Call nowWhatsapp

Kulit Putih Berseri Dalam 2 Minggu

Pernah tak antara kita yang mengalami masalah sunburn? Negara kita kan negara beriklim panas sepanjang tahun (walaupun sesekali ada jerebu) dan hujan, yang pastinya negara kita beriklim panas juga kan. Lagipun kedudukan negara kita berhampiran dengan garisan khatulistiwa, justeru memang begitulah cuacanya.

Disebabkan itu, mesti ramai antara yang pernah alami masalah sunburn. Memang punyalah payah dan ambil masa untuk pulih semua kulit kepada keadaan asal. Kalau tiada apa-apa keperluan, mungkin kita pun tiada masalah untuk hadapinya. Tapi bagaimana pula sekiranya kita mempunyai program dalam masa terdekat? Tak ke naya jumpa dengan ramai orang tengok-tengok kulit kita yang sunburn.

“Aik, kenapa ni? Mandi laut ke?”

“Dah kenapa kulit kau ni, macam orang Afrika je”

Adoi, jadi, nak tahu tak bagaimana dapatkan kulit putih berseri dalam tempoh 2 minggu. Ya memang pakai produk, tapi yang pastinya produk yang selamat tanpa bahan berbahaya.

Jemput tonton video dibawah tentang apa jadi pada kulit apabila berlaku sunburn.

Apakah Sunburn atau Selaran Matahari

Sunburn atau selaran matahari adalah istilah untuk kulit yang merah, kadang-kadang bengkak dan pedih. Ia disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada cahaya ultraviolet sinar (UV) daripada matahari. Sunburn adalah berbeza-beza daripada ringan kepada teruk, bergantung kepada jenis kulit dan jumlah pendedahan kepada matahari. Sunburn adalah faktor risiko yang serius untuk kanser kulit disebabkan cahaya matahari.

Tahukah anda, sinaran UV berbeza risikonya berdasarkan kepada latitud tropika. Lebih tinggi latitud, lebih rendah keamatan sinaran UV.

Bahaya sinaran UV

Pendedahan yang berpanjangan pada sinaran UV mempunyai risiko seperti berikut:

  1. Kulit kasar dan bersisik pra-kanser pada kulit (keratosis solar)
  2. Kanser kulit – kedua-dua melanoma dan kanser kulit bukan melanoma
  3. Kerosakan kepada mata akibat daripada sinaran UV
  4. Penuaan pra-matang dan kedutan pada kulit

Punca Sunburn

Sunburn adalah tindak balas badan kepada kerosakan DNA yang boleh disebabkan oleh cahaya UV-B ke atas DNA. Ia kemudiannya mencetuskan beberapa mekanisme pertahanan, termasuk pembaikan DNA untuk memperbaiki kerosakan dan pengeluaran melanin untuk mencegah kerosakan pada masa hadapan.

Melanin mengubah UV-foton dengan cepat ke dalam jumlah yang tidak berbahaya haba tanpa menjana radikal bebas, dan oleh itu adalah pencegahan yang sangat baik terhadap kerosakan DNA langsung dan tidak langsung.

Gejala Sunburn

Gejala sunburn berbeza bagi setiap seorang. Antaranya

  • Kulit menjadi kemerahan selepas beberapa jam terdedah kepada cahaya matahari. Kemerahan ini memuncak dalam tempoh 12 – 24 jam.
  • Kulit melepuh. Ini disebabkan sunburn yang melampau hingga menyakitkan. Anda mungkin perlukan rawatan doktor.
  • Kes lebih teruk termasuk demam, menggigil, loya, muntah, lemah, tekanan darah rendah, pengsan.

Pencegahan Sunburn

  1. Guna kulit lidah buaya: Kulit lidah buaya ada banyak khasiat, termasuk hilangkan parut. Ini bukan lidah buaya haiwan tapi pokok lidah buaya.
  2. Guna tomato. Sapu tomato pada muka, biar kering dan bilas macam biasa. Boleh juga nak campur dengan tepung dan timun, jadikan macam masker.
  3. Elakkan terdedah pada matahari direct dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Elok buat aktiviti indoor sahaja pada masa ini.
  4. Rajin-rajin sapu sunblock bila keluar rumah. Gunakan sunblock yang ada SPF, biasa yang tinggi SPF 15 ke atas. Semakin tinggi nilai SPF, semakin rendah jumlah kerosakan DNA.
  5. Ambil suplemen yang menghalang radikal bebas iaitu Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E.
  6. Minum air kosong yang cukup untuk elak badan terhidrasi. Sukat betul-betul berapa banyak anda minum.
  7. Pakai sunglass untuk jaga mata. Sunglass bukan untuk cantik sahaja, tapi keperluan untuk halang sinaran UV.
Perlindungan losyen SPF dapat melindungi kulit daripada bahaya sinaran matahari

Perlindungan losyen SPF dapat melindungi kulit daripada bahaya sinaran matahari

Shaklee Collagen Powder Bantu Hilangkan Kesan Sunburn Dengan Cepat

Ini satu testimoni diri sendiri juga. Sebenarnya saya tak perasan pun kulit habis jadi tanned. Mungkin semenjak saya bekerja sendiri (sejak Disember 2016 lalu) menyebabkan kulit saya terdedah kepada sinaran matahari.

Lagi menambah risiko adalah saya juga joging di kawasan rumah, jadi terdedah kepada pancaran sinaran matahari. Itu yang jadi tanned kulit.

Alhamdulillah selepas menggunakan Shaklee Collagen Powder kembali dapat kulit saya yang dulu, malah bertambah baik.

Testimoni Shaklee Collagen Powder kulit cantik

Testimoni Shaklee Collagen Powder kulit cantik dalam 14 hari

Tips Pilih Produk Memutihkan Kulit

Sekarang memang banyak produk yang tumbuh bagai cendawan, tapi kena hati-hati sebab banyak je produk yang dikeluarkan tanpa kajian dan keselamatan produk juga tidak dijamin.

Antara tips yang anda boleh gunakan untuk memilih produk pemutih kulit adalah:

  1. Pastikan syarikat pengeluar telah lama di pasaran produk kesihatan, lebih 20 tahun lebih baik
  2. Pastikan produk berdaftar dengan KKM (menggunakan nombor MAL), namun kena hati-hati juga sebab ada syarikat yang menipu.
  3. Study dulu apakah ramuan yang terkandung dalamnya, apakah kesan sampingannya dan berapa banyak bahan didalamnya. Kadang produk tu lebih banyak air berbanding ramuan yang dikatakan baik untuk kulit.
  4. Pastikan tiada bahan kimia berbahaya, rujuk laman web KKM untuk senarai produk yang disenaraihitamkan. Sebab ada juga syarikat tetap pasarkan produknya walaupun telah disenaraihitam.
Shaklee Collagen Powder menepati kesemua ciri collagen terbaik

Shaklee Collagen Powder menepati kesemua ciri collagen terbaik

Bagi saya sendiri, tentulah memilih Shaklee. Shaklee adalah pengeluar produk kesihatan sejak 100 tahun lalu, dicipta dan diinovasi oleh saintis berkaliber dan memiliki piawaian kualiti yang tiada pada syarikat lain.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)