Call nowWhatsapp

Artikel ini saya tulis tanpa perancangan. Ini disebabkan ada satu kes yang menyebabkan saya menyiasat kajian klinikal terhadap satu suplemen (bukan Shaklee).

Asalnya ada seorang doktor mencadangkan kepada ayah saya untuk ambil suplemen yang beliau jual. Saya enggan dedahkan nama syarikat tersebut disini. Katanya suplemen tersebut punyai kajian klinikal.

Kajian Klinikal Pada Suplemen

Memang betul, jika anda mencari suplemen, pastikan adanya kajian klinikal telah dibuat ke atas suplemen tersebut. Tapi saya lupa sebut, keputusan kajian klinikal hendaklah menunjukkan keberkesanan produk dan keselamatan produk ke atas pengguna. Setiap suplemen yang diuji secara klinikal hendaklah mendapat keputusan yang terbaik atau sebaliknya. Jika sebaliknya, adakah anda masih ingin mengamalkannya?

Jadi, saya bertanya kepada doktor tersebut tentang kajian klinikal bagi suplemen yang beliau cadangkan. Tetapi sampai ke sudah beliau diam. Bila beliau diam, saya tanpa berlengah saya usha laman web bagi kajian klinikal di dunia ini. Antaranya:

  • Jama Network
  • Google Scholar
  • NCBI

Saya ambil masa beberapa hari untuk betul-betul mengesahkan penemuan saya. Saya rujuk juga dengan pakar, jadi memang tidak salah penemuan saya ini.

Kajian Klinikal Suplemen Menunjukkan Hasil Yang Negatif

Bagi kajian klinikal produk XX ini, produknya sendiri disumbangkan oleh syarikat suplemennya sendiri. Maknanya syarikat suplemen tahu mengenai kajian klinikal ini dan tentu sekali tahu hasil kajian tersebut.

Tujuan kajian adalah

“In designing this trial, we were in agreement with pharmaceutical commentators and the Medicines Control Agency that there was and urgent need to evaluate formally the efficacy and safety of xxxx in the treatment of ulcerative colitis.”

Keputusan kajian pula menyatakan

A failure to show benefits, or the identi`fication of adverse effects, would have resulted in advise to patients to avoid using this expensive product.”

“Patients should be made aware that this small study does not exclude the possibility effects of xxxx.”

Jadi apa maknanya? Maknanya sebagai pengguna, kenalah baca dan kaji. Bukan terima bulat-bulat apa yang pengedar sebut. Kadangkala pengedar pun tidak baca, hanya bersandar kepada apa yang upline bagi atau syarikat sediakan. Sebaiknya sekiranya kita hendak guna, kajilah dulu keberkesanan dan keselamatan produk.

Dalam kes suplemen xxx, maknanya jelas menyatakan

  • Ia tidak berkesan kepada kesihatan
  • Ia tidak selamat – kerana adanya adverse effect

Ini konsisten dengan tulisan saya sebelum ini berkenaan suplemen yang tidak perlu kita ambil. Jika anda tahu maklumat ini, adakah anda masih hendak teruskan pengambilan suplemen ini?

Satu point yang saya hendak kongsikan adalah, sekiranya kajian klinikal ini adalah satu kejayaan kepada syarikat, tentu syarikat akan dengan bangganya memberitahu kepada serata alam. Betul tak?

Jika hasilnya berjaya, tentu dengan mudahnya kita akan mendapat maklumat keberkesanannya, buat apa hendak sorok. Betul kan? Tapi jika syarikat tidak mempamerkan hasil kajian, tentu ada something fishy kan?

Ini disebabkan kajian klinikal adalah strategi paling ampuh untuk mendapatkan kepercayaan pengguna. Kalau sudah buat dan berjaya, kenapa hendak sorok? Mesti bangga hendak pamer. Ini tidak. Patutlah, rupanya memang tidak berkesan. Malahan merbahaya.

Selain itu, saya rasa sangat geram. Syarikat sebegini bukan sahaja membuat keuntungan dengan kesihatan, bahkan turut memperjudikan kesihatan orang ramai. 

Bagaimana pula Kajian Klinikal Shaklee?

Kalau kajian klinikal Shaklee, berlambak anda boleh baca dalam Google Scholar, NCBI dan Jama. Dan semuanya membuktikan keberkesanan dan keselamatan produk Shaklee.

Shaklee sentiasa menyokong kajian klinikal ke atas nutrisi, dan hasil kajian Shaklee juga diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik

Shaklee sentiasa menyokong kajian klinikal ke atas nutrisi, dan hasil kajian Shaklee juga diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik

Selain mempunyai kajian klinikal yang sangat banyak, Shaklee juga mempunyai Landmark Study. Landmark Study Shaklee bukan hanya 1, tapi 2!

Anda boleh semak semula:

  1. Landmark Study 1 – berkenaan pengambilan suplemen yang pelbagai dalam tempoh jangkamasa panjang
  2. Landmark Study 2 – berkenaan Telomere Study

Tapi jangan percaya saya, anda harus baca sendiri. Kesimpulannya, anda harus kaji walaupun suplemen tersebut menyatakan ia mempunyai kajian klinikal.

Landmark Study Shaklee membuktikan kesihatan penggunanya meningkat dan selamat untuk diamalkan

Landmark Study Shaklee membuktikan kesihatan penggunanya meningkat dan selamat untuk diamalkan

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)