Khamis lepas tular posting seorang doktor ni berkenaan pesakitnya dikatakan jadi gagal buah pinggang sebab ambil Shaklee. Amboi doktor, suka hati je main tuduh ya. Mentang-mentang title doktor. Ingat dosa fitnah ke tak tu?
So meh la saya kongsikan pasal Shaklee ni, betul ke bahaya. Kalau bahaya apa perlu kita buat?
Betulkah Produk Shaklee Bahaya?
1. Saya pengguna dan pengedar
Sebagai pengedar dan pengguna Shaklee, sayalah orang pertama akan dapat kesan dahulu berbanding korang semua. Sebab saya dah guna Shaklee ni nak masuk 6 tahun untuk pelbagai sebab. Bukan tu saja, saya bagi anak-anak saya, ibu bapa dan suami serta adik beradik pun memang amalkan Shaklee.
Kalau memang Shaklee bahaya, tentu saya tahu dan saya tidak akan ambil ringan bab ni. Gilalah, anak pun makan, mak ayah makan, gila la kalau saya biarkan.
Boleh baca link di bawah untuk pengalaman saya dan ahli keluarga menggunakan Shaklee:
- Anak Batuk Berkahak
- Rawat Osteoporosis dalam 1 bulan
- Umur makin meningkat, mengandung tanpa GDM
- Kakak penghidap SLE
- Pengalaman ahli keluarga gunakan Shaklee
2. Pengguna hilang dari radar doktor
Bab pengguna hilang dari radar doktor ni, tak boleh la salahkan pengedar Shaklee. Macam saya ni, sehabis baik saya akan pujuk pengguna saya untuk selalu jumpa doktor bila ada temujanji.
Bab makan ubat pun kami tak pernah larang, bahkan kami akan tolong susun jadual makan suplemen Shaklee berdasarkan jadual makan ubat yang diberikan doktor. Takde sebab kami nak larang pengguna makan ubat. Gila apa, nyawa orang ni, bukan boleh buat main.
Kebanyakan pengguna juga sebenarnya takut jumpa doktor. Takut sebab apa, saya pun kurang pasti.
- Takut hospital berhantu ke
- Takut doktor garang ke
- Takut dengar sebarang kebenaran berkenaan penyakit mereka ke
- Takut sebab dengar macam-macam pengalaman dari orang sekeliling mereka (bukan pengedar Shaklee)
Macam-macam lah, tapi sememangnya saya pun pelik kenapa masyarakat kita takut ke hospital.
3. Pengguna dah ada penyakit kronik bertahun-tahun
Dalam posting doktor jelas disebut pesakit tu sudah menghidap penyakit kronik selama bertahun-tahun. Kencing manis dan darah tinggi, doktor pun tak pasti mereka makan ubat atau tidak. Jelas sekali part makan ubat tu tanggungjawab pesakit, kenapa kena salahkan Shaklee pulak?
Doktor sendiri pun tentu tahu kencing manis dan darah tinggi boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Janganla buat tak tahu pulak.
Dan doktor tahu ke memang ada fakta menyebut, penyakit buah pinggang kronik adalah disebabkan oleh penyakit kencing manis. Tengok statistik di bawah. Statistik ini dibuat oleh US Renal Data Sistem pada tahun 2000.
Seorang doktor (pakar pulak tu) selalu bersandarkan kepada fakta kan. Tolong bersikap adil. Kami ni suka hospital dan jumpa doktor, kalau doktor bersikap macam ini, kami memang frust sangat. Tolong jangan judge secara tak adil. Anda juga menyebabkan masyarakat keliru.
4. Jenis suplemen yang bahaya
Memang saya tidak nafikan ada juga suplemen atau produk makanan yang tak selamat. Yang tak selamat tu macamana?
- Mengandungi kandungan gula berlebihan
- Mengandungi bahan berbahaya seperti sibutramin, merkuri, dan lain-lain yang ternyata dilarang.
Kandungan gula berlebihan tu memang jadi perangkap kepada pengguna. Sebab masalah pengguna kita tidak faham baca label. Banyak contoh yang boleh diambil tapi saya tak mahu tulis jenama dan produk makanan kesihatan apa yang banyak sangat gula. Nanti kena saman pulak.
Sebelum beli, semak label dulu. Kalau gula (atau nama lain gula seperti sukrosa, glukosa) menjadi ramuan pertama ditulis, itulah kandungan utama dan paling banyak dalam produk tersebut.
5. Pemakanan dan diet pesakit
Saya selalu sebut dengan customer saya, ambil Shaklee pun kalau tak jaga makan, memang susah nak baik juga. Jadi memang kami pengedar Shaklee dilatih untuk berikan konsultansi berhubung pemakanan yang perlu dielakkan.
Customer saya kebanyakan adalah pesakit buah pinggang, mereka sihat dan ada yang bacaan kreatinin pun sudah normal. Adakah adil menuduh Shaklee ni bahaya?
6. Shaklee berdaftar dengan KKM
Kalau bahaya takkan la dapat pengesahan KKM? Setiap kali Shaklee perbaharui lesen dengan KKM tau. Tanpa cuai sikit pun.
Badan yang bertanggungjawab dalam menyelia proses kelulusan ini ialah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).Â
Adalah penting untuk kita memastikan setiap produk yang kita makan telahpun mendapat kelulusan daripada KKM. Semakan terhadap produk boleh dibuat di laman web ini. Pengguna perlu membuat carian di kedua-dua seksyen yang ditetapkan iaitu Quest2 dan Quest3.
Boleh layari http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm
Cuba cari produk Shaklee, ada tak?
Alhamdulillah ada kan? Pengguna boleh klik pada nama produk untuk lihat keterangan lanjut berkenaan produk tersebut.
7. Jika pengguna suspek produk ada masalah, apa yang boleh dibuat?
Shaklee memang ada buat jaminan berkaitan produknya. Jom tengok apa jaminannya:
Bila Shaklee berani jamin macam tu, memang kita boleh je buat laporan. Shaklee akan pulangkan balik duit dan paling teruk kredibiliti Shaklee akan terjejas. Bukan yang ini ke yang doktor mahu?
Sebagai pengguna yang bijak dan inginkan keadilan sekiranya produk yang dimakan mendatangkan bahaya kepada kita sebagai pengguna, saya cadangkan kepada pengguna:
a. Dapatkan bukti bertulis/ pengesahan daripada Pakar Perubatan tentang bukti bahawa produk yang dimakan telah membawa kesan seperti yang dinyatakan. Ini adalah penting bagi membuktikan cakap-cakap kita adalah bukti yang sahih dan bagi mengelakkan orang lain menganggap kita membuat fitnah dan sebagainya.
Kalau doktor sendiri jumpa kes macam ini, doktor pun boleh buat laporan. Doktor kan sangat berkuasa, jadi gunakanlah kuasa tu sebaiknya.
b. Laporkan perkara ini kepada:
- Shaklee Customer Service.Â
- Tel:Â 603-5622 3188 @Â
- melalui emel: customerinquiry@shaklee.com. Saya cadangkan aduan dibuat melalui emel kerana ianya boleh menjadi bukti bertulis.Â
- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
- Secara Bertulis : Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
Peti Surat 319, Jalan Sultan,
46730 Petaling Jaya,
Selangor.
- Secara Bertulis : Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan
-
- Â Melalui fax ke nombor:Â 03-79567151
- Secara online di :Â www.bpfk.gov.my
- Online submission viaÂ
www.bpfk.gov.mySee more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=162#sthash.hldKzNiL.dpuf
c). Buat Laporan Polis – saya sendiri kurang pasti adakah pihak polis akan menerima aduan sebegini. Namun bagi memastikan keadilan saya sebagai pengguna, saya percaya inilah salah satu jalan terbaik yang membuktikan saya adalah bersungguh-sungguh.
Ini adalah langkah-langkah bijak yang seharusnya diambil oleh pengguna bagi menuntut keadilan bagi pihak mereka. Prosedur ini juga adalah perlu sekiranya pengguna ingin membawa perkara ini ke Badan Perundangan yang lebih tinggi seperti mahkamah dan sebagainya.
8. Kesan Jangkamasa Panjang Shaklee
Shaklee bukan macam suplemen lain yang tiada kajian klinikal. Banyak posting saya sebelum ni telah saya terangkan pelbagai kajian klinikal yang dibuat ke atas produk, ramuan dan pengguna Shaklee sendiri.
Salah satunya adalah Landmark Study. Kajian ini dibuat kepada pengguna Shaklee 20 tahun ke atas. Bila pengguna lama, doktor tentu beranggapan buah pinggang mereka rosak, dan kesan toksik boleh dikesan, betul tak?
Tapi hasilnya adalah sebaliknya. Tengok graf di bawah.
Menurut laporan ini, tiada kesan toksik ditemui dalam pengguna Shaklee. Jadi bahaya kot mana Shaklee ni?
9. Produk Shaklee tidak mengandungi gula dan bahan larangan
Banyak kali dah sebut, semua produk Shaklee tidak mengandungi segala macam gula dan bahan larangan. Ada sesetengah yang ada gula, tapi dalam dos yang paling minima. Itupun produk seumpama ini kita tidak syorkan kepada pesakit buah pinggang, kencing manis dan lain-lain.
Dibawah ini pula jaminan bahawa produk Shaklee tidak mengandungi bahan berbahaya dan terlarang sebagaimana disyaratkan oleh US FDA.
Kesimpulannya, Shaklee Selamat!
Suplemen secara umumnya tidak menyebabkan kerosakan buah pinggang. Kecuali beberapa jenis yang diambil secara berlebihan, di salahguna atau suplemen yang mengandungi banyak gula. Tak boleh kita katakan suplemen punca rosak buah pinggang. Itu overclaim namanya.
Daripada 600 juta penduduk di seluruh Asia Tenggara, setakat hari ini hanya ada 4 kes kematian terjadi akibat kerosakan buah pinggang akut di sebabkan jengkolism atau sebab makan jering (bukan makan Shaklee). Bercakap dan buat tuduhan biarlah berfakta.
Cuba bandingkan dengan 4.5 juta penduduk Malaysia yang menghidapi penyakit diabetes akibat pengambilan GULA dan karbohidrat proses berlebihan, ini boleh mendapat komplikasi penyakit diabetes iaitu diabetic nephropathy atau kerosakan buah pinggang.
Gunakan Shaklee tanpa waswas!
Berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Ayuh hubungi saya sekarang!
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Say a selalu ikuti posting dr rafidah..
Apa yang saya faham Dr Rafidah tak menyebut shaklee bahaya
Tapi dia cuma menentang pesakit kronik yang terlalu percayakan supplement luar
Supplement tu bukan untuk merawat tapi mungkin membantu saya
Doktor rafidah selalu tekankan.. pesakit kena jalani rawatan & makan ubat yang doktor beri
Tu yang saya faham la…
Maaf kalau apa saya faham ni salah ke apa
lekatlekit recently posted…AWAS PENGELUAR/PENGEDAR PRODUK KOSMETIK! ADALAH SALAH MENGIKLAN PRODUK ANDA MEMPUNYAI KELULUSAN KKM WALAU ADA NOT KKM
Faham jugak tu tapi bila dia up camtu tengoklah berapa ramai pula komen pasal shaklee bahaya. Dan dr even not mention pun pasal cause of kidne failure. Yang dia sebut shaklee yg rajin di makan. Jadi orang buat kesimpulan bahawa ambil shaklee la sebabkan failure kidney. Dr pun mungkin tahu la bukan sebab shaklee tapi dia pun tak perbetulkan statement dia. Orang buat conclusion sendiri dan shaklee la kena. Anyway saya dah report kes ni pada shaklee, shaklee akan work dengan dr untuk dapatkan penjelasan.
bw blog nih…
yupp macam2 cabaran kalau kita nak sedarkan orang tentang kesihatan, pada hal banyak punca lain spt sikap dan mmg penyakit sedia ada tapi tang satu nak kondem produk orang tu le yg dihighlight kan… biasalah macam tu, nak berbisness online ni kena kuat mental dan fizikal.. caiyok2.. semoga success…
++ akak pun doc pelik napa darah tinggi maintain, tanya makan suplement apa, saja je akak jawab OG dr ‘Goncang Lee’ he he he
hahah kak bagus
Saya pengguna shaklee..
Alhamdulillah..semuanya bagus
Fidah Shah recently posted…Tiada Kata Secantik Bahasa
alhamdulillah harap kita sihat
Setiap produk atau apa yg di consume biar pada hadnya. Kalau berlebihan pasti ada mudarat nya. Kena pandai dan faham diri sendiri kan sis
haa, tak pasal2 shaklee kena
kesan penggunaan produk berbeza-beza antara satu sama lain..
saya memang percaya produk shaklee selamat..
mrhanafi recently posted…Cara Buat Bisnes Online Yang Menguntungkan
betul, pesakit kronik lebih2 lagi. memang ubat takleh tinggal sebenarnya.
Kadang-kadang ubat atau supplement tu tak bahaya.. tapi mungkin kalau ambil secara berlebihan boleh membawa padah.
Setuju dengan mrhanafi, kesan penggunaan produk berbeza-beza antara satu sama lain..
Dedaun Comel recently posted…3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
betul setuju tu, masalahnya pada pesakit sendiri la ni. pegi stop makan ubat. memang bukan customer saya la ni
kalau bahaya takkan shaklee boleh bertahan sampai skarang.
nikkhazami recently posted…Sinopsis Red Velvet di Astro Ria
haa nik, thats the point
rata2 org kita ambil jln mudah skrg ni. percayakan aja viral yg ada. dh malas nk cari kebenaran sendiri. Azah lbh suka study blk apa yg diviralkan…jgn tuduh melulu
betul azah. saya pun samalah, jangan terikut benda viral even dari pakar sekalipun. sebab setiap manusia ada persepsi dan suka assume