Push factor sebagai motivasi untuk berjaya, kisah jerung dan IJN

By | 18 April 2014

Ok hari ini saya nak kongsikan berkenaan insiden Abah saya masuk hospital minggu lalu. Dua bulan lepas pernah kejadian ini berlaku, tetapi kami anak-anak tak diberitahu lagipun abah dan mama berada di kampung masa tu.

Sayangi dan jagalah orang tua kita selagi masih hayat mereka. Doakan mereka di setiap doa kita


Sabtu lepas abah minta adik bongsu saya bawanya ke IJN, katanya macam tak sedap tekak dan dada. Dia risau something to do with his heart. Jadi kelam kabutlah adik dan abang kedua saya bawa beliau ke IJN. Habis lampu merah dilanggar disepanjang perjalanan. Maaf pak polis, ni kes emergency.

Bila sampai sana, katanya BP dah 173/90 camtu, terus warded lah sebab meskipun diastolik rendah, tapi sebab kata dah sakit dada dan systolic pun above 130. Saya ni masa tu suami pun balik kampung, saya biasanya pukul 10malam dah tidur dengan anak-anak. Saya memang tak tahu kejadian ni sehinggalah tersedar dari tidur kira-kira pukul 12.30 pagi saya baca watsapp. Adik dah update situ abah warded.

Saya turun bawah, tengok mama tengah siap-siap nak ke hospital. Sebab takde orang nak tengokkan anak-anak, saya je la tinggal rumah. Tak tahu macamana rasa saya masa tu, rasa nak terbang pergi juga. Sedih dan cemas wei kita sebagai anak-anak bila parents kita dalam situasi camtu.

Alhamdulillah semua ujian berjalan lancar dan doktor menyebut takde yang abnormal, cuba doktor suggest buatlah angiogram untuk tahu sakit sebenar. Boleh google angiogram tu apa, ia lebih kurang doktor masukkan kamera dalam badan nak teropong salur darah ada tersumbat atau tak. Angiogram dijadualkan pada 30 April 2014. Saya selalu berdoa semuanya ok, takde yang serius.

Saya cuma risau sebab abah saya ni masih kuat kerja, yelah beliau Pengarah Syarikat, pada umur sekarang sepatutnya dah tak buat kerja macamtu. Patutnya duduk rumah dan menikmati dividen sahaja. Tapi itulah, saya tengah nak cadangkan pelan persaraan untuknya, sebab katanya susah nak berhenti sebab takde successor. Dia juga risau jika bil-bil utiliti susah nak bayar nanti.

Sekali lagi saya terpukul rasanya. Tak boleh tidak saya pun mesti berjaya dalam Shaklee ini memegang pendapatan 6 angka sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun ini. Saya nak lihat ibu bapa boleh berehat dengan senangnya. Saya bayarkan semua bil pun takpe, juga hire bibik dan driver untuk mereka. 

Semoga niat ini dimakbulkan dan dilorongkan Allah akan kejayaannya. 

Anda bagaimana? Apakah pushing factor anda untuk berjaya? Pushing factor inilah yang memberikan motivasi kepada kita untuk berjaya. Andaikan jerung dibawah ini, jika tiada jerung mungkin orang yang membawa bot itu mendayung dengan perlahan. Tetapi dengan adanya jerung, mesti cepat bot tu sampai ke destinasi. 

Push factor adalah motivasi terbesar bagi mereka yang ingin berjaya


Bukan sahaja saya mahu berjaya, saya juga berasa puas menolong orang lain berjaya. Anak-anak Shaklee saya seorang demi seorang berjaya menggenggam 3 angka bulan lalu, insyaAllah bakal menggenggam 4 angka bulan ini dan seterusnya 5-6 angka. Mengapa masih ditakuk lama sedangkan anda mampu berubah lebih hebat?

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge