Call nowWhatsapp

Mungkin ramai belum tahu sebenarnya dalam Collagen Powder pun ada glucosamine. Bagi penghidap sakit sendi, lutut dan arthritis tentu anda tahu kepentingan dan manfaat glucosamine. Glucosomine selalu disyorkan untuk diambil oleh para doktor kepada pesakit sendi dan lutut. Macam mak saya pun, memang asyik sebut beliau perlu ambil glucosamine.

Dalam posting kali ni saya ingin berkongsi dengan anda manfaat Glucosamine yang terdapat di dalam Collagen Powder.

Manfaat Glucosamine Dalam Collagen Powder

Apakah glucosamine

Glucosamine (C6H13NO5) merupakan gula amino dan pelopor penting dalam sintesis biokimia dari protein glikosilasi dan lemak. Glucosamine ditemukan sebagai komponen utama dari rangka luar krustasea, artropoda dan cendawan. Glucosamine merupakan salah satu monosakarida yang banyak dijumpai. Dalam industri, Glucosamine dihasilkan dengan cara hidrolisis rangka luar krustasea. Jadi ia disebut sebagai glucosamine hydrochloride.

Fungsi Glucosamine dalam tubuh

Fungsi dari Glucosamine di dalam tubuh adalah untuk menghasilkan proteoglikan dan glikosaminogen yang berfungsi untuk membentuk cairan sinovial. Cairan ini berfungsi sebagai pelincir bagi tulang rawan sehingga pergerakan tulang menjadi lebih baik. Kekurangan cairan sinovial dapat menyebabkan terjadinya gangguan pada sendi seperti osteoarthritis, iaitu penyakit radang pada sendi yang dapat diketahui oleh adanya kelainan pada kartilago (tulang rawan) sendi dan tulang di sekitarnya.

Produksi Glucosamine ini akan semakin berkurang seiring dengan bertambahnya usia sehingga tubuh pun mengalami kekurangan glukosamina. Hal ini mengakibatkan terganggunya penghasilan cairan sinovial yang dapat mengakibatkan kerosakan tulang rawan pada sendi.

Glucosamine dikenalpasti pertama kali oleh Dr. Georg Ledderhose pada tahun 1876, tapi struktur stereokimia yang terbaru ditemui oleh Walter Haworth pada tahun 1939. Glucosamine biasanya tersedia sebagai supplemen kesihatan. Supplemen Glucosamine dihasilkan di makmal daripada sumber chitin, yang ditemui pada kulit udang, ketam, udang, dan haiwan laut lainnya.

 

Kajian klinikal Glucosamine

Secara klinikal, Glucosamine boleh memberikan manfaat terhadap individu yang mengalami sakit lutut seperti osteoarthritis. Ia juga telah dicadangkan dalam kajian pra-klinikal dan klinikal bahawa Glucosamine hydrochloride boleh menyokong kesihatan. Kajian klinikal ini boleh dirujuk daripada maklumat di bawah:

  • Braham R, Dawson B, Goodman C. The effect of glucosamine supplementation on people experiencing regular knee pain. Br J Sports Med. 2003 Feb;37(1):45-9; discussion 49.PMID: 12547742; PMCID: PMC1724589

  • Houpt JB, McMillan R, Wein C, Paget-Dellio SD. Effect of glucosamine hydrochloride in the treatment of pain of osteoarthritis of the knee. J Rheumatol. 1999 Nov;26(11):2423-30.PMID: 10555905.

  • Orth MW, Peters TL, Hawkins JN. Inhibition of articular cartilage degradation by glucosamine-HCl and chondroitin sulphate. Equine Vet J Suppl. 2002 Sep;(34):224-9.PMID: 12405691.

  • Fox BA, Stephens MM. Glucosamine hydrochloride for the treatment of osteoarthritis symptoms. Clin Interv Aging. 2007;2(4):599-604.PMID: 18225460; PMCID: PMC2686334.

Collagen Powder Shaklee dengan ekstrak kekerang

Salah satu ramuan utama Collagen Powder adalah extrak kekerang. Ekstrak kekerang ini membantu menghasilkan glucosamine yang penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sendi.

Ekstrak kekerang dalam Collagen Powder mengandungi glucosamine yang baik untuk kesihatan sendi

Ekstrak kekerang dalam Collagen Powder mengandungi glucosamine yang baik untuk kesihatan sendi

Gabungan ekstrak kekerang dengan bahan utama Collagen Powder yang lain membantu bertindak untuk membetulkan collagen yang telah putus dan menyediakan jumlah collagen yang optimum pada bahagian yang rosak.

Sintesis bahan utama lain adalah:

  1. Ekstrak biji camelia japonica – terdiri daripada asid oleik (sejenis emolien dan pelembap kulit yang hebat) dan isoflavon (sejenis antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas)
  2. Ekstrak pfaffia – juga dikenali sebagai ginseng brazil. Membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic
  3. Elastin dari kolagen ikan – membantu memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang (anjal)
  4. Vitamin C dan Vitamin B – vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengekalkan kulit yang tegang, anjal dan elastik.
  5. Lactobacillus Acidophilus – mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat dan mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Inilah 6 lagi kandungan Shaklee Collagen Powder yang merupakan ramuan terbaik untuk menghasilkan Shaklee Collagen Powder. Bersesuaian dengan kesannya yang boleh dirasai seawal 8 minggu.

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Collagen Powder mempunyai keistimewaan seperti berikut

  1. Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen
  2. Kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
  3. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  4. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)
Penyerapan Shaklee Collagen Powder sebanyak 1000dalton memudah dan memaksimakan kadar penyerapan

Penyerapan Shaklee Collagen Powder sebanyak 1000dalton memudah dan memaksimakan kadar penyerapan

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)