Call nowWhatsapp

Kita dah di Hari Ketiga Trip Shaklee Switzerland 2022. Untuk yang belum baca catatan sebelum, berikut ialah link:

Sekarang dah di volume 3, bermakna hari ke 3 kami di Switzerland. Hari ke 3 maknanya kami akan ke Mount Titlis.

Hari Ketiga Trip Shaklee Switzerland Mount Titlis

Switzerland antara negara yang mengalami snow sepanjang tahun di puncak-puncak tertinggi (3000 kaki ke atas) seperti Matterhorn, Titlis, Mont Fort & Jungfraujoch.

Di Switzerland ni, 4 tempat yang paling banyak dilawati adalah Lucerne, Interlaken, Grindelwald dan Zermatt. Dan di 4 tempat ni terletak gunung-gunung yang famous seperti Matterhorn, Pilatus, Titlis, Rigi, Stanserhorn, Jungfraujoch , Harder Kulm, Schilthorn, Murren, dll.

Kebiasannya orang datang melancong, mereka akan pilih 1 gunung untuk dilawati sebabnya harga sangat mahal kalau nak cover semua tempat,

7 Summer Snow Destinations Switzerland

Salah satu keunikan negara Switzerland adalah peluang utk ‘main snow’ di sepanjang tahun, hatta semasa musim panas sekalipun.

Antara destinasi terkenal utk mengalami ‘snow in summer’:-

  • Zermatt (Matterhorn)
  • Verbier (Mont Fort)
  • St Moritz
  • Jungfraujoch
  • Mt Titlis
  • Les Diablerets (Glacier 3000)
  • Saas Fee

Yang best bila travel Switzerland semasa musim panas, masih dapat menikmati keindahan Switzerland yang maksimum, pada masa yang sama boleh ‘main snow’. Maklumlah kita warga Khatulistiwa ni main snow tu satu kemestian!

Pengalaman Pertama Salji Dalam Hidup di Mount Titlis

Hari ke 3, merupakan hari yang kami nanti-nantikan. After breakfast kita gerak ke sana. Mount Titlis ini tempat tarikan pelancong.

Mount Titlis ialah sebuah gunung di Uri Alps, terletak di sempadan antara kanton Obwalden dan Bern. Pada ketinggian 3,238 meter di atas paras laut, ia adalah puncak tertinggi dari jajaran utara Pas Susten, antara Bernese Oberland dan Switzerland Tengah.

Kami naik dua kali kabel car. Satu cable car kecil yang boleh muat dalam 6 – 7 orang dan satu lagi cable car besar yang boleh muat 80 orang. Cable car yang besar ini dia boleh berputar 360° untuk kita tengok view sekeliling. memang menarik.

Sampai kat atas kami diberi kebebasan untuk bermain sehingga pukul 4pm. Lunch kami shaklee provide kat restaurant atas sana. Lepas selesai makan sambung main salji semula dan jalan-jalan kawasan sana ada cliff walk, glacier cave, ice flyer chairlift.

Subhanallah,cantik sangat view dia dan pengalaman berharga buat kami yang baru menjejak kaki di Swiss.

Di Titlis inilah tempat pertama saya merasai salji semulajadi dalam hidup saya. MasyaAllah umur 43 tahun alhamdulillah Allah beri peluang juuga merasai salji ni. Sungguh rasa sangat bertuah, dan tuah ini bukan datang begitu sahaja tapi dengan usaha, percaya pada Allah dan keyakinan.

Jom tengok gambar-gambar.

Pemandangan sepanjang perjalanan dari Lucern ke Mt Titlis
Pemandangan sepanjang perjalanan dari Lucern ke Mt Titlis. Rumah-rumah mereka tak begitu besar, sebab kos bahan api (elektrik) memang mahal kalau pakai heater.
Musim autumn di Switzerland
Musim autumn di Switzerland
Di hadapan entry point (dibawah Mt Titlis) Sebelum naik menggunakan cable car
Di hadapan entry point (dibawah Mt Titlis) Sebelum naik menggunakan cable car
Naik cable car pertama macam ini. Pemandangan masa ni teruk berkabus jadi tak dapat rakam
Naik cable car pertama macam ini. Pemandangan masa ni teruk berkabus jadi tak dapat rakam. Bendera Malaysia pun ada
Ada 5 level di Mt Titlis ni.
Ada 5 level di Mt Titlis ni.
Sampai di Mt Titlis dah tengahari jadi kami disuruh makan dulu
Sampai di Mt Titlis dah tengahari jadi kami disuruh makan dulu. Takde istilah diet time trip Shaklee
Lepas makan, siap-siap solat dulu. Shaklee sediakan ruang solat (ada bayar sikit)
Lepas makan, siap-siap solat dulu. Shaklee sediakan ruang solat (ada bayar sikit)

Aktiviti di Mt Titlis

Apa aktiviti boleh dilakukan di Mt Titlis? Semasa kami sampai, suhu di Mt Titlis lebih kurang -3 degree celsius. Sejuk la bagi orang yang tak biasa sejuk macam saya.

1. Main Salji di Titlis Glacier Park

Masa kami datang (November 2022) salji takde turun yang baharu, jadi ada salji yang dah turun lama. Jadi salji tak berapa lembut dah.

Scene Shahrukh Khan di Mt Titlis
Scene Shahrukh Khan di Mt Titlis
Pertama kali rasa salji dalam hidup. Terima kasih Allah, thank you Shaklee
Pertama kali rasa salji dalam hidup. Terima kasih Allah, thank you Shaklee

2. Mt Titlis Cliff Walk

Titlis Cliff Walk ni pada ketinggian 3,000 meter di atas paras laut, ini adalah jambatan gantung tertinggi di Eropah.

Dari Titlis Cliff Walk ni boleh nampak Banjaran Alps
Dari Titlis Cliff Walk ni boleh nampak Banjaran Alps

Gunung Titlis juga menempatkan Titlis Cliff Walk, jambatan gantung tertinggi di Eropah, dan anda boleh menyusuri terowong bercahaya yang diukir daripada ais glasier biru untuk sampai ke Gua Glasier Titlis.

3. Gua Glasier Titlis

Rasai kesejukan ais glasier semasa anda menuruni sepuluh meter di bawah permukaan glasier Titlis.

Laluan sepanjang 150 meter berliku-liku melalui sebuah gua supaya anda boleh menyaksikan, dan menyentuh, ais glasier berusia 5,000 tahun secara langsung.

Gua diterangi dalam cahaya biru dan suhu udara kekal pada -1.5C jadi pastikan anda merapikan sebelum masuk ke dalam.

Anda boleh mengakses gua Glasier TITLIS dari Aras 1 bangunan utama. Ia dibuka sepanjang tahun, kecuali apabila kereta kabel ditutup untuk penyelenggaraan.

Perjalanan Turun Dari Mt Titlis

Turun dari Mt Titlis lebih kurang jam 4pm. Masih lagi menggunakan cable car. Kali ni perjalanan turun lebih terang, tak de dah kabus.

Bergambar dengan roomate dalam rotating cable car yang memuatkan 80 orang
Bergambar dengan roomate dalam rotating cable car yang memuatkan 80 orang

Jalan-jalan di Bandar Lucerne

Alhamdulillah turun dari Mt Titlis, kami dengan bas menuju pulang ke Lucerne. Tapi sebelum tu bas berhenti di bandar Lucerne untuk jalan-jalan sekitar bandar dan do some shopping.

Salah satu ikon bandar Lucerne ialah Chapel Bridge Lucerne.

Chapel Bridge adalah sebuah jambatan pejalan kaki yang dibina daripada kayu yg merentang secara pepenjuru merentasi Sungai Reuss di bandar raya Lucerne di tengah-tengah Switzerland.

Jambatan yang unik ini mengandungi beberapa lukisan daripada abad ke-17 (walaupun kebanyakkan daripadanya musnah kerana peristiwa kebakaran pada tahun 1993 bersama-sama jambatan lama yang lain)

Setelah itu, jambatan ini dibina semula pada 14 April 1994. Jambatan ini merupakan jambatan kayu tertua di Eropah dan jambatan kekuda (Truss bridge) yang yang paling lama bertahan di dunia.

Selain menjadi simbol kepada bandar raya Lucerne, ia juga antara tarikan pelancongan utama di Switzerland.

Basically di bandar Lucerne ni boleh tengok:

  • Chapel Bridge
  • Reuss River – Chapel Bridge tu merentangi Reuss River, sungai ni sepanjang 164km.
  • Switzerland Water Castle – I ini adalah nama kawasan sekitar Brugg/Turgi, tempat pertama Reuss dan kemudian Limmat mengalir ke Aare.

Kedai-kedai shopping pun banyak kat sini.

Chapel Bridge Lucerne
Chapel Bridge Lucerne
Bandar Lucerne. Bersih dan bau pun best
Bandar Lucerne. Bersih dan bau pun best
Saya bergambar di depan kedai jual Rolex. Belum beli, mana tau lepas ni dapat free kan.
Saya bergambar di depan kedai jual Rolex. Belum beli, mana tau lepas ni dapat free kan.
Switzerland Water Castle di belakang tu
Switzerland Water Castle di belakang tu

Bila turun ke Lucerne suhu dalam 8 degree celcius. Boleh buka dah jaket luar. Yang saya pakai di atas ni masih 3 layer.

Dekat magrib la tamat jalan-jalan kami di bandar Lucerne. Kembali ke hotel semula magrib dah.

Bisnes Shaklee Biar Sampai Layak Dapat Percutian Shaklee Setiap Tahun!

End of day 3.

Bagi anda yang buat bisnes Shaklee, percutian Shaklee adalah sesuatu yang anda boleh dapat. Saya yang biasa-biasa ni pun alhamdulillah Allah bagi rezeki boleh sampai ke Switzerland. So can you!

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

Hubungi kami di nombor berikut untuk pendaftaran segera. Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan hidup baru yang lebih sihat!

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Untuk join bisnes Shaklee, boleh klik link berikut

https://wasap.my/60122195919

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)