Alhamdulillah, pagi yang bermotivasi ini saya ingin kongsikan satu lagi cabang dalam D’Haizsa Wellness, iaitu Bekam Klinikal di daerah Gombak.
Bekam bukan satu kaedah rawatan yang asing lagi baik dikalangan orang Islam, orang berbangsa Cina mahupun orang Barat. Terdapat pelbagai jenis bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam urut dan bekam lintah dan pelbagai cara yang digunakan seperti tusukan dan torehan.
Semua kaedah sememangnya memberikan kesan kelegaan dan penyembuhan untuk pelbagai penyakit. Dalam siaran History Channel beberapa tahun lalu, tentang pencerobohan Jepun di negara Burma.Seorang veteran askar British telah menceritakan pengalamannya dalam peperangan itu dan di antaranya beliau diserang lintah. Namun katanya lagi beliau agak hairan kerana penglihatannya telah diperbaiki setelah itu.
Apakah Bekam Klinikal
Bekam Klinikal adalah tatacara berdasarkan kajian, pengamatan, pengalaman dan rujukan kepada sunnah
Nabi s.a.w dan Al-Quran. Bekam Kliniikal dipelopori oleh USM Kubang Kerian melalui kumpulan doktor pakar.
Apa Beza Bekam Tradisional dengan Bekam Klinikal
Ya memang ada bezanya. Bekam Klinikal kami menjalankan proses bekam seperti prosedur doktor merawat pesakit. Maknanya kami menggunakan peralatan perubatan dan menjalankan proses sterilized dengan betul.
Antara peralatan yang kami gunakan:
- Ubat steril
- Alkohol
- Iodin
- Peralatan bekam (cupping dll)
- Kapas
Standard peralatan perawatan, hygine dan bersih, terkawal dari penyakit berjangkit insyaALLAH. Penggunaan peralatan di atas adalah antara prosedur standard hospital semasa yang insyaAllah mencegah kuman dan penyakit pada peralatan bekam.
Mengapa Perlu Berbekam
Bekam merupakan amalan Rasulullah s.a.w justeru ia merupakan sunnah yang sebaiknya kita ikuti. Namun begitu bekam mempunyai manfaat yang banyak dari segi perubatan dan kesihatan.
Bekam mengeluarkan sel-sel darah yang telah mati, dan proses ini akan menggalakkan pembuatan sel baru yang sihat.
Bekam meningkatkan fungsi sel, organ dan sistem tubuh yang mana sudah lemah akan diperkuatkan, yang mana kurang akan ditambahkan, yang mana rosak akan diperbetulkan. Ia dapat mencegah pelbagai masalah dan penyakit kronik, dan kita tidak perlu membebankan tubuh dengan ubat-ubatan kimia dan sintetik yang banyak kesan sampingan dan mahal harganya.
Berbekam juga mampu menyelesaikan pelbagai gangguan kerohanian dan masalah emosi/psikologi.
Siapa Tidak Boleh Berbekam
Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka yang tidak boleh berbekam adalah:
Mempunyai masalah tekanan darah rendah
- Pesakit kudis
- Ibu mengandung
- Wanita ketika haid
- Mereka yang mempunyai masalah kulit yang serius
- Mereka yang dalam keadaan sangat letih, lapar atau sangat kenyang
- Pesakit kanser darah
- Pesakit penyakit berjangkit seperti denggi, kusta, malaria, demam campak dll.
- Wanita yang selalu keguguran
- Orang tua yang uzur
Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah
- Mata
- Telinga
- Hidung
- Mulut
- Alat kelamin
- Dubur
Bekam Klinikal Kini Di D’Haizsa Wellness Gombak
Buat masa ini kami hanya beroperasi di premis kami di Gombak, justeru bagi anda yang berminat untuk berbekam boleh hadir ke premis kami. Hubungi kami untuk alamat ya.
Satu lagi ialah, bekam ini hanya untuk lelaki sahaja buat masa ini, sebab juru bekam adalah lelaki, suami saya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Kalau dulu, agak kurang dengar orang cerita pasal bekam secara online ni… Sekarang ni masyarkat dah buka mata,yang bukan islam pun dah ada yang amalkan berbekam ni..
Junaidy Jaimi recently posted…Download Video Panduan Jana Pendapatan USD Affiliate Warrior +plus
bukan islam lebih advance sebenarnya
tak pernah lagi berbekam..insyaAllah nak try 1 hari nanti..
musadun recently posted…Tonton Video Gegar Vaganza Minggu Ke-5 Online 2015
kalau berdekatan gombak bolehlah datang ya
Bagus amalan berbekam ni, saya sekali dalam setahun akan buat bekam sunnah.
(makluman untuk bekam bg wanita boleh didapatkan di tempat saya pergi berbekam iaitu di Melaka ;
Yusmizi Naturopathic Center 012-3556736)
http://www.nazlee.com/2015/08/perubatan-naturopati-pertama-di-melaka.html
PCL recently posted…POPIA GORENG PCL
thanks info tu ya
saya tak penah juga berbekam
takut sebenarnya…takut sakit..hehe
Yana Yani recently posted…Melepaskan Gian Memancing
saya pun takut juga tapi kalau kanak2 pun boleh bekam, tak sakitlah tu sebenarnya kan
Takut sket dengan kaedah bekam nie…lagi2 tgk gelembung2 tue… 😀
Tp bagus rupanya bekam nie heh…nak try aa skali pasnie… 🙂
si bongkok recently posted…#Review JobDiRumah – Lagi Jimat Ke Kerja Dari Rumah Zaman Sekarang Nie
bekam ni selamat, kanak-kanak pun boleh bekam
saya masih takut untuk berbuat bekam..
mrhanafi recently posted…Siapa Pengamal Media Sosial Profesional
kanak2 pun boleh berbekam tuan, jangan takut ya
Satu soalan! (sambil angkat tangan)
Nak tanya kenapa mereka yang terlalu letih dan lapar tidak boleh berbekam?
Azmir Shah recently posted…Tips Pengurusan Kewangan Di Simposium Pengurusan Ringgit (SUPER) 2015
sebab bila bekam kita kehilangan darah sikit sebab proses buang darah kotor tu. jadi bila lapar atau terlalu letih takut boleh pengsan kalau buat bekam juga
Teringat arwah mama kalau pasal bekam ni..sebab arwah ada penyakit darah tinggi dan dialisis..tapi boleh plak org tu suruh berbekam..kan uzur tak boleh bekam..kesian arwah mak..seminggu terlantar sakit
Noriza Rahman recently posted…Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
haa mmg uzur tak boleh bekam, alfatihah untuk arwah mama MV
kelebihan berbekam memang dapat dinafikan..sangat bagus untuk membuang darah kotor
Hero Borneo recently posted…Rahsia Anak Blogger Dapat 5A Dalam UPSR
betul tu, badan pun lebih sihat
bagus kan kaedah bekam ni.. teringin juga nak buat…
sayang kat Sabah ni masih susah nak jumpa…
atie recently posted…Biskut apa ntah??
memang bagus sangat sebenarnya, sunnah yang ramai belum tahu dan berani nak buat
Saya pernah berbekam.. ringan rasa badan lepas tu..
Mus recently posted…Membeli Kelengkapan Sparring Taekwondo Secara Online
best kan rasanya
teringin nak dptkan servis bekam dgn sis…tapi jauh…maybe kalau ke umah mak cik area gombak..boleh dapatkan servis sis ana..hehe
cik tom recently posted…Cara hilangkan jerawat dalam masa 3 hari
boleh sis, nanti calling2 ya. kot la i boleh bagi percuma utk u review