Call nowWhatsapp

Rawat Luka Melecur Dengan Collagen

OMG lama juga saya tak update blog ni ya. Seminggu juga nampaknya. Sebetulnya saya balik kampung permulaan puasa tempohari. Sekembali ke rumah internet pula buat hal, ada la 3 hari juga. Lepas itu sibuk pula dengan closing bagai. Jadi inilah baru ada masa hendak update blog. Kali ini saya hendak kongsikan berkenaan info yang saya dapat bagaimana collagen dapat membantu rawatan luka melecur.

Saya ada terbaca satu berita dari dianarashid.com bagaimana para doktor di Brazil menggunakan kulit ikan tilapia untuk merawat luka melecur. Memang surprise juga bila bidang kedoktoran dapat menerima penyelesaian seperti ini.

Dari www.statnews.com, menyebut,

We got a great surprise when we saw that the amount of collagen proteins, types 1 and 3, which are very important for scarring, exist in large quantities in tilapia skin, even more than in human skin and other skins,” Maciel said. “Another factor we discovered is that the amount of tension, of resistance in tilapia skin is much greater than in human skin. Also the amount of moisture.

Dalam kenyataan di atas, para doktor dan saintis terkejut mendapat kulit ikan talapia mengandungi kandungan protein collagen yang sangat banyak terutama untuk type 1 dan III collagen yang sangat penting untuk memulihkan parut. Selain itu, mereka juga menemui kulit ikan talapia mengandungi rintangan lebih banyak berbanding kulit manusia, termasuk faktor kelembapan.

Di negara kita memang belum lagi dibuat kaedah ini. Tapi kalau ikutkan doktor di Brazil mengaplikasikan kulit ikan talapia adalah kerana faktor collagen.

Jemput saksikan video dibawah:

4 Cara Collagen Dapat Membantu Rawat Luka Melecur

Dalam satu kajian yang diterbitkan pada Januari 2011, para saintis mendapati hasil yang sangat memberangsangkan penggunaan collagen terhadap luka melecur. Di bawah adalah hasil kajian:

Hasil kajian terhadap pesakit melecur menggunakan collagen vs placebo

Hasil kajian terhadap pesakit melecur menggunakan collagen vs placebo

Tapi bagaimana collagen betul-betul dapat membantu rawat luka melecur? Daripada kajian yang sama, saintis mendapati perkara berikut:

  1. Penggunaan collagen dapat menghalang tindakan metaloproteinases. Metaloproteinases ni kalau tidak betul-betul dijaga boleh membentuk radang pada luka melecur.
  2. Collagen menggalakkan penyembuhan luka melalui pemendapan dan pembaharuan gentian dan tisu baru pada luka sekaligus mewujudkan persekitaran baik untuk menyembuhan luka
  3. Apabila collagen digunakan pada luka, ia bukan sahaja menggalakkan angiogenesis, bahkan ia juga meningkatkan proses mekanisme pembaikan badan.
  4. Penggunaan collagen juga dapat mengurangkan edema dan kehilangan cecair daripada tapak luka, justeru memudahkan aktiviti metabolik tisu melalui fibroblas.
Hasil kajian selepas 28 hari mendapati luka melecur pulih lebih cepat menggunakan collagen

Hasil kajian selepas 28 hari mendapati luka melecur pulih lebih cepat menggunakan collagen

Bagaimana Hendak Tahu Suplemen Collagen Sememangnya Collagen Tulen?

Memang banyak collagen di pasaran. Tapi bagaimana hendak tahu suplemen collagen adalah sememangnya collagen tulen?

Dalam kotak collagen, anda boleh lihat pada fakta nutrisi seperti gambar berikut. Jika ramuan pertama yang disebut adalah collagen, maka inilah merupakan collagen tulen.

Sama juga untuk membaca fakta nutrisi produk seperti jus dan lain-lain. Kan banyak jus kesihatan di negara kita. Langkah pertama, semak dahulu fakta nutrisi. Sekiranya ramuan utama disebut seperti resveratrol dan lain-lain, maka ia adalah tulen. Tapi kalau ramuan utamanya adalah gula, sukrosa, fruktos dan seumpamanya, awas maknanya kandungan gulanya yang tinggi. Ia tidak tulen.

Fakta Nutrisi Shaklee Collagen Powder - sumber ikan merupakan sumber utama menjamin ketulenannya

Fakta Nutrisi Shaklee Collagen Powder – sumber ikan merupakan sumber utama menjamin ketulenannya

Penutup

Jadi memang meyakinkan kalau hendak guna, sebab collagen memang digunakan oleh para doktor di Brazil, dan juga sebab memang ada fakta klinikal menyebutkan manfaat collagen untuk rawatan luka melecur.

Cumanya rawatan ini mestilah untuk menyokong rawatan doktor di negara kita, sebab sifat collagen disini cuma sebagai suplemen iaitu untuk membantu melengkapkan nutrisi badan kita. Bila collagen cukup, maka dapatlah badan bertindak sendiri untuk pulih.

Ingin dapatkan Shaklee Collagen Powder? Hubungi saya sekarang.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)