Set Mengandung Kencing Manis Shaklee

By | 21 March 2017
Set Mengandung Kencing Manis GDM Shaklee

Set Mengandung Kencing Manis Shaklee

Saya memang ada ramai sangat customer yang mengandung dan pada masa yang sama mengalami masalah seperti kencing manis dan darah tinggi ketika mengandung. So far, alhamdulillah customer saya sihat dengan mengambil set mengandung Shaklee bersama-sama konsultansi berterusan daripada saya.

Apakah Kencing Manis Semasa Mengandung

Kencing manis semasa mengandung juga dikenali sebagai diabetes gestasi (GDM). Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi semasa kehamilan.

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

  • mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
  • membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa mengandung, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya di pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, lantas mengakibatkan anda menghidap diabetes semasa mengandung .

Diabetes semasa mengandung selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Risiko Mengandung Dengan Kencing Manis

Ada banyak risiko jika anda mengandung dengan kencing manis iaitu:

  • Bayi mempunyai berat berlebihan (sekitar 4kg ke atas) dan ini akan menyukarkan proses kelahiran
  • Gula dalam darah bayi adalah rendah (hypoglicemia) dan tahap mineral rendah
  • Jaundis (sakit kuning)
  • Bayi mengalami masalah pernafasan
  • Risiko bayi mati dalam kandungan
  • Risiko bayi cacat
  • Air ketuban berlebihan

Jika anda didapati mengandung dengan kencing manis, adalah penting untuk anda mendapatkan set lengkap mengandung kencing manis Shaklee. Ini kerana keperluan nutrisi yang lengkap dapat membantu mengawal paras gula dan memberikan nutrisi lengkap kepada bayi anda seterusnya mengurangkan risiko di atas.

Set Mengandung Kencing Manis Shaklee

Set mengandung shaklee sesuai untuk masalah kencing manis darah tinggi dan lain-lain

Set mengandung shaklee sesuai untuk masalah kencing manis darah tinggi dan lain-lain

1. Protein

Protein memberikan tenaga kepada ibu. Protein dengan khasiat asid amino lengkap sangat penting untuk membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Selepas bersalin, protein yang lengkap dapat menyokong pengeluaran susu ibu dan membantu perkembangan bayi.

Ibu mengandung memerlukan 62.5 g protein sehari, manakala ibu menyusu memerlukan sekitar 70-75 g protein sehari.

2. Zat Besi

Ketika mengandung, ibu mengepam sebanyak 30-50% darah lebih banyak setiap hari. Jadi ibu memerlukan zat besi yang lebih untuk memastikan bekalan hemoglobin (membawa oksigen) kepada bayi. Hemoglobin adalah protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke sel lain dalam badan.

Apabila hemoglobin tidak mencukupi, sebab itulah anda boleh mendapat gejala anemia. WHO mendefinisikan anemia apabila bekalan hemoglobin berada di bawah 11g.dl. Kekurangan HB ini boleh menyebabkan:

  • Ketidaksuburan
  • Keguguran janin
  • Kelahiran pra matang
  • Bayi lahir dengan berat badan kurang (bawah 2kg)
  • Meningkatkan kematian bayi dalam kandungan
  • Menyebabkan ibu cepat merasa letih (semasa mengandung dan menyusu)

Zat besi diperlukan sebanyak 29mg/sehari bagi ibu mengandung. Manakala sebanyak 20-29mg sehari diperlukan bagi ibu yang sedang merancang untuk mengandung.

3. Asid Folik

Semasa hamil, asid folik diperlukan untuk pembentukan saraf pada bayi yang penting untuk pembentukan tulang belakang dan otak. Asid folik yang mencukupi pada 28 minggu pertama dapat membantu mengurangkan risiko masalah spina bifida kepada bayi (neural tube defects – NTD).

Ibu mengandung memerlukan 600mcg sehari asid folik, manakala ibu menyusu memerlukan sebanyak 500mcg sehari.

4. Vitamin C

Vitamin C membantu:

  • Mengurangkan risiko kelahiran pramatang: Dalam kajian selama 4 tahun kepada seramai 2,064 orang ibu didapati ibu yang kurang mengambil vitamin C mempunyai 2 kali ganda risiko kelahiran pra matang.
  • Meningkatkan kesuburan: kajian menunjukkan wanita yang mengambil vitamin C sebanyak 500mg sehari dapat meningkatkan kesuburan sebanyak 44%.

5. Kalsium

Seorang ibu mengandung (sebelum mengandung, ketika mengandung dan selepas mengandung) perlu mengambil 1000mg kalsium setiap hari. Kalsium diperlukan untuk:

  • Pembentukan tulang dan gigi
  • Membantu memudahkan otot ketika proses bersalin
  • Melindungi density tulang
  • Membantu pertumbuhan bayi (susu ibu mengandungi 40% kalsium

Tahukah anda, artis Lisa Surihani mengalami masalah kekurangan kalsium yang menyebabkan beliau sukar mengandung. Selepas mengambil kalsium mencukupi, alhamdulillah selepas itu beliau mengandung. Jadi bagi anda yang ingin mengandung, elok amalkan suplemen yang lengkap juga.

6. Asid Lemak Omega 3

Asid lemak omega 3 diperlukan untuk pembentukan otak dan penglihatan bayi semasa mengandung. Selepas bersalin sehingga antara 18 dan 24 bulan, DHA masih diperlukan untuk membantu fungsi otak bayi.

Asid lemak omega juga penting untuk ibu yang mengalami masalah darah tinggi semasa mengandung (pre-aclampsia)

Kesimpulan

Sekiranya anda didiagnos dengan kencing manis semasa mengandung, usah panik. Paling penting ibu harus bertenang dan dapatkan nasihat doktor untuk menjalani kehamilan sihat. Set mengandung kencing manis Shaklee menyediakan nutrisi sihat untuk anda dan bayi. Jom dapatkan sekarang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

8 thoughts on “Set Mengandung Kencing Manis Shaklee

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, semakin ramai sebenarnya. faktor pemakanan mungkin

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul2, kena jaga diri, untuk keselamatan diri dan baby

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mengandung memang kena ada tenaga dan sihat

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge