Call nowWhatsapp

Lama sebenarnya saya tahu berkenaan kepentingan vaksin pneumococcal, sebab masa anak sulung saya dulu, pernah juga ambil 1 suntikan di kala umurnya 1 tahun lebih. Tetapi lepas itu memang saya tidak teruskan, termasuk untuk adik-adiknya.

Sehinggalah saya terpanggil untuk mengambilnya untuk kesemua anak-anak saya baru-baru ini. Kisahnya cuma dengan satu kes kematian seorang kanak-kanak berumur 9 tahun di Rawang akibat meningitis. Itupun sebenarnya doktor belum sempat sahkan penyakit meningitis sebab dalam tempoh 24 jam selepas warded, kanak-kanak itu terus meninggal dunia. Al fatihah.

Masa mendapat perkhabaran itu, saya google berkenaan penyakit meningitis. Ia merupakan demam kuat, disusuli dengan sawan sehingga kanak-kanak itu koma. Meningitis adalah penyakit kuman di selaput otak. Saya baca lagi ada vaksin boleh melindungi anak-anak daripada penyakit membunuh ini, iaitu vaksin pneumococcal. Walaupun tidaklah melindungi sehingga 100%, namun peratus perlindungan adalah melebihi 95%, memang sangat tinggi. Lagipun tidak rugi kita berikhtiar demi anak-anak.

Lagipun saya juga teringat anak kedua saya, Faiz, tahun lalu pernah warded disebabkan pneumonia. Pneumonia juga merupakan penyakit berbahaya, dan ramai juga kanak-kanak meninggal dunia disebabkannya.

Apakah Penyakit Pneumococcal

Penyakit pneumococcal ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yg dinamakan ‘streptococcus pneumonias’ atau pneumokokus. Kuman ini boleh menyebabkan 4 jenis penyakit berbahaya iaitu:

  1. Meningitis (jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang)
  2. Bakterimia (jangkitan darah)
  3. Pneumonia (jangkitan paru-paru)
  4. Otitis Media (jangkitan telingan tengah,sebelah dalam gegendang telinga).

Kuman pneumokokus terdapat di dalam hidung dan kerongkong orang dewasa dan kanak-kanak yang sihat. Ia boleh merebak dari seorang anak kepada yang lain dalam cecair apabila beliau bersin atau batuk.

Apakah Penyakit-penyakit ini?

1. Meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang)

Meningitis adalah kuman selaput otak yang sangat bahaya kepada kanak-kanak

Meningitis adalah kuman selaput otak yang sangat bahaya kepada kanak-kanak

Penyakit ini boleh menyebabkan kecacatan serius atau kadang-kadang kecacatan kekal pada pendengaran, lumpuh, cacat otak, dan kematian. Antara simptom penyakit ini ialah
  • Demam
  • Lethargy
  • Drowsiness
  • Muntah-muntah
  • Kejang leher atau kaki

2. Bacteraemia (jangkitan darah)

Penyakit ini terjadi apabila bakteria memasuki aliran darah dan meyebabkan jangkitan pada darah. Penyakit ini boleh juga menjadi meningitis. Antara simptom penyakit ini ialah

  • Demam
  • Gatal-gatal
  • Sesak nafas (nafas laju)

Pneumonia (jangkitan paru2)

Perbezaan paru-paru sihat dengan paru-paru dengan pneumonia

Perbezaan paru-paru sihat dengan paru-paru dengan pneumonia

Jangkitan di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Pneumonia adalah jangkitan kuman di tisu paru-paru. Ia adalah jangkitan virus atau bakteria streptococcus (S.).

Pneumonia yang biasa menyerang di kalangan kanak-kanak dan orang-orang tua. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan.
Jangkitan kuman ini melibatkan keadaan yang tidak serius sehinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa. Dianggarkan seorang bayi meninggal dunia setiap minit di seluruh dunia akibat jangkitan ini.
Antara simptom yang dialami pesakit adalah:
  • Demam panas
  • Batuk dengan atau tanpa kahak [Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru)
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan
  • Rasa tidak sihat, sering merengek
  • Pernafasan laju atau susah bernafas
  • Muntah atau cirit birit

Otitis media (jangkitan tengah telinga)

Awas dengan simptom penyakit otitis media

Awas dengan simptom penyakit otitis media

Otitis Media adalah masalah perubatan berkaitann peradangan pada telinga tengah. Telinga tengah adalah bahagian sebelah dalam dari telinga yang terletak antara gendang telinga dan telinga dalam. Penyebab penyakit ini adalah virus dan bakteria, contoh bakteria Streptococcus pneumoniae (Pneumokokus).
Simptom yang dialami pesakit adalah:
  • Gatal telinga
  • Demam
  • Selalu menarik telinga

Cara Melindungi Daripada Penyakit Pneumococcal

Kalau ikutkan vaksin, saya ikut semua jadual yang kerajaan berikan. Sampai masa saya hantar anak saya ambil vaksin, memang saya ikut jadual, alhamdulillah. Vaksin pneumococcal pula adalah vaksin tambahan yang saya ambil. Ikutkan doktor, ada doktor kata tidak perlu sekiranya anak-anak kita tinggal di rumah.

Pengambilan vaksin pneumococcal lebih penting sekiranya anak anda tinggal di taska atau rumah pengasuh yang ramai orang, sebab senang berjangkit bila bersesak-sesak. Tetapi bila saya fikirkan budak 9 tahun yang sepatutnya punyai sistem imun yang telah kuat, pun boleh kalah dengan kuman ini, saya memang tidak fikir lebih. Terus bincang dengan suami, dan pejam mata bayarlah bilnya.

Lagi pun masalah negara kita sekarang pendatang asing terlalu ramai, jadi banyak penyakit senang menular. Walaupun anak kita tinggal di rumah dan bersekolah seperti biasa, mereka tetap bersosial apabila kita bawa mereka keluar di hujung minggu.

1. Vaksinkan Anak-anak anda

Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit pneumococcal ialah melalui vaksinasi. Kini terdapat 2 jenis vaksin pneumococcal untuk kanak-kanak iaitu:
  1. Pneumoccocal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV10)(Synflorix) – melindungi kanak-kanak dari 10 jenis bakteria pneumokokus.
  2. Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV13) (Prevenar) – melindungi kanak-kanak dari 13 jenis bakteria pneumokokus.

Vaksin Pneumococcal ini boleh diberi bermula seawal usia 2 bulan. Maklumat lanjut pemberian vaksin adalah seperti berikut:

  • Umur Sebelum 6 bulan – 4 kali suntikan (selang 2 bulan setiap satu suntikan) sehingga umur 12 bulan
  • Umur Selepas 6 bulan – 3 kali suntikan sehingga umur 12 bulan
  • Umur Selepas 2 tahun – 1 @ 2 kali suntikan

2. Tingkatkan Sistem Imun Anak Anda

Selain ambil vaksin, saya juga bantu anak-anak tingkatkan sistem imun mereka dengan pengambilan pemakanan berkhasiat dan suplemen. Makanan berkhasiat memang kita sediakan, tetapi anak-anak tetaplah kanak-kanak kan. Bukan hendak makan sayuran sangat pun. Jadi di sini pengambilan suplemen sangat penting.

Set Kesihatan Kanak-kanak untuk perlindungan dan nutrisi kesihatan yang menyeluruh

Set Kesihatan Kanak-kanak untuk perlindungan dan nutrisi kesihatan yang menyeluruh

Antara suplemen yang saya pastikan mereka ambil setiap hari adalah:

Nampak macam banyak, kan, tetapi sebenarnya bukan ketiga-tiga mereka ambil kesemua itu.

  1. Anak sulung: Vitalea FC, Omega, Performance Drink dan Lecithin. Ini memang ambil hari-hari. Vitamin C dan Nutriferon kalau masa tidak sihat.
  2. Anak kedua: Vitalea FC, Omega Guard. Nutriferon seminggu sekali. Mealshake tengok mood dia. Tingkatkan Nutriferon jika tidak sihat.
  3. Baby 1 tahun: Vitalea FC, Mealshake, Vitamin C Chewable, Performance Drink. Ini memang ambil hari-hari. Manakala Nutriferon, Omega diambil selang sehari atau selang 2 hari.

Tengok anak-anak juga, ada yang suka, ada yang tidak suka. Tapi so far memang Vitalea FC dan Omega Guard semua mereka memang ambil. Ini minimalah. Sekarang ini bila saya tahu kebaikan Performance Drink, memang saya masukkan dalam pengambilan harian mereka, terutama sekarang ini cuaca panas.

Suplemen lain banyak saya tuliskan dalam posting terdahulu, saya ingin kongsikan sedikit tentang Performance Drink.

Performance Drink Bantu Atasi Demam dan Elakkan Sawan

Satu perkara yang perlu kita jaga masa anak kita demam adalah pastikan suhu tidak tinggi dan pastikan mereka tidak terhidrat. Bila anak-anak terhidrat, oksigen tidak naik ke otak, inilah penyebab sawan dan boleh jadi juga masalah buah pinggang.

Minuman isotonik tanpa gas dan gula membantu mengelakkan dehidrasi dan memberikan kesegaran kepada tubuh

Minuman isotonik tanpa gas dan gula membantu mengelakkan dehidrasi dan memberikan kesegaran kepada tubuh

Mengapa Performance Drink sangat istimewa?

  • Kandungan gula yang terdapat dalam Performance Drink adalah kurang berbanding minuman lain.
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.
  • Performance Drink dapat membantu memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot.
  • Mempunyai lebih 67 % otot glikogen (sumber tenaga).

Kenapa fungsi elektrolit dalam tubuh yang seimbang adalah penting

Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yang digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan. Antara elektrolit utama dalam badan adalah:
  • Sodium ion
  • Chloride ion
  • Magnesium ion
  • Calsium Ion
  • Potassium ion
Keterangan lanjut berkenaan elektrolit

Keterangan lanjut berkenaan elektrolit

Kalau nak tahu, minuman elektrolit adalah penting untuk tubuh kita kerana jika kandungan elektrolit tidak seimbang dalam badan atau terganggu, ia boleh membawa maut. Sebab itu, jika seseorang mengalami terhidrat, ini bermaksud elektrolit dalam badannya telah terganggu. Inilah yang boleh menyebabkan sawan dan maut.

Anak-anak saya ini kalau kita beri sesuatu yang berbeza, memang mudah betul mereka menolak. Pernah juga mereka tidak suka performance drink, tapi apa saya buat adalah saya campurkan Sunquick sekali. Adakalanya saya buat campuran Performance Drink dan Teh o, jadilah Teh Ais Lemon, ala-ala. Jadi bolehlah mereka terimanya. Jadi ibu kena bijakkan.

Kesimpulan

Ibu yang bijak, jom kita lindungi anak-anak kita. Sayangilah mereka dan lindungilah mereka. Ayuh amalkan sama-sama vaksin dan suplemen yang saya cadangkan di atas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)