Pengalaman berpantang dan menyusu dengan shaklee

By | 19 May 2014

Saya baru hendak menulis pengalaman sendiri dalam hal penyusuan anak. Alhamdulillah anak kedua saya kini pada umur 2 tahun 2 bulan masih menyusu. Cuma bukan ekslusif lagi.

 
Dalam tempoh 2 tahun ini macam-macam telah dihadapi:
 
1. Sukar mencari masa mengepam di pejabat sehingga bengkak susu. Bengkak susu ni sakit sangat, sapa yang pernah mengalami tentu tahu apa rasanya. Tetapi alhamdulillah tidak seteruk dulu.
 
2. Masalah nipple crack – saya alami selama sebulan sebaik sahaja selepas bersalin. Ini memang masalah saya dan telah dialami semasa anak sulung. Saya terima sebagai ujian untuk saya. Tetapi sebab ini kali kedua, tidaklah seteruk yang pertama dulu. Dan saya telah tahu bagaimana hendak mengendalikannya. 
 
3. Anak suka menyusu di payudara sebelah sahaja – anak kedua saya ini memang istimewa sikit, dia suka yang sebelah sahaja, yang sebelah tinggal. Alhamdulillah telah melaluinya dan kami baik-baik sahaja 🙂 
 
4. Masalah kurang susu – banyak sebab kurang susu ni, antaranya sebab stress atau sebab period. Hormon wanita bagi mengeluarkan susu adalah sama dengan hormon yang mengeluarkan period. Sebab itu apabila period, ibu akan mengalami masalah kurang susu. Namun jangan susah hati, kerana simptom ini bersifat sementara. Teruskan penyusuan dan susu anda akan kembali normal.
 
5. Peti sejuk tak muat. Ya, tak muat sebab banyak sangat simpan stok susu. Semasa berpantang saya boleh simpan 200 oz susu bagi keperluan anak saya. Susu ini banyak disimpan di dalam freezer rumah kami.
 
Apa yang saya perhatikan, anak kedua saya Alhamdulillah lebih sihat, jarang sakit dalam tempoh 2 tahun ini. Jika sakit dia cepat sembuh. Untuk memastikan ini ibu hendaklah pastikan tubuh ibu sihat dengan semua nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ini kerana bayi mendapat khasiat daripada ibu, melalui susu badan.
 
Dalam perjalanan saya melengkapkan projek penyusuan ini, anak kedua ini saya gunakan Set Bersalin / Penyusuan Shaklee. Alhamdulillah banyak membantu saya. Jemput baca entri saya awal dulu berkenaan perjalanan selama dalam tempoh berpantang http://vitamin-cerdik.com/2013/01/berpantang-dengan-shaklee.html
 
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge