Pengguna Shaklee Paling Rendah Risiko Diabetes / Kencing Manis
Baru-baru ini viral berkenaan kisah seorang wanita pesakit diabetes yang meninggal dunia akibat pengambilan daun rerama dan meninggalkan ubat doktor. Seorang doktor telah menulis kisah wanita itu.
Ini adalah salah satu daripada banyak lagi kisah rakyat negara ini yang suka ambil suplemen dan meninggalkan rawatan doktor. Akibatnya sangat besar hingga melibatkan nyawa melayang.
Shaklee pula bagaimana? Ramai juga bertanya berkenaan ini, tapi tahukah anda Shaklee sangat berbeza berbanding suplemen lain?
BACA: 16Â Perkara Shaklee Difference Atau Perbezaan Shaklee
Jemput tonton video dibawah berkenaan Shaklee.
Ciri-ciri Vivix Membantu Sokongan Diabetes / Kencing Manis
Artikel ini saya fokuskan berkenaan Vivix untuk diabetes atau kencing manis. Apakah ciri-ciri pada Vivix hingga ia selamat dan berkesan sebagai sokongan kepada penyakit diabetes atau kencing manis?
Sebelum itu, elok kita lihat semula ciri-ciri suplemen yang disebut oleh Dr Rafidah dalam artikel tersebut:
Ada 4 ciri-ciri patofisiologi yang perlu dilihat sebelum anda mengambil apa-apa suplemen untuk sokongan penyakit diabetes atau kencing manis:
- Adakah ianya mengandungi insulin atau menambah sel beta di pankreas untuk menghasilkan insulin?
- Adakah ia meningkatkan penghasilan insulin (seperti ubat sulphonylurea contoh Gliclazide iaitu sejenis ubat diabetes).
- Adakah ia mengurangkan penghasilan gula oleh hepar seperti Biguanide (contoh Metformin)?
- Adakah ia meningkatkan sensitiviti sel-sel kita kepada insulin seperti Thiazolidinozeones (contoh glitazones – sejenis ubat diabetes)?
Jadi bagaimana dengan Vivix? Adakah Vivix dapat membantu penyakit kencing manis atau diabetes mengikut patofisiologi yang disebut doktor diatas?
1. Resveratrol memperbaiki penghasilan insulin
Dalam kajian klinikal yang diterbitkan oleh British Journal Of Nutrition menyebut pengambilan resveratrol oleh pesakit diabetes telah membantu mengurangkan paras gula dengan cara:
- Memperbaiki penghasilan insulin
- Memperlahankan peningkatan glukosa selepas ujian makan
2. Meningkatkan sensistiviti tubuh terhadap hormon insulin
Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, diabetes/kencing manis dapat dihentikan.
Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.
Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh NCBI, menyatakan resveratrol dengan ketara telah menurunkan rintangan insulin. Kajian ini menunjukkan buat kali pertama bahawa resveratrol meningkatkan sensitiviti insulin pada manusia.
3. Resveratrol Meningkatkan Fungsi Sel Beta Pankreas
Pankreas adalah organ pada sistem pencernaan yang memiliki dua fungsi utama: menghasilkan enzim pencernaan serta beberapa hormon penting. Salah satu hormon ini adalah hormon insulin yang dihasilkan daripada sel beta dalam pankreas.
Dalam kajian yang dibuat pada tahun 2014 dan diterbitkan oleh NCBI, menunjukkan rawatan dengan resveratrol membantu merencatkan membawa kepada peningkatan aktiviti dalam β-sel pankreas yang berfungsi menghasilkan hormon insulin.
4. Resveratrol Mengurangkan Penghasilan Gula Oleh Hati (hepar)
Satu kajian dilakukan pada tahun lalu (2016) diterbitkan juga oleh NCBI, para saintis mendapati resveratrol dapat membantu mengurangkan fungsi GLUT2 (glocose-transporter 2Â protein) yang sekaligus membantu mengurangkan penghasilan gula oleh hati.
Selain daripada kaedah di atas, resveratrol juga membantu memperbaiki penyakit diabetes / kencing manis dengan 5Â cara berikut:
- Mengawal kepekatan gula dalam darah
- Mengaktifkan enzim SIRT1
- Menggalakkan Penyembuhan Luka Dengan Cepat
- Memperlahankan Pembentukan Protein AGE
- Membantu tingkatkan tenaga, atasi kelesuan
Kajian Klinikal Pengguna Shaklee:Â Risiko Rendah Mendapat Diabetes / Kencing Manis
Tahukah anda, melalui Landmark Study yang diadakan 5 tahun lalu telah menunjukkan pengguna Shaklee adalah 4 kali lebih rendah risiko mendapat penyakit diabetes / kencing manis. Hal ini dinyatakan melalui graf berikut:
Kajian ini menyatakan dengan jelas:
- Pengguna suplemen lain mempunyai 11.1% lebih tinggi insiden mendapat penyakit diabetes / kencing manis
- Pengguna tanpa suplemen pula mempunyai 8.5% lebih tinggi insiden mendapat penyakit diabetes / kencing manis
- Pengguna Shaklee pula hanya 2.9% di mana 4x lebih rendah mendapat insiden penyakit diabetes / kencing manis
Testimoni Vivix Membantu Menyokong Pesakit Diabetes / Kencing Manis
Orang kata tidak lengkaplah fakta tanpa testimoni. Namun untuk membaca testimoni pengguna diabetes / kencing manis, anda boleh klik pada link di bawah:
- Pesakit 30 tahun diabetes sihat dengan ambil Vivix
- 2 Tahun Ambil Vivix Untuk Masalah Diabetes
- Luka Diabetes Pulih Dengan Vivix
- Vivix bantu rawati masalah Diabetes dan buah pinggang
Kesimpulan
Ada banyak sebab anda harus mencuba Shaklee dan Vivix terutamanya untuk membantu meningkatkan kesihatan anda dan sokongan kepada penyakit anda. Ini kerana:
- Shaklee mempunyai kajian klinikal terhadap semua ramuan dan produknya
- Shaklee mempunyai landmark study yang disokong data saintifik
Selain itu, kajian klinikal juga sangat banyak terhadap fungsi Vivix terutama untuk sokongan penyakit diabetes / kencing manis iaitu dari segi:
- Resveratrol memperbaiki penghasilan insulin
- Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin
- Resveratrol Meningkatkan Fungsi Sel Beta Pankreas
- Resveratrol Mengurangkan Penghasilan Gula Oleh Hati (hepar)
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
produk shaklee memang diakui membantu menyembuhkan penyakit..
riangria recently posted…Kisah Inspirasi Jutawan OKU – Khairul Nizam Wasidin Menghasilkan Jualan Jutaan Ringgit Setahun
alhamdulilah benda baik kita sebarkan
baguslah reputasi yang begitu baik begini berkenaan shaklee..
akan meningkatkan keyakinan pada pelanggan
Hero Borneo recently posted…Demi Ukhuwah Blogwalking Tetap Diteruskan
betul, kena jaga kayakinan pengguna
Harus ubah gaya hidup dan mengambil suplemen yg perlu.
Mencegah lebih baik dari mengubat.
Fidah Shah recently posted…Apa Ada Dengan 24 April
haa betul tu. kena ada kesedaran
mudah2an yang baca entry ni bolehlah consume shaklee demi kesihatan eps yg dah ada tanda2 diabetes tu
anies recently posted…Köln | Köln-Zentrum sehr zentral, 61 qm
semoga membantu mereka