Call nowWhatsapp

Membentuk Mindset Kaya dan Memberi

membentuk mindset kaya dan memberi

Tulisan berikut adalah nukilan Puan Marhamah Rosli tentang membentuk mindset kaya dan memberi

Membentuk Mindset Kaya dan Memberi

Hari ini saya menginfaqkan tenaga untuk packing kurma. Seharian, dibantu seorang tim. Sejujurnya, saya belum mampu infaq dalam bentuk wang ringgit yang banyak seperti orang lain, namun alhamdulillah.

Tuan Puan, Infaq yang saya uruskan ini bukanlah duit saya sendiri. Namun hasil jemaah Tabung Subuh yang tidak putus-putus menjemput rahmat Allah dalam kehidupan mereka melalui infaq. Apabila sedar akan keupayaan saya yang belum mampu infaq banyak-banyak ni, maka saya infaq kan masa, tenaga, kepakaran saya dalam menguruskan infaq ini.

Semoga kita semua dapat mendidik Mindset KAYA & MEMBERI walau tanpa wang tunai. Bagaimana kita mahu membuktikan pada Allah bahawa kita layak menerima hujan rezekinya jika ketika belum kaya pun kita sudah kedekut?

Al-Baqarah 2:265

وَمَثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمُ ٱبْتِغَآءَ مَرْضَاتِ ٱللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍۭ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَـَٔاتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.”

Harta di sini bukan sekadar wang ringgit, tetapi apa sahaja yang ada pada diri kita sekarang! Walau belum banyak wang, namun jika Ada tenaga, infaq tenaga. Ada masa, infaq masa. Ada kepakaran, infaq kepakaran. Beringatlah kita bahawa masa, tenaga dan kepakaran atau apa sahaja yang ada pada kita statusnya adalah PINJAMAN.

Maka buktikan pada Allah walau kita tidak kaya wang, namun kita masih kaya nikmat – nikmat lain buktikan pada Allah bahawa ketika dalam susah dan senang, Mindset kita adalah Mindset kaya dan memberi, tanpa gagal! 

Kita sedang mengundang redha Allah dan membentuk jiwa yang kuat dengan menginfaq kan apa sahaja yang kita sedang pinjam daripada Allah.. Tanpa berkira! Tanpa risau ia akan berkurangan! ❤️❤️❤️

Bila sebut tentang pinjaman, maka ia akan dipertanggungjawabkan. Tentang ini, hari-hari kita ikrar kan. Namun tidak ramai yang menghayati ikrar penting ini.

Al-Fatihah 1:4

مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

“Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).”

Familiar ayat ini?

Siapa yang solat pasti familiar. Namun tidak semua yang solat menghayati benar-benar solatnya. Sampaikan ikrar penting begini tidak berjaya mengubah akhlaq kita mengikut Al-Quran.

Jika dihayati benar-benar ayat ini, ia merupakan 1 pengakuan, atau ikrar kita bahawa:

  • ALLAH Pemilik semua yang ada di langit dan di bumi
  • ALLAH memiliki semua isi dunia
  • ALLAH yang berkuasa sepenuhnya di akhirat nanti

Maka panduan dan peraturan hidup kita di dunia dan akhirat perlulah mengikut peraturan yang Allah tetapkan.

Bila sebut tentang Allah adalah pemilik seisi dunia dan yang berkuasa di akhirat, bermaksud, apa sahaja yang dipinjamkan pada kita di dunia ini adalah milik Allah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Mata, telinga, kaki, tangan, masa, wang, handphone, televisyen, elektrik, talian Internet, tenaga, nyawa, pakaian. Dan semua sekali akan dipersoalkan di akhirat nanti. “Pada jalan apa kita menggunakan semua pinjaman Allah ini? Apakah kita masukkan nilaian Allah dalam penggunaan semua pinjaman ini? “

Maka Tuan Puan, Sudah bersedia untuk menjawab perhitungan Allah di akhirat nanti? Mata digunakan untuk apa. Masa digunakan untuk apa. Telinga digunakan untuk apa. Keupayaan menulis dan membaca ini digunakan untuk apa.

Sanggup jawab depan Allah begini?

  • Mata ini aku gunakan untuk nonton drama Ya Allah
  • Mata ini aku gunakan untuk lihat perkara yang Engkau larang Ya Allah
  • Lidah ini aku gunakan untuk sumpah seranah pelakon dalam drama Ya Allah
  • Jari ini aku gunakan untuk memaki dna menyindir orang yang menasihati aku Ya Allah
  • Hati ini aku gunakan untuk berangka buruk dengan mereka yang berpesan untuk mengingatiMu ya Allah
  • Sejumlah besar masa yang Kau pinjamkan aku habiskan nonton movie ya Allah
  • Hati ini aku gunakan untuk berhibur dan lalai berketawa ya Allah. Sampai aku lupa Kau sedang menghitung setiap masa yang aku habiskan.
  • And the list goes on

Sanggup jawab begitu? Jika sanggup, tahniah, Kalian benar-benar kalis akhirat.

Peringatan ini adalah usaha kecil saya untuk mengajak manusia kepada jalan yang lurus. Seperti yang setiap hari kita iqrarkan dalam solat.

Al-Fatihah 1:6

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.”

Familiar ayat ini?

Sudah berpuluh tahun kita minta dengan Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus. Namun bila ada yang membawa peringatan, kita menolak segala hidayah yang sedang menyinggah ke hati kita. Allah sayang kita, sebab tu Allah izin hidayah hadir dengan terasa pedih di hati apabila mendapat nasihat.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW:

يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِم عَلَى دِيْنِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ

Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”.

Apa sifat bara api Tuan Puan?

  • Sangat panas
  • Pedih dan sakit jika terkena

Maka inilah perumpamaan terbaik buat kita. Bila mendapat nasihat dan peringatan, hati kita terasa panas, pedih dan sakit.

Namun jika kita sabar dan sanggup berjihad menerimanya dan mengubah kesilapan kita, inilah yang Nabi sebutkan dalam hadis ini. Walaupun ia menyakitkan, pedih, namun sabarnya kita itu adalah sesuatu yang RARE di akhir zaman ini.

Tetapi ramai yang tidak sanggup merasa panas, pedih dan sakit ini. Maka dilepaskan bara api itu dan berterusan lah dalam kehidupan yang dirasakan nikmat tanpa perlu berjihad mengubah kehidupan menjadi lebih baik menurut Al-Quran

Bottom Line

Penulisan di atas saya kongsikan adalah peringatan untuk diri sendiri dan para pembaca yang Allah izin baca sehingga habis. Apapun perasaan kalian membaca post ini, ia adalah dengan izin dan hidayah Allah. Semoga bermanfaat dan menjadi asbab hidayah.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

8 thoughts on “Membentuk Mindset Kaya dan Memberi

  1. Ezna says:

    Infaq lah ke arah yang baik. Insya allah ada ganjarannya nanti. Allah yang maha berkuasa. Pemilik di langit dan di bumi. Kena sentiasa tunduk kepadaNYA.

  2. Mimi Azirah says:

    Infaq bukan infaq harta saja. Banyak lagi yang beh kita infaq kan seperti masa dan tenaga kita. Tidak jatuh miskin kalau kita infaq apa milik kita pada mereka yang lebih memerlukan. Senoga Allah tetapkan hati kita untuk buat amal kebaikan

  3. Sis Lin says:

    Nak infaq atau sedekah tak perlu kaya..dalam hadis ada berkata, bersedekahlah kamu walau hanya sebiji kurma….insyaAllah moga bertambah rezekinya..

  4. adianiez AIDA says:

    Tq for sharing.
    Setiap harta kita, ada bahagian org lain.
    Tapi x semestinya kita share dlm bentuk duit, kan. Tak semua org mampu.
    Buat baik dlm segala bentuk. Permudahkan org lain.

Leave a Reply to Ezna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge