Call nowWhatsapp

Bercinta betul nak update blog sekarang ni. Selalunya saya update blog jam 4pagi, tapi tengok time tidur sekarang macam liat je nak bangun. Saya kena usahakan balik bangun jam 4 pagi.

Ok posting first saya kali ni berkenaan menu bekal anak sekolah petang. Almaklum anak sulung baru masuk darjah 1, memang semua exsaited la.

Tapi bukan saya nak sangat buat bekal, tapi sebab memikirkan anak darjah 1 masih blur lagi kat sekolah, jadi saya sediakan bekal untuk dia. Dia hanya beli air sahaja, air bekalan pun ada, tapi biasalah budak-budak suka beli. Memang beza menu kantin sekolah kita berbanding sekolah luar negara. Kadang fikir juga, apalah nutrisi yang kanak-kanak ni dapat?

Menu Berkhasiat Sekolah Luar Negara

Menu Berkhasiat Sekolah Luar Negara

Antara menu yang saya fikirkan

  • Nugget/sosej
  • Burger / hotdog
  • Cekodok pisang / labu / manis
  • Apam polkadot mini
  • Benda-benda frozen – risoles, karipap, dll
  • Roti dan muffin
  • Mihun / macaroni / spegeti / nasi goring

So far bila bawa bekal memang habis la semuanya. Air bekal pun habis sama. Budak-budak sekolah memang camtu kot, lapar je memanjang.

Performance Drink Air bekal anak-anak

Performance Drink Air bekal anak-anak

Oh ya, saya juga pastikan nutrisi anak-anak lengkap dengan pengambilan suplemen untuk kanak-kanak, di antaranya:

Set Kanak-kanak Shaklee

Set Kanak-kanak Shaklee

Jadi tak susahlah hati mama kalau makan tak cukup zat, insyaAllah ikhtiar dengan Shaklee adalah jalan terbaik setakat ini.

Mama gojes semua cemana? Apa menu lagi yang sesuai untuk sekolah petang? Jom share sini k.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)