertahanan yang dikenali sebagai SOD (superoksida dismutase). Enzim yang merupakan antioksidan ini memang secara semula jadi berada di dalam tubuh untuk menentang radikal bebas.

Semakin kita berusia, enzim SOD tidak lagi boleh bekerja dengan optimum. Akibatnya kehadiran radikal bebas jauh lebih kuat berbanding dengan keupayaan antioksidan dalam tubuh untuk memeranginya.

Semakin besarnya kekuatan radikal bebas, semakin besar pula kerosakan sel yang berlaku. Selain radikal bebas di dalam badan, kini semakin banyak juga radikal bebas yang menyerang dari persekitaran luar tubuh. 

kesan kerosakan pada organ

kesan kerosakan pada organ

Contoh radikal bebas dari luar seperti:

  • Sinar ultraviolet matahari yang berlebihan juga merupakan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan oksidatif pada sel-sel kulit
  • Bahan-bahan kimia daripada produk-produk yang kita gunakan seharian turut menyebabkan radikal bebas bersarang dalam tubuh.
  • asap rokok, pencemaran dll

Itu sebabnya organ-organ di dalam tubuh semakin mudah dihinggapi penyakit seperti kanser, gangguan jantung, kerana rosaknya sel-sel di otak, penyakit alzheimer, parkinson dan sebagainya.

2. Merosakkan mitokondria.

Kerosakan akibat radikal bebas turut memberikan kesan kepada DNA, terutama pada sel mitokandria. Radikal bebas menyebabkan sel bermutasi secara tidak terkawal.

Lama kelamaan ia menyebabkan tubuh menua secara pra matang

Sel akan membentuk tisu, tisu membentuk organ, organ membentuk diri kita. Jika kita alami kerosakan sel yang mengeluarkan insulin di dalam pankreas, kita mungkin hidapi diabetes. Jika sel saraf alami kerosakan, kita akan dapat penyakit saraf degeneratif seperti multiple sclerosis.

Kerosakan pada DNA mungkin sebabkan kanser. Kerosakan sel akibat oksidasi sangat bahaya kepada kesihatan.

Kerosakan pada mitokondria kesan radikal bebas

Kerosakan pada mitokondria kesan radikal bebas

Sumber Radikal bebas

Manusia sendiri mengeluarkan radikal bebas contohnya,

  • semasa senaman
  • selepas trauma fizikal
  • selepas kecederaan
  • semasa terkena jangkitan
  • tekanan emosi
  • penuaan

Antara punca radikal bebas daripada luar adalah:

  • asap rokok
  • kebanyakan drug
  • Alkohol
  • sinaran matahari
  • bahan kimia seperti racun serangga, racun rumpai, baja kimia, sisa industri

Bagaimana Tangani Radikal Bebas

Menurut National Institute of Aging, salah satu sebab penuaan berlaku adalah disebabkan tekanan oksidan (radikal bebas). Penuaan akan menyebabkan rizab sel berkurangan dalam setiap organ.

Ini kerana radikal bebas dapat membunuh sel, jadi reaksi ini menyebabkan badan semakin kehilangan rizab selnya.

Akibatnya menyebabkan:

  • kekuatan otot merosot
  • kemampuan peparu menurun
  • keupayaan buah pinggang berkurangan dsb

Apabila organ kehilangan rizab selnya, ia sudah tidak efektif lagi untuk mengekalkan kesihatan. Ada banyak contoh penyakit yang menjadi kesan akibat banyak radikal bebas dalam diri kita:

Banyak kajian mendapati lebih 60 penyakit boleh dicegah dengan penambahan antioksidan dalam nutrisi harian.

Wira kita adalah antioksidan.

peranan antioksidan meneutralkan radikal bebas

peranan antioksidan meneutralkan radikal bebas

Ia akan menghapuskan dan meneutralkan radikal bebas.

Apabila wujud keseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan, maka kesihatan kita jadi lebih baik.

Sistem antioksidan kita ada 2:

  • sistem enzim
  • vitamin untuk antioksidan

Enzim berperanan dalam sel, vitamin pula berfungsi di dalam dan luar sel.

1. Sistem Enzim

Ada 2 jenis sistem enzim antioksidan dalam badan kita:

  • Superoksida dismutase (SOD) terdiri daripada beberapa bentung yang digunakan di luar dan bahagian berlainan dalam sel.
  • Glutation Peroksidase (GP) berfungsi di beberapa tempat dalam sel. Selalunya bekerjasama dengan SOD untuk menyempurnakan tugas. Juga melakukan tugas yang tidak dilakukan oleh SOD iaitu mencegah radikal hidroksil daripada terbentuk. GP memerlukan selenium.

2. Vitamin

Ada banyak jenis antioksidan, antaranya:

  • beta carotene
  • vitamin c
  • vitamin e
  • bawang putih
  • milk thistle
  • glutation
  • asid lipoik
  • polifenol
  • CoQ10

Jom kita lihat satu persatu fungsinya.

a. Beta carotene

Sebenarnya memang mudah je kalau nak ambil beta carotene. Just amalkan sayur dan buah-buah yang banyak khasiat beta carotene. Tapi kata Dr Bruce Miller, sekian banyak syor yang beliau buat kepada pesakitnya untuk amalkan makan sayur dan buah ni. Tapi selalunya tak ikut pun.

Jadi menurut Dr Bruce Miller, ambil suplemen beta carotene lebih mudah dan biasanya orang senang nak komit.

Fungsi pelbagai jenis antioksidan untuk memerangi radikal bebas

Fungsi pelbagai jenis antioksidan untuk memerangi radikal bebas

b. Vitamin C

Vitamin c diperlukan untuk sintesis berbagai jenis hormon. Selain tu fungsi vitamin c:

  • pertumbuhan tulang baru
  • menggalakkan pembaikan tisu
  • pembentukan rawan dan kolagen
  • anti histamine semulajadi
  • perangsang sistem imun

Vitamin c dianggap sebagai sejenis antioksidan larut air yang utama sebab vitamin c banyak terlibat dalam isu bekaitan radikal bebas.

Cara vitamin c memusnahkan radikal bebas:

  • Vitamin c serang bahagian berair antara sel sebelum radikal bebas serang bahagian berlemak pada membran sel
  • Memulihkan kuasa vitamin E selepas vitamin E menumpaskan radikal bebas
  • Mendorong badan untuk menghasilkan gluthathione peroxide (sejenis enzim antioksidan) yang mencukupi untuk tubuh.

Jadi vitamin c penting sebagai wira dalam arena larut air dan kawasan larut lemak dengan mengaktifkan vitamin E

c. Vitamin E

Peranan vitamin E adalah:

  • Pelindung utama tisu lemak seperti membran sel dan tisu saraf
  • Melindungi DNA daripada serangan radikal bebas – kunci sebenar pencegahan kanser
  • Menjaga asid lemak tak tepu (PUFA) daripada kerosakan. PUFA penting dalam setiap membran sel

d. Lain-lain antioksidan

  • Bawang putih: mempunyai ciri antioksidan yang aktif dalam pencegahan sakit jantung dan beberapa jenis kanser
  • Milk thistle: merupakan jenis antioksidan yang powerful dan berfungsi dalam hati. Ia mendetoks dan merangsang sel hati supaya menjana pertumbuhan sel baru.
  • Gingko biloba: untuk meningkatkan kuasa otak. Ia mempunyai ciri antioksidan dan boleh membantu mencegah kemerosotan fungsi otak yang berlaku perlahan-lahan yang mana seringkali kita salahkan umur kita.
  • Coenzyme Q10 – merupakan antioksidan berkuasa yang wujud dalam semua membran sel dan bertindak sebagai perisai kepada sel, dan DNA untuk menentang radikal bebas. Ia juga melindungi mitokondria DNA dan memastikan kilang tenaga itu beroperasi dengan cekap.
  • Glutation: merupakan antioksidan asas bagi sel. Ia mengitar semula vitamin C yang telah dioksidasi dan memulihkan semula kuasa antioksidannya. Penting untuk sistem imun yang kuat.
  • Asid lipoik: memberikan perlindungan terhadap 3 penyakit akibat penuaan iaitu strok, jantung dan katarak. Ia beroperasi di bahagian berlemak dan berair dalam sel untuk meneutralkan radikal bebas.

Suplemen Antioksidan Shaklee

set antioksidan shaklee

set antioksidan shaklee

Dalam set Antioksidan Shaklee ini mengandungi:

  1. Vivix: super power antioksidan, khasiatnya 3x ganda lebih hebat berbanding vitamin E dan C
  2. Vitamin C: penting sebagai wira dalam arena larut air dan kawasan larut lemak dengan mengaktifkan vitamin E
  3. Vitamin E: mengandungi selenium juga berperanan melindungi DNA daripada serangan radikal bebas – kunci sebenar pencegahan kanser
  4. Carotomax: mengandungi beta carotene untuk fungsi di atas
  5. Vitalea: mengandungi mineral lengkap dan semulajadi. Sebagai cofactor kepada antioksidan. Cofactor adalah sama seperti fungsi supporter. Tanpanya antioksidan kurang berfungsi
  6. Bcomplex: mengandungi semua 8 jenis vitamin B diperlukan tubuh. Juga bertindak sebagai cofactor kepada antioksidan. Salah satu vitamin B iaitu asid folik amat penting untuk penghasilan dan pembaikan DNA normal. Ada kajian mendapati paras asid folik yang rendah menyebabkan sel-sel lebih mudah berubah menjadi sel-sel kanser.
  7. CoQ10: merupakan antioksidan berkuasa yang wujud dalam semua membran sel dan bertindak sebagai perisai kepada sel, dan DNA untuk menentang radikal bebas. Ia juga melindungi mitokondria DNA dan memastikan kilang tenaga itu beroperasi dengan cekap.

Berminat mendapatkan set Antioksidan Shaklee? Ayuh hubungi saya sekarang!

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge