Boleh dikatakan saya suka juga membeli belah makanan di Al Mahnaz, pusat pemborong makanan Arab. Semua ada di sini contohnya minyak zaitun, teh arab, pelbagai jenis kurma, hatta ke bahan kecantikan dan memasak pun ada.
Antara yang murah saya mesti beli adalah keju arab berbentuk tiga segi. Biasanya keju sebegini dijual dengan harga RM7.90 (kalau tidak silap saya) bagi jenama seperti Laughing Cow. Tetapi keju ini saya beli pada harga RM5 (8 ketul). Banyak juga murah berbanding jenama import biasa di pasaraya biasa.
Ok berbalik kepada teh hijau. Di kedai arab ini ada jual pelbagai jenis dan jenama teh. Orang arab memang sukakan teh juga, terutama jika ditambah dengan daun pudina, terasa segarnya. Minggu lalu saya ternampak promosi teh hijau ini, hanya RM10 mengandungi 100 sachet. Murahla kan sebab selalunya di kedai-kedai biasa teh hijau dijual agak mahal berbanding teh biasa.
Nampaknya selain Cinch Tea, teh hijau merupakan minuman panas kegemaran saya sekarang.
Khasiat Teh Hijau
Saya mula minum teh hijau pada Sabtu lalu. Boleh tahanlah, tanpa pemanis. Rasa memanglah pahit gitu tetapi boleh telan lagi. Tapi yang bestnya, terasa lawas tu. Saya juga mengambil Herblax yang membuatkan usus lebih longgar dan mudahkan penghadaman. Malam ambil, esok pagi mesti terasa ingin mengosongkan perut. Biasa sekali sehari.
Yang bestnya dengan tambahan pengambilan teh hijau, menambahkan keinginan membuang menjadi 2x. Memang best lah, badan pun rasa ringan. Ok jom kita tengok lagi apakah manfaat lain teh hijau ini seperti saranan webMD.
Kebaikan Teh Hijau Mengikut Kajian
Menurut kajian, teh hijau mempunyai kebaikan terutama dari segi:
1. Teh hijau telah terbukti untuk meningkatkan aliran darah dan kolesterol.
Kajian pada tahun 2013 mendapati teh hijau membantu mencegah pelbagai isu berkaitan jantung, tekanan darah tinggi kepada kegagalan jantung kongestif.
2. Meningkatkan ingatan
Dalam satu kajian Swiss, MRI mendedahkan bahawa mereka yang minum teh hijau mempunyai aktiviti yang lebih baik dengan ingatan mereka. Kajian juga menunjukkan teh hijau membantu menghalang pembentukan plak yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer.
3. Menstabilkan gula dalam darah
Teh hijau membantu mengekalkan gula dalam darah stabil pada orang dengan diabetes. Ini adalah disebabkan catechin membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, ia juga membantu melindungi daripada kerosakan akibat diet tinggi lemak.
4. Memberikan ketenangan
Menghirup teh membantu anda mendapatkan ketenangan. Bahan kimia yang dipanggil theanine semulajadi yang ditemui dalam teh hijau boleh memberikan kesan yang menenangkan.
Cara Pengambilan Teh Hijau Yang Terbaik
- Elakkan air mendidih apabila menyediakan teh hijau anda. Ia tidak baik untuk catechin, iaitu bahan kimia yang sihat yang terdapat di dalam teh hijau. Gunakan air panas biasa sahaja.
- Tambahkan lemon. Vitamin C menjadikan catechin lebih mudah untuk menyerap.
- Elakkan menambahkan susu kepada teh hijau anda kerana akan menyukarkan catechin untuk diserap oleh badan.
- Tahap nutrien dalam teh hijau boleh berbeza-beza. Justeru pilihlah yang organik untuk kesan lebih baik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Teh hijau, memang terbukti kebaikannya. Sekarang..memang tengah cuba minum teh hijau.
fidah shah recently posted…Chap Goh Meh
alhamdulillah jom cuba semua
setiap hari DT amek green tea..
memang rasa ringan je badan walaupon berat sebenarnya.
hehe
Datin Tyka recently posted…Hargai Kawan Baik
hihih best kan DT
Rumah kakak sentiasa ada teh hijau
Kalau dah biasa minum lepas makan tak minum macam tak best
Kakzakie Purvit recently posted…Bila ubi dan keladi bersatu
bestkan kakak. saya suka
Teh hijau ni boleh kurus juga kan? Saya selalu amalkan teh hijau plus lemon selepas bangun tidur sebelum sarapan pagi…
Noriza Rahman recently posted…Nak Berurut Tetapi Kulit Sensitif dengan Minyak Panas?
haa betul MV, memang bagus ni utk kurus pun
start tahun ni, trend orang ke arah teh hijau pulak..boleh lihat muncul banyak cafe-cafe ‘hipster’ yang offer menu green tea.
ohpt3 recently posted…Koleksi Karangan Bahasa Melayu PT3 Terbaik
saya tak pernah test yg cafe hipster tu, nanti nak cuba juga
teh hijau baik utk kshtan tapi ada juga yg xboleh minum teh mcm kak heh..heh..
oo ada juga tak boleh ya, sayangnya kak faridah
memang jadi ringan je badan bila minum teh hijau ni kan
Nana Aris recently posted…Kenapa perlu makan Nutriferon?
bestkan nana
memang bagus teh hijau ni, lancar membuang dan cantikkan kulit.
nanti cubalah amalkan puan
Bagus rupanya green tea nie heh…dalam banyak2 kebaikan teh hijau ini, dapat memberikan ketenangan juga ya…
Terima kasih atas info diatas!
p/s: Pasni bleh rotate teh hijau dengan kopi 434 laa… 😀
sama-sama, jom amalkan pemakanan sihat
memang saya pernah dengar yang tea hijau sangat bagus untuk mengatasi kolestrol dalam darah
olaoli recently posted…Bersalaman dengan bukan muhrim?
betul tu tuan. sangat bagus, nanti cubalah ya
Betul tu. Bila amalkan minum teh hijau memang lawas. Hehe. Sebab Sha pun sekarang tengah amalkan teh hijau. 🙂
bestkan feeling camtu
bestkan feeling lawas tu. hihih
ciktom pun suka minum teh hijau..murahnya RM10 je untuk 100 uncang..kalau dekat confirm pergi rembat juga kat mahnaz..
cik tom recently posted…Senarai Penginapan di Marang, Terengganu
ha murahkan. mujur saya rembat
saya kurang gemar teh hijau..rasanya yang kuramng sedap..
Hero Borneo recently posted…3 Tip Hebat Untuk Sukses
dulu saya pun kurang suka, tapi minum yang ni jadi suka. cubalah HB
teh hijau mmg terbaik…blh jadi awet muda kalau amal tiap hari…
betul tu husna
Baru abis ja teh hijau kat umah ni, herbalex tu jenis serbuk ke?
bp recently posted…Lagu kegemaran anak-anak | ucapan anak
herblax tu kaplet sis. kalau berminat boleh hubungi saya 0122195919. memang best herblax ni
green tea memang bagus.. orang cina memang jadikan minuman harian.
zik recently posted…Keputusan terkini jdt vs ayeyawady piala afc 24.2.2016
amalan yang baik untuk kita tiru
Jurulatih fizikal Kezin Zahri turut menyarankan mengambil teh hijau untuk menurunkan berat badan.
akubiomed recently posted…Guna email autoresponder Emelmatik untuk simpan database pelanggan
oo betul ek, kenalah konsisten ni
Yang bestnya green tea ni dia high in antioxidant kannn? Bagus untuk kulit.
haa betul tu tinggi antioksidan
untuk yang diet amat di sarankan sungguh..terbaik menu jadi sajian wajib
suri recently posted…Al Kisahnya Meniti Kehidupan
diet dan menjaga kesihatan elok ambil ni
Wow boleh cuba ni numoang teh hijau suami hehe
Marsitah Binti Mat Sa’ad recently posted…Best ke tarikh 29/2/2016?
klo minum ini tuh rasanya plong bgt hati
wooclipmovie recently posted…Jurassic World (2015)
insyaAllah