Call nowWhatsapp

Saya ada seorang kawan dengan isterinya penghidap penyakit parkinson. Sejujurnya ini kali pertama saya berdepan masalah ini. Sama seperti pesakit sopak, pesakit parkinson masih jarang yang mengambil Shaklee. Ini disebabkan mereka kurang maklumat berhubung apa yang Shaklee boleh bantu mereka dengan keadaan mereka.

Saya banyak bertanya kepada pakar nutrisi di samping merujuk kepada maklumat pengguna Shaklee di luar negara. Alhamdulillah memang ada yang gunakan Shaklee untuk penyakit parkinson, dan mereka kembali sihat. Justeru saya tuliskan maklumat untuk rakyat di Malaysia pula.

Apakah Penyakit Parkinson

Penyakit Parkinson adalah di mana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruk sehinggakan pengidapnya tidak mampu menguruskan diri sendiri. Penghidapnya mempunyai masalah keseimbangan badan, koordinasi dan kesukaran untuk berjalan.

Penyakit Parkinson melibatkan gangguan fungsi pada saraf otak tetapi tidak melibatkan kehilangan ingatan seperti Alzheimer. Pada kebiasaannya gejala Parkinson berlaku secara senyap dan kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghadapinya.

Gejala Penyakit Parkinson

Antara gejala penyakit parkinson adalah:

  • Tangan, kaki atau badan menggeletar
  • Masalah pergerakan yang tidak normal
  • Kepala, tangan dan badan bergoyang seperti menari
  • Serangan pada sebelah badan
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit akan bertambah buruk jika pesakit mengalami tekanan

Bagaimana Parkinson Terjadi

Penyakit Parkinson berlaku apabila sel yang menghasilkan sejenis bahan kimia dikenali sebagai dopamine mengalami gangguan atau rosak. Tanpa dopamine, tubuh badan tidak dapat memberikan tindak balas dan berfungsi dengan sempurna.

Antara faktor yang boleh menyebabkan kerosakan sel ini adalah pendedahan keterlaluan kepada bahan kimia beracun seperti racun rumpai dan racun serangga. Selain dari itu faktor genetik juga dikatakan boleh menyebabkan seseorang itu menghidap parkinson ini.

Suplemen Shaklee Membantu Merawat Penyakit Parkinson

Sehingga kini penawar untuk Parkinson masih belum ditemui dan pesakit biasanya diberikan ubat-ubatan hanya untuk mengawal dan meredakan simptom parkinson. Namun adalah penting agar pesakit tidak berputus asa dengan keadaan ini.

Bagaimana nutrisi dan suplemen dapat membantu pesakit parkinson

  • Neurotransmitter dopamine adalah berasal daripada asid amino. Setiap kali kita makan makanan yang kaya dengan protein, badan akan membahagikan asid amino ini kepada 2 jenis. 2 asid amino (L-fenilalanina dan L-tyrosine) ditukarkan kepada L-Dopa, yang kemudiannya ditukar menjadi dopamine di dalam otak.
  • Vitamin dan mineral diperlukan untuk setiap peringkat proses penukaran ini, jadi kekurangan vitamin dan mineral boleh mengurangkan pengeluaran dopamine.

Gambarajah berikut akan dapat memberikan gambaran lebih jelas berkaitan penerangan di atas.

Gambarajah bagaimana nutrisi memainkan peranan penting dalam perawatan pesakit parkinson

Gambarajah bagaimana nutrisi memainkan peranan penting dalam perawatan pesakit parkinson

Pendekatan nutrisi untuk pesakit parkinson adalah dari segi:

  • Menyokong pengeluaran dopamine dengan memastikan prekursor yang mencukupi (asid amino) dan faktor bersama (vitamin dan mineral).
  • Gandingan perubatan moden dan suplemen dapat membantu meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kesan sampingan.
  • Membantu mengurangkan gejala morbiditi contohnya sembelit, kemurungan, keletihan, dan insomnia.

1. Vivix

Beberapa kajian tentang kemampuan resveratrol dalam membantu pesakit Parkinson telah dijalankan dan antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Penyelidik Iowa State University dan telah dikeluarkan di FASEB Jurnoul.

Resveratrol merupakan bahan utama di dalam Vivix. Vivix merupakan satu-satunya suplemen yang membantu merawat hingga ke tahap DNA. Vivix membantu merawat dengan 4 mekanisme di bawah:

a. Memperbaiki DNA

Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu ‘typo’ (kesilapan dari yang asal) yang akan menganggu fungsi sel dan panjang umur, ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.

b. Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Di dalam satu ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

c. Meningkatkan Tenaga Sel

Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

d. Penimbunan Protein AGE

Penimbunan berlebihan protein AGE (Advanced Glycation End product) boleh menyebabkan kerosakkan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 13 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur ‘muscadine’) untuk melambatkan pembentukkan protein AGE.

Selain daripada Vivix, terdapat suplemen tambahan yang boleh diambil oleh pesakit parkinson. Antaranya adalah:

2. Vitamin D dan Magnesium

Dalam penyelidikan didapati kita mempunyai reseptor untuk vitamin D di dalam otak dimana ia meningkatkan faktor neurotrophic diturunkan dari otak (sama seperti hormon pertumbuhan neuron) dan vitamin D juga bersifat anti-radang.

Ostematrix terbukti secara kilinikal membantu penyerapan kalsium

Ostematrix terbukti secara kilinikal membantu penyerapan kalsium

Nutrien ini biasanya didapati daripada sumber cahaya matahari.

Magnesium adalah mineral yang bertindak sebagai penenang semulajadi. Antara tanda kekurangan magnesium adalah gegaran otot atau kekejangan, kelemahan otot, insomnia atau ketakutan, tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak teratur, sembelit, hiperaktif, kemurungan.

Magnesium berperanan dalam menyokong tidur yang baik kepada pesakit parkinson.

Kedua-dua nutrien ini merupakan kandungan penting dalam Ostematrix. Ostematrix bukan sekadar untuk tulang. Nutrien di dalamnya turut memberi manfaat bagi kepada pesakit parkinson dari segi

  • Memperbaiki kekejangan, kebas-kebas
  • Meringankan stress (stress dapat memburukkan keadaan parkinson)
  • Membantu sistem saraf dimana ia mengaktifkan enzim untuk menghasilkan tenaga, pengecutan otot dan saraf.

3. Vitamin B

Pesakit parkinson mempunyai kadar Homocysteine (asid amino yang beracun) yang tinggi dalam badan mereka. Namun pakar tidak pasti adakah ini merupakan penyebab kepada penyakit parkinson. Nutrien yang diperlukan untuk mengurangkan homocysteine termasuk asid folik, vitamin B12 dan B6, zink dan tri-methyl-glycine (TMG). Selain itu nutrien ini merupakan faktor untuk membantu pengeluaran dopamine.

BComplex Shaklee adalah lengkap dengan 9 jenis vitamin B.

Bcompleks membantu mengurangkan masalah sakit saraf

Bcompleks membantu mengurangkan masalah sakit saraf

4. Minyak Ikan Omega 3

Omega-3 adalah suplemen antiradang yang boleh memberi manfaat kepada keradangan otak yang dialami oleh pesakit parkinson. Terdapat kajian dilakukan ke atas pesakit parkinson di mana pesakit parkinson dilaporkan mempunyai keadaan lebih baik dengan pengambilan minyak ikan Omega 3.

Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Kadar Omega 3, EPA dan DHA dalam banyak jenama minyak ikan di pasaran

Kadar Omega 3, EPA dan DHA dalam banyak jenama minyak ikan di pasaran

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Testimoni Pengguna Parkinson Shaklee

Sebenarnya ada banyak testimoni dari luar negara. Antaranya

a. Testimoni pesakit dari Singapura

Kesan baik selepas pengambilan Shaklee bagi pesakit parkinson

Kesan baik selepas pengambilan Shaklee bagi pesakit parkinson

b. Testimoni seorang ibu yang bedridded

Sebelum :

Seorang ibu berusia 89 tahun terbaring atas katil. Disahkan mengidap Alzheimers yang kronik.

Tak dapat uruskan diri sendiri. Anak-anak yang pakaikan baju, pakaikan pampers, memandikan, menyuapkan makan, boleh dikatakan semua anak-anak buatkan! Sehinggakan sudah tidak kenal Keluarga dan keluarga. Selepas perkenalkan vivix dalam suplemen harian :

  • semakin ada perubahan positif
  • boleh uruskan diri sendiri
  • ingat semula keluarga dan kenalan
  • dapat hafal semula lagu yang sebelum ni lupa
  • boleh komunikasi dan bermain dengan cucu.

Alhamdulillah walaupun tidak sembuh 100% tapi banyak perubahan positif.

Alzheimer juga melibatkan fungsi otak

Alzheimer juga melibatkan fungsi otak

c. Kisah Bob yang kembali pulih selepas mengambil Shaklee.

Kesimpulan

Jadi bagi pesakit parkinson, bolehlah cuba berikhtiar dengan produk Shaklee yang ternyata selamat, berkesan dan semulajadi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)