Call nowWhatsapp

Kami sekeluarga telah selamat pindah ke rumah baru hampir 2 minggu lalu. Bagaimanapun disebabkan keadaan saya yang sarat (kini 8 bulan lebih), tidaklah semua barang telah dipindahkan ke rumah baru. Ada sebahagian lagi masih di rumah mak.

Kebiasaan rumah baru, bilik kami pun takde barang kelengkapan penuh lagi. Hanya peralatan asas sahaja seperti katil, tilam, almari dan bed side table kecil. Lain-lain masih lagi dalam kotak atau belum dibeli.

Saya pernah perasan pintu master bedroom macam ada faulty, sebab kuncinya masih tenggelam meskipun telah dibuka. Suami pun betulkannya, saya ingat oklah.

Tup tup bangun pagi 3 hari lalu pintu jem, tak boleh dibuka langsung. Saya dah panic. Semua kami dalam tu termasuk anak-anak. Mujurlah anak-anak tengah tidur lagi.

Takde peralatan sesuai dalam bilik yang nak dicungkil ke tepi pintu. Kunci rumah semua ada di bawah, satu pun saya tak tinggalkan pada mak. Jadi nak suruh sapa-sapa datang buka pun, main door pun mereka mesti tak dapat masuk.

Harapan adalah dengan telefon bomba. Tapi belum sempat telefon, lepas 30 minit berusaha, akhirnya Berjaya juga suami buka pintu.

Berjaya sebab menggunakan plastic keras yang asalnya daripada plastic baju baru suami. Mujurlah ada juga benda yang boleh digunakan.

Jadi lessons learnt:

  • Segugus kunci perlu di simpan di rumah mak in case of emergency.
  • Semua kunci keperluan perlu senang dicapai.
  • Gunakan kunci yang berkualiti, yang murah-murah kebiasaannya mudah rosak.

Anda pernah berlaku perkara seumpama? Boleh share sini pengalaman anda.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)