National Convention Shaklee 2017 Sangat Best

By | 10 May 2017
Coach Shaklee Terbaik Raihanah Coordinator

Lambat pula saya nak update tentang program setahun sekali Shaklee ini iaitu National Convention Shaklee 2017. Sekali lagi saya berpeluang hadir ke program ini. Entah kenapa, bagi saya dah wajib untuk hadiri program besar begini lebih-lebih lagi sebagai pemenang anugerah.

Program besar Shaklee sebegini elok untuk dihadiri. Kalau dibuka kepada semua ahli, cubalah usahakan untuk hadir. Sebab apa? Sebabnya:

  • Dalam program ini kita tahu apa rancangan Shaklee untuk setahun akan datang
  • Shaklee mengiktiraf pencapaian pengedarnya bagi setahun yang lalu – ini disebut penerima anugerah
  • Dengar perkongsian leader-leader hebat tentang kejayaan mereka
  • Dapat banyak sangat free gift, best-best pulak tu
  • Dapat makan free – ni paling suka

National Convention Shaklee 2017 – Apa yang best

Ok jom saya cerita apa yang best:

1. Ketahui perancangan Shaklee untuk tempoh setahun

Biasalah bila program besar-besaran company, mesti ada perkhabaran apa rancangan syarikat untuk tempoh setahun. Selain ada ucapan CEO Shaklee Corporation, Mr Roger Barnett, Pengerusi Shaklee Malaysia, Helen Lam juga turut memberikan ucapan berkenaan rancangan syarikat. Antaranya:

  • Perpindahan Shaklee Home Office ke Sunway Geo dan aktiviti menarik sempena pembukaan barunya
  • Program-program menarik yang Shaklee akan perkenalkan untuk setahun ini
  • Insentif baru Shaklee kepada semua pengedar
Salah satu inisiatif Shaklee tahun ini adalah pembelajaran berterusan

Salah satu inisiatif Shaklee tahun ini adalah pembelajaran berterusan untuk pengedarnya

2. Anugerah kepada pencapaian pengedar Shaklee

Setahun sekali Shaklee akan menyampaikan anugerah kepada pencapaian selama setahun yang diraih pengedar Shaklee. Ada cara hendak skor kalau hendak menang anugerah. Shaklee juga tidak hadkan berapa bilangan anugerah kita boleh dapat, kalau kita berjaya capai, kita akan dapat. Ada leader yang dapat semua anugerah pun, termasuk menang RM50,000 sebagai milion dollar earner. Best kan?

Alhamdulillah untuk pencapaian setahun lalu, saya juga salah seorang penerima anugerah di bawah kategori Business Growth. Tolong doakan saya dapat menang sekurang-kurangnya 2 anugerah tahun depan.

Ambil anugerah sebagai Business Growth

Ambil anugerah sebagai Business Growth

3. Perkongsian daripada Master baru

Ada 5 perkongsian daripada master-master baru yang dilahirkan dalam tempoh 1 tahun lalu. Setiap seorang dapat berucap kira-kira 5 minit. Apa yang saya dapat simpulkan daripada perkongsian mereka ini:

Mereka (para master) berjaya disebabkan mereka fokus kepada bisnes Shaklee

  • Untuk berjaya, mereka juga melalui pelbagai ujian dan tekanan sebelum benar-benar berjaya di tempat mereka sekarang. Worth it kan perjalanan itu?
  • Sentiasa ikuti dan jaga etika dalam bisnes terutama berkenaan harga. Sebenarnya hanya wujud 2 harga sahaja iaitu harga pasaran dan harga ahli. Jika layak, belilah sebagai ahli. Kalau anda bukan ahli, kenalah beli dengan harga pasaran. Dengan cara ini pasaran akan terjaga, semua orang berbisnes secara adil.
  • Ambil tindakan untuk anda berjaya. Tiada kejayaan diukir hanya dengan angan-angan semata-mata.

Memang kuasa fokus adalah kuasa tindakan!

4. Makanan percuma!

Sebagai penerima anugerah, Shaklee belanja makan Hi Tea.

Selain tu, banyak booth yang demo cara buat smoothie dan sandwich sihat di mana kita boleh makan berapa pun kita nak. Best-best.

Hi Tea untuk semua pemenang anugerah disedikan. Kenyang perut

Hi Tea untuk semua pemenang anugerah disedikan. Kenyang perut

5. Booth dan demo

Macam-macam booth yang disediakan. Antaranya:

  • Demo penyediaan smoothie
  • Demo penyediaan sandwich Nutriferon
  • Demo penyediaan salad Detox
Demo penyediaan salad detox

Demo penyediaan salad detox

Demo penyediaan smoothie menggunakan Cinch Shake

Demo penyediaan smoothie menggunakan Cinch Shake

Bersama-sama grup Legasi Anugerah Terindah (LAT) di bawah Master Nur Zahirah

Bersama-sama grup Legasi Anugerah Terindah (LAT) di bawah Master Nur Zahirah

Penutup

Bagi yang belum pernah hadir, boleh usahakan hadir untuk tahun hadapan. Seronok jumpa kawan-kawan seperjuangan di samping tambah maklumat dan motivasi untuk sama-sama berjaya.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

14 thoughts on “National Convention Shaklee 2017 Sangat Best

Leave a Reply to siti hazreen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge