Call nowWhatsapp

Pengalaman Fotoshoot Untuk Bisnes

Baru-baru ini saya berpeluang mendapat pengalaman baru, iaitu sesi fotoshoot untuk bisnes. Macam tak percaya kena buat ini, maklumlah saya sebenarnya seorang yang pemalu juga.

Sebelum itu, Shaklee ada minta gambar profile bisnes saya. Tapi sebab terlalu tergesa-gesa maka saya bergambar di studio biasa sahaja bersama suami.

Untuk penggambaran white studio pula saya buat untuk tujuan branding.

Penggambaran saya buat di Bukit Antarabangsa, saya panggil beliau Efi, saya lupa studionya nama apa. Make up dan style pula saya ambil daripada sahabat saya, Puan Faeeiz.

5 Tips Untuk Persediaan Penggambaran

  1. Pilih jurugambar anda. Tidak semua jurugambar boleh buat untuk bisnes profile. Ada jurugambar hanya fokus pada perkahwinan, acara, alam semulajadi dan lain-lain.
  2. Tanya jurugambar jika beliau ada white studio. Jika tiada mohon beliau cadangkan, biasanya mereka ada mengenali kawan-kawan yang memiliki white studio.
  3. Make up dan style. Anda boleh buat sendiri sebenarnya. Namun anda juga boleh cari stylist yang akan membantu anda dari segi make up, berpakaian dan bagaimana bergambar di hadapan kamera. Saya bergambar cukup kaku, sebab itu saya ambil stylist bersama-sama saya.
  4. Pakaian. Pilih pakaian yang paling cantik anda ada untuk dipakai. Tudung pun pilih yang cantik dan terbaik. Silap saya adalah saya tidak bawa satu pun tudung sendiri, jadi pakai tudung yang di sediakan oleh stylist (which is not my type) sebenarnya. Akibatnya saya macam tidak suka sangat dengan gambar ini. Huhu. Tunggu tahun depanlah kalau nak bergambar lagi.
  5. Bawa aksesori terutama produk jika ada. Saya bawa killer produk saya sahaja iaitu Vivix dan ESP di samping memberkit terbaru Shaklee.

Itulah 5 tips daripada saya. Jom layan gambar-gambar. Saya malu hendak tayang gambar saya, sebab saya rasa tudung saya tidak kemas.

Persediaan penggambaran Bisnes Shaklee

Persediaan penggambaran Bisnes Shaklee

Lepas penggambaran, cuci muka dengan make up removal. 5 minit sahaja

Lepas penggambaran, cuci muka dengan make up removal. 5 minit sahaja

Be my next Super Star

Be my next Super Star

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)