Pernah tak anda lihat orang terdekat anda mengalami mata sembap? Biasanya mata sembap ini berlaku sebab baru lepas menangis atau baru lepas bangun tidur. Macam anak saya, kalau dia menangis, terus tidur. Bangun itu mesti sembap betul matanya.
Tapi kebiasaannya mata sembap disebabkan lepas menangis atau lepas bangun tidur tidak berpanjangan. Dalam 1-2 jam mata sembap akan pulih.
Tapi jika mata memang sembap selalu dan kekal begitu sehingga berhari-hari dan berminggu-minggu malah berbulan-bulan? Info ini mungkin anda belum tahu.
Mata Sembab Kemungkinan Disebabkan Buah Pinggang Bermasalah
Jika mata anda sembap bukan disebabkan baru lepas menangis dan lepas bangun tidur atau tiada simptom-simptom lain, awas kemungkinan buah pinggang anda bermasalah. Antara gejala sakit buah pinggang adalah:
Gejala-gejala Sakit Buah Pinggang
- Ketidakselesaan/rasa terbakar pedih ketika membuang air kecil.
- Darah keluar bersama air kencing.
- Kekerapan membuang air kecil.
- Sakit belakang.
- Bengkak pergelangan kaki.
- Kencing berbuih.
- Sembap keliling mata dan muka terutama sebelah pagi.
- Dan jika anda atau orang tersayang pengidap DIABETES, kemungkinan BUAH PINGGANG ROSAK ADALAH SANGAT TINGGI. Bila buah pinggang ROSAK bermakna anda terpaksa gantung pada mesin dialisis darah sepanjang hayat.
Buah pinggang kita memang ada 2, tiada gantinya. Elakkanlah kerosakan buah pinggang, kawal diabetes.
Punca Sakit Buah Pinggang Yang Anda Boleh Elakkan
Apa puncanya sakit buah pinggang? Ada 11 punca sakit buah pinggang dan anda boleh elakkan:
- Kerap tahan kencing
- Kurang minum air
- Suka makan makanan masin
- Suka minum minuman bergas atau berkarbonat
- Kerap terkena jangkitan kencing dalam erti kata lain tidak menjaga kebersihan anggota kencing dengan baik dan tidak dirawat dengan sempurna. Ini salah satu masalah kebanyakan pesakit buah pinggang kerana setiap kencing kotor akan diberi antiobiotik yang perlu dihabiskan mengikut masa. Ada yang makan sesuka hati dan ada yang sengaja makan separuh. Antibiotik yang tidak dimakan dengan betul lebih buruk kesannya daripada tidak mengambil antibiotik langsung.
- Kerap makan daging merah dan makanan laut yang tinggi kandungan asid urik.
- Merokok
- Kerap makan pil tahan sakit
- Minum alkohol berlebihan
- Penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal
- Obesiti dan penyakit metabolik.
Kawal Sakit Buah Pinggang Atau Cegahinya
Eloklah dicegah daripada terkena penyakit ini kan. Baru-baru ini suami saya sertai kursus bekam, doktor pakar yang memberikan kursus memaklumkan peserta, pengambilan ubat berpanjangan boleh memberikan kesan kurang baik kepada tubuh badan, wallahualam la kan.
Pada saya, selain elakkan tubuh terkena penyakit, saya ambil suplemen untuk elakkan penyakit. Bukan apa, kos merawat ini sangat tinggi, belum masuk kos emosi dan tekanan lagi.
Bila ambil suplemen, setidaknya kita pastikan badan kita sihat. Dan pastikan anda ambil suplemen yang semulajadi, berkesan dan terbukti kesan jangkamasa panjangnya. Selalu melihat kepada siapakah pengeluarnya dan ramuan yang digunakan ya.
Berbalik kepada sakit buah pinggang tadi, bagi mengelakkan sakit buah pinggang atau mengawalnya, saya syorkan mengambil Vivix.
Vivix Untuk Pesakit Buah Pinggang dan Sebagai pencegahan penyakit buah pinggang
Vivix diformulasi sebagai tonik anti penuaan yang membantu memperbaharui sel dan memulihkan sel kita secara keseluruhannya supaya kembali seperti dna sel kita yang asal sewaktu kita sihat dan muda.
Proses ini menyebabkan tubuh akan menolak unsur asing yang tidak baik dan memulihkan semula sel seperti asalnya sebagaimana ketika kita sihat.
Dengan cara berfungsi yang sama inilah Vivix membantu melambatkan penuaan, menolak nikotin dari perokok, memulihkan sel dan luka pesakit diabetes, membantu memulihkan sendi pesakit stroke dan membantu memulihkan kesihatan pesakit kanser.
Begitu juga dengan pesakit buah pinggang. Ia membantu memulihkan kesihatan pesakit buah pinggang secara menyeluruh dan menjadikan pesakit buah pinggang lebih sihat setelah mengamalkannya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Oh rupanya mata sembap ada terkena penyakit buah pinggang. Kena cepat-cepat rawat ni.
Top Seo Friendly recently posted…Cara Buat Duit Dengan Lynk.my
simptom yang orang tak tahu ni
Syukur alhamdulillah, tak de lagi tanda2 atau gejala tu pada saya..
Hairul Hissam recently posted…Resepi 13 Kek Harijadi Dan Dekorasi. Jom Tonton Video Preview Yang Paling Menawan Kalbu Nie.
Alhamdulillah
mak mertua saya sakitt buah pinggang.. sekarang dah tak boleh jalan
zik recently posted…Keputusan terkini Malaysia vs UAE kempen kelayakkan piala dunia 17.11.2015
Kesiannya, semoga MIL tuan dikurniakan kesihatan yang baik
Alamak, risau juga. Sebab mata Sha memang sentiasa sembap sekarang. Dulu perasan tak ade lah sembap macam ni.
Nurul Shahira recently posted…Buat Duit di Internet dengan Affiliate Pilihan
cuba buat checkup juga sis, minta doktor tengok condition sis
ohh mcm tu ye.. takut nya.. baru tau info ni… TQ ye berkongsi… 🙂
atie recently posted…Biskut apa ntah??
no problem
Dulu masa mula-mula arwah mak didiagmos kidney failure memang ada simptom macam tu..
Noriza Rahman recently posted…Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
oo, al fatihah untuk ibu MV
owh..mata yang sembab ada juga effectnya
at lease kita tahu tanda2 dia ada kesan lain..
tq sharing!
ada sebabnya, jangan sampai ada simptom tu. jaga kesihatan
tak ada lg tanda2 mcm tu. kecuali mata sembab sebab kurang tidur. nice sharing
Amanina recently posted…Prelude | Rockstarz Burger
alhamdulillah, sihat tu
Rasanya muka pun nampak macam kembang kalau ada masalah buah pinggang ni.
rahimah recently posted…6 Hari 5 Malam Bercuti Di Bukittinggi Dan Padang Indonesia
memang ada beberapa lagi simptom masalah buah pinggang
saya risau juga..kuat minum kopi 3 in 1 lebih-lebih ketika aktiviti berblogging..takut buah pulak yang menjadi mangsa..
Hero Borneo recently posted…Cerita Di Sebalik Gambar Siri 14
buah pinggang la kan, hati2, disamping buah pinggang, takut diabetes pun juga
info baru untuk aiza.. alhamdulillah belum ada tanda-tanda itu lagi..
Mizz Aiza recently posted…Hormati Pekerjaan Orang Lain
jaga kesihatan ya
Owah baru tahu..kena selalu ambil antioksida dengan vitamin C untuk elak daripada masalah buah pinggang…
Faizul Ali recently posted…Testimoni Produk Delima Madu Aininur
antioksida penting diambil zaman ni, untuk elak penyakit berbahaya
ngeri juga sis baca sbb mata sis udah sembab wpun menagis sedikit je … alhamdulillah , tanda yg lain x ada …
qaseh vee recently posted…Filem In The Heart of The Sea
hati-hati dan jaga kesihatan sis
Assalammualaikum…
terima kasih perkongsian nie…. dapat tahu sikit kenapa mata sembap.
mselim3
pls: kenapa makan produk shaklee nie… vit c atau vit.e.
mselim3 recently posted…Doa Mudah Menghafal Pelajaran
sama-sama, untuk pengetahuan bersama
Alamak, mata saya pun adalah , nampaknya kena jaga makan nih, huhuhu, terima kasih atas nasihat pesanan
jaga2 pemakanan encik