Lama dah saya hendak buat saringan kesihatan sebenarnya, terutama ujian darah. Sebabnya saya dapat voucher saringan kesihatan daripada syarikat takaful yang saya dapat tahun lalu. Tarikh luput voucher pula dalam Jun 2016. Kebetulan ada masa minggu lepas (Isnin), jadi saya pun serah diri ke lab.
Apakah Saringan Kesihatan
Bila anda sudah buat keputusan hendak membuat saringan kesihatan, pastikan anda tahu farmasi mana dan apakah yang mereka sediakan. Saringan kesihatan dibuat untuk kita mengesan kewujudan tanda-tanda awal penyakit kronik.
Ramai orang takut hendak menjalani saringan kesihatan, bimbang jika keputusan menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Ini anggapan yang silap kerana jika penyakit dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh jauh lebih baik kerana negara kita mempunyai sistem rawatan yang terbaik dan moden.
Jika dikesan awal, kos rawatan jauh lebih murah. Jangan biarkan kebimbangan ini menjadi penghalang. Kos saringan kesihatan juga tidak mahal dan anggaplah ia pelaburan yang bermanfaat, terutama untuk mengecap kehidupan lebih baik
Selain daripada sebab di atas, saya buat saringan kesihatan ini juga untuk mengetahui keberkesanan suplemen dan vitamin yang saya ambil selama 4 tahun ini.
Ada beberapa jenis saringan kesihatan iaitu
- Ujian tekanan
- Ujian urin (air kencing)
- Ujian darah
- Ujian tambahan untuk wanita
- Ujian penanda kanser (cancer marker)
Apa maksud setiap saringan kesihatan?
1. Ujian Darah
Ia dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan , paras gula (glukosa), kandungan lipid (kolesterol), fungsi hati dan buah pinggang.
a. Kiraan Darah Keseluruhan
Dalam ujian ini, tiga perkara diukur iaitu
- Kiraan sel darah merah
- Sel darah putih
- Platelet.
Kepentingan ujian ini:
Untuk mengetahui kiraan sel darah merah (terutama hemoglobin) yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ dan badan
- Mengetahui risiko penyakit anemia (kurang darah)
- Mengetahui kiraan sel darah putih (sistem perlindungan badan untuk melawan jangkitan dan penyakit)
- Mengetahui kiraan platlet yang membantu proses pembekuan darah
Jika kiraan sel darah merah tinggi, bermakna seseorang itu mengalami jangkitan bakteria dan jika jumlahnya rendah, ia menandakan individu berkenaan mendapat jangkitan virus. Biasanya pesakit yang diserang demam denggi menunjukkan paras platelet yang rendah.
b. Paras gula (glukos)
Ujian ini untuk menentukan paras gula anda sekiranya berisiko atau tidak mendapat diabetes atau kencing manis.
Untuk ujian ini anda perlu berpuasa selama 10 jam bermula dari jam 10 malam.
- Normal sekiranya paras gula dalam darah adalah kurang daripada 5.6 milimol/liter
- Menghidap kencing manis / diabetes sekiranya keputusan anda menunjukkan lebih 7 milimol/liter
- Paras antara 5.6 hingga 6.9 menunjukkan seseorang itu berisiko dan berpotensi mendapat kencing manis dalam masa terdekat jika langkah penjagaan tidak diambil segera.
c. Profil kolesterol
Ujian ini juga memerlukan anda berpuasa 10 jam. Ujian ini untuk menentukan tahap kolestrol dalam badan anda. Empat perkara diukur dalam ujian ini iaitu:
- Paras kolesterol keseluruhan
- Paras HDL
- Paras LDL
- Ukuran trigeliserida
Selepas mendapat keputusan, bolehlah berbincang dengan doktor anda tentang kedudukan kesihatan ada. Sebabnya paras kolestrol ini walaupun ada benchmark, tetapi ia akan berbeza sekiranya anda penghidap kencing manis atau sakit jantung.
d. Ujian fungsi hati
Antara perkara yang diperhatikan dalam ujian ini ialah paras protein (albumin), bilirubin dan beberapa enzim hati seperti ALT, AST dan GGT. Paras bilirubin diukur untuk mengetahui seseorang itu mempunyai cukup ‘bahan’ untuk menghasilkan sel darah baru.
Paras enzim hati akan meningkat jika seseorang itu mengalami jangkitan virus Hepatitis A, B dan C; minum banyak minuman beralkohol, pengambilan ubat dan masalah hati berlemak.
Masalah hati berlemak perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati. Empat faktor boleh menyebabkan masalah hati berlemak iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan berlebihan berat badan atau obesiti. Ia menjadi masalah di seluruh dunia, termasuk di negara kita, dengan peningkatan jumlah penduduk yang gemuk dan terlalu gemuk, termasuk di kalangan kanak-kanak.
e. Fungsi buah pinggang (Profil renal)
Dalam ujian fungsi buah pinggang, beberapa perkara menjadi ukuran. Antaranya
- Ukuran elektrolit (garam galian darah) seperti sodium, potassium, klorida, kalsium dan fosfat akan diambil. Ia untuk menentukan seseorang itu mempunyai cukup garam galian dalam badan.
- Ujian kehadiran urea dan kreatinin untuk mengetahui fungsi penapisan yang dilakukan buah pinggang.
Kemerosotan buah pinggang adalah perkara serius kerana peningkatan paras kreatinin daripada 130 ke 800 milimol/liter boleh berlaku dalam masa singkat. Tanpa penjagaan rapi, dalam masa beberapa tahun kerosakan buah pinggang sepenuhnya boleh berlaku.
Dua punca boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang iaitu kencing manis dan tekanan darah tinggi. Hampir 90 peratus kerosakan buah pinggang disebabkan dua penyakit ini, manakala 10 peratus lagi berpunca daripada masalah buah pinggang itu sendiri.
2. Ujian Air Kencing
Ujian air kencing dibuat untuk menentukan penyakit kencing manis adalah sangat tidak tepat. Sebaliknya, ujian air kencing digunakan bagi mengukur tiga elemen iaitu:
- Kehadiran protein (albumin) yang menandakan penyakit atau kerosakan buah pinggang. Kehadiran protein menunjukkan buah pinggang seseorang itu menjalani proses kerosakan yang berterusan.
- Kehadiran darah dalam air kencing. Ia memberi petanda seseorang itu mempunyai masalah batu karang, penyakit atau kanser buah pinggang atau kanser pada saluran kencing. Kadangkala penyelidik boleh mengesan kehadiran kristal dalam air kencing yang menandakan jenis batu karang dihidapi pesakit.
Seseorang itu mengalami jangkitan saluran kencing jika air kencingnya berdasarkan kiraan sel darah merah dan nilai asid nitrik.
3. Ujian Tekanan
Ia terbahagi kepada ukuran elektrokardiogram (ECG) ketika rehat, ECG bersenam dan ujian sinar-x dada.
- ECG bertujuan mengesan degupan jantung yang tidak normal.
- ECG bersenam dilakukan untuk mengesan jika ada berlaku kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari (iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung).
- Ujian sinar-X pula untuk melihat kehadiran penyakit pada paru-paru, jantung dan tulang rusuk. Ia juga untuk melihat ketidaknormalan bentuk dan saiz jantung; sebarang perubahan pada paru-paru, kehadiran cecair atau keradangan paru-paru.
4. Ujian tambahan bagi wanita
Untuk wanita, ada dua lagi ujian tambahan yang ‘wajib’ iaitu imbasan bunyi (bagi wanita di bawah 40 tahun) atau mamogram (untuk wanita melebihi 40 tahun) bagi mengesan kanser payudara. Mereka juga perlu menjalani ujian lumuran pap (pap smear) untuk mengesan kanser serviks.
5. Ujian Penanda Kanser
Walaupun ketepatan ujian ini masih diperdebatkan, tahap ketepatan ujian ini adalah di sekitar 80%. Bagaimanapun, ada yang tepat terutama untuk kanser usus, pankreas, hati, uterus, prostat dan ovari. Bincang dengan doktor anda sama ada ujian saringan penanda kanser ini perlu atau tidak.
Tips Saringan Kesihatan
Banyak farmasi turut membuat saringan kesihatan, bukan sahaja di Pathlab. Pathlab saya pilih sebab memang sudah ada voucher. Saya tambah penanda kanser (cancer marker) sahaja. Jadi saringan kesihatan saya lebih tertumpu kepada ujian darah, ujian air kencing dan ujian penanda kanser sahaja.
Untuk ujian tekanan dan ujian tambahan wanita insyaAllah boleh buat kemudian.
Sebelum menghadiri saringan kesihatan, ada beberapa tips yang anda perlu tahu:
- Puasa. Pastikan anda berpuasa sekurang-kurangnya 10 jam sebelum anda membuat saringan. Contohnya dari 10 malam. Anda hanya boleh minum air kosong sahaja. Ini kerana ada beberapa ujian yang memerlukan anda berpuasa.
- Berpakaian selesa. Berpakaianlah dengan selesa. Anda perlu tahu darah diambil daripada lengan anda. Jadi pakai pakaian yang memudahkan anda dalam hal ini.
- Masa yang sesuai. Pilih masa yang sesuai untuk membuat ujian ini. Bagi wanita, pastikan sekurang-kurangnya 5 hari selepas hari akhir haid.
- Dokumen. Pastikan anda membawa kad pengenalan anda.
Pengalaman dan Keputusan Saringan Kesihatan 2016
Tahun lalu saya ada buat juga ujian saringan kesihatan yang dibayar oleh syarikat takaful. Saya tak pasti mana saya letak, nanti saya hendak cari untuk buat penilaian. Untuk saringan kesihatan tahun ini, berikut adalah analisa:
1. Ujian Darah
- Kiraan Darah Keseluruhan: WBC 6, HB 13, Platlet 309. Alhamdulillah semuanya normal.
- Tahap Glukos (puasa): 4.4
- Profil Kolestrol: LDL 3.6, HDL 1.23, trigeliserida 0.7. Paras LDL sedikit tinggi (normal bawah 2.6). Tapi kata doktor kolestrol saya ok.
- Fungsi Hati: Total protein semua normal
- Fungsi Buah Pinggang: Asid uric, urea dan kretanin pun alhamdulillah normal
2. Ujian Urin
Bagi ujian urin pun alhamdulillah semuanya menunjukkan paras normal. Ujian urin saya failed sikit sebab saya buat masa saya masih haid (hujung). Jadi itulah yang jadi murky (keruh). Agak tidak tepatlah ujian urin saya ini.
3. Ujian penanda kanser
Bagi ujian ini saya hanya fokus kepada ujian penanda kanser untuk:
- Kanser payudara
- Kanser Serviks
- Kanser usus
- Kanser perut
Alhamdulillah kesemuanya menunjukkan risiko yang rendah.
Kesimpulan Hasil Saringan Kesihatan
Sebenarnya ini kali kedua saya buat saringan kesihatan. Keputusan tahun lepas saya tidak ingat, nanti sudah jumpa saya akan kongsikan dengan anda di sini.
Latar belakang saya, sebenarnya saya dikategorikan sebagai berisiko tinggi, sebab
- Darah tinggi dan sakit jantung: ayah saya ada penyakit ini.
- Diabetes dan kencing manis: kedua-dua mama dan abah memang ada diabetes. Selain itu saya pernah alami GDM semasa mengandung anak pertama dan kedua. Kata doktor sekiranya kita alami GDM, tinggi risiko untuk kita mendapat diabetes selepas umur 40 tahun.
- Kanser: saya ada pakcik (telah meninggal dunia) menghidap kanser peparu (kerana perokok tegar).
- Saya berlebihan berat badan. Banyak penyakit yang saya berisiko disebabkan ini.
- Arthritis: mama saya penghidap.
- SLE: kakak saya penghidap.
Banyak risiko saya kan? Sebab itulah saya memang pulun jaga kesihatan, alhamdulillah saya jumpa Shaklee masa kesihatan saya teruk juga 4 tahun lalu (saya batuk selama 1 tahun!).
Hasil saringan kesihatan ini menggembirakan saya walaupun ada lekat sikit pada LDL kolestrol saya. Apa yang saya boleh rumuskan adalah:
- Saya memang tidak ambil Phytocol-ST (suplemen untuk kolestrol), nampak gayanya saya kena tambah dalam senarai suplemen wajib saya.
- Selain itu saya perlu lebih gigih turunkan berat badan.
- Keputusan ini juga menunjukkan suplemen Shaklee yang saya ambil selama 4 tahun ini memberikan kesihatan yang baik untuk saya. Berkesan.
- Ini juga menunjukkan suplemen Shaklee tidak memberikan kesan negatif kepada tubuh. Selamat dan semulajadi.
Itu sahaja hendak cakap. Saya gembira.
Seeloknya buatlah saringan kesihatan ini, sekurang-kurangnya setahun sekali. Kos pun tidak mahal mana, saya hanya tambah rm100 untuk ujian penanda kanser. Yang asas saya tidak pasti pula. Mungkin anda boleh google atau dapatkan maklumat di farmasi atau klinik berdekatan.
Ujian tekanan dan sinar x pun khabarnya tidak mahal pun, sekitar rm100++. InsyaAllah lepas saya buat saya kongsikan disini.
Lagipun bagi anda yang ada membayar cukai, terdapat pelepasan cukai RM500 bagi ujian saringan kesihatan. Jadi saya nasihatkan, buatlah setiap tahun. Sekurang-kurangnya kalau ada tanda-tanda penyakit anda lebih bersedia dan peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Kakak pun setiap tahun buat Hana apa lagi kakak dah tua ni
Bila dah tahu senang mana yg patut dibuat dan dihindarkan.
Kakzakie Purvit recently posted…Seketika berada di ATM
betul tu kakzakie
Bagus kakzakie buat saringan ni setiap tahun bagi menjaga kesihatan.
Upin Zai recently posted…Gagal Dengan Jobdirumah
betul2 betul
Umur saya sekarang ni dalam 36 tahun… Bagi pekerja di sektro kerajaan, sewaktu umur 40 tahun diwajibkan untuk membuat saringan kesihatan… Jadi, mulai dari sekarang, kena jaga pemakanan dan kesihatan tubuh badan..
Anuar recently posted…Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
alhamdulillah semoga terus diberikan kesihatan yang baik
WAH DAH JALANI SARINGAN KESIHATAN N HASILNYA MEMUASKAN…BAGUS SGT TU..
kak PI pun jangan lupa buat periksa kesihatan ya
Ujian kesihatan macam ni penting dan perlu supaya kita dapat tahu tahap kesihatan kita semasa
Khairul Zamri recently posted…Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan
jangan lupa tuan pun kena buat checkup juga ya
tidak dinafikan peningkatan umur akan berisiko untuk mendapat penyakit kronik sekiranya tiada langkah pencegahan ..
pemeriksaan kesihatan amat perlu
mrhanafi recently posted…Daftar Wafy Mobile Dapat Kredit Percuma RM100
tuan hanafi jangan lupa buat juga periksa kesihatan ya.
Tahniah, anda sihat!
Hehe, bersyukur kan kalau badan kita sihat?
Noriza Rahman recently posted…DIET Pemakanan Semasa Proses Detoks Parasit
syukur sangat MV, saya ni banyak risiko. alhamdulillah
Sayalah antara yang takut nak buat ujian saringan tu. Setiap kali nak buat, macam-macam dalam fikiran kerana kalau ikut sejarah keluarga, memang semua penyakit berisiko tu ada!
Wah, betul ke Raihanah pernah ke batuk sampai setahun? Saya ni dah dekat empat minggu tau kena batuk tapi kering aje. Macam-macam ubat batuk dah telan, petua lelama pun saya dah cuba tapi masih tak kurang-kurang juga!
Mummydearie recently posted…Cerita makan dan Ilham Nasi Kukus
saya dulu memang takut juga nak buat test tu MD. sehinggalah saya ambil Shaklee dan saya rasa saya sihat. Barulah rasa berani nak pi test tu. tapi sebenarnya seeloknya kita test sekali setahun.
Pasal batuk, haa memang pernah sampai setahun. Orang kata ada batuk 100 hari, jadi saya tunggulah. Tunggu punya tunggu, dah masuk setahun rupanya. Dan memang saya cuba macam2 ubat doktor termasuk petua (melayu, india, cina, arab, mat saleh).. hilang punca saya jadinya. Alhamdulillah berjaya berubat. Sebenarnya kurang nutrisi menyebabkan penyakit kita ni disamping serangan virus semua. Badan tak kuat, kena pulak serangan virus. Itu yang jadi susah nak baik. Keypoint nya adalah badan cukup nutrisi, sistem imun kuat insyAllah senang nak baik daripada sakit.
Kalau kesihatan baik, keputusan lepas test bagus sehingga di beritahu sihat seperti remaja walau umur lebih. Yang takut bila sebaliknya nauzubilah.
bp recently posted…crita waktu petang hampir maghrib
sebab itu bagus buat checkup ni puan
Frankly speaking, sejak saya berhenti kerja saya tak buat check up apa-apa pun sampai sekarang. Alhamdulillah setakat ini tidak ada penyakit yang teruk kecuali demam biasa saja. Walaupun sebenarnya penting tapi takut bila dah pergi check up tiba tiba ada penyakit pulak hu hu… Yang buat check up tu saya memang respect .
rahimah majid recently posted…Jom Lihat 9 Tempat Menarik Di Beijing
kalau tak checkup lagi susah sebenarnya kak. saya memang target dulu nak jaga kesihatan sebelum masuk 40 tahun. alhamdulillah kesihatan pada tahap terbaik sekarang ni
Kalau selalu derma darah dapat pemeriksaan kesihatan percuma.
akubiomed recently posted…Hanya 10 saat guna kalkulator impian untuk dapatkan rumah mampu milik
oo camtu ek, saya tak pernah derma darah jadi tak tahu. bolehlah jadi tips kepada orang lain
WAH BAGUS INFO KAT SINI. Saya tiap2 tahun buat checkup utk worksite, tapi tak pernah ambil tahu itu ini. Yg tahu, asalkan PASS je..hehehe
JMR recently posted…Cara Urus Duit Raya Anak ?
hahah, kalau pas semua okla kan