Call nowWhatsapp

Layak Ke Regional Trip Shaklee Tahun 2020: Korea!

Raikan ulangtahun ke 65 Shaklee Corporation di Los Angeles pada tahun 2021

Selama setahun yang lalu untuk tempoh 2019/2020, saya memang aim untuk dapat sekurang-kurangnya 1 tiket regional Trip Shaklee.

Tahun 2019 sebenarnya adalah tahun yang penuh cabaran. Bukan sahaja untuk saya, bukan untuk team saya sahaja, bahkan untuk Shaklee sendiri.

Perkara ini dimaklumkan kepada kami pada Business Leaders National Conference (BLNC) pada bulan Februari 2020 yang lalu.

Tapi indeed, syukur semuanya Allah yang tentukan untuk kami, rezeki sangat banyak mencurah-curah.

Pencapaian Kumpulan #MAFEmpire 2019/2020

Untuk tempoh 2019/2020, alhamdulillah banyak pencapaian grup yang saya naungi (MAF Empire) seperti berikut:

  • Melahirkan 1 orang Senior Supervisor baharu
  • Melahirkan 5 orang leader baru di LB1 pada pangkat Supervisor yang masing-masing menerima minima RM2000 sebulan
  • Melahirkan 1 orang leader baru di LB2
  • Mencapai sales tertinggi RM100 ribu sebulan
Bersama team saya di Business Leaders National Conference BLNC 2020
Bersama sebahagian team saya di Business Leaders National Conference BLNC 2020
Saya bersama Master Freddie Lee. Semoga berjangkit aura jutawan buat saya. Aamiin
Saya bersama Master Freddie Lee. Semoga berjangkit aura jutawan buat saya. Aamiin
Saya kiri sekali, bersama Nutritionist Shaklee, Ms Celine
Saya kiri sekali, bersama Nutritionist Shaklee, Ms Celine
Tips Bisnes Online Untuk Pengedar Shaklee
Bersama barisan coach saya dalam #TeamJutawan #JomDetoxJutawan
Seminar kepimpinan Shaklee
Seminar kepimpinan Shaklee

Meningkatkan ilmu dan kemahiran IQ dan EQ

Tahun 2019 juga kami bersama #TeamJutawan pulun menambah ilmu, sharpen the saw kata orang putih, bukan ilmu marketing semata-mata tetapi juga ilmu magic dalam kehidupan.

Antara kelas-kelas yang kami sertai:

  • Metamorphosis oleh Tuan Afnan Rosli
  • Rahsia Magnet Rezeki oleh PakNas
  • Paksa Diri Masuk Syurga oleh Puan Marhamah Rosli
  • Kelas-kelas dan circle online bersama Ust Hakim Mohd Nor, Dr Muhaya Muhamad, dan ramai lagi

Selain itu kami juga pulun tingkatkan skill, kemahiran teknikal seperti kelas video, kelas Youtube dan lain-lain lagi disamping kelas-kelas produk/leadership samada secara online atau offline anjuran Shaklee atau #TeamJutawan sendiri.

Fokus #JomDetoxJutawan dan #IFKetoGenitMAF

Selain itu, pada tahun 2019 secara khususnya kami mula fokus kepada program #JomDetoxJutawan dimana kami berjaya:

  • Membantu lebih 2000 orang peserta menurunkan berat badan dan inci
  • Melahirkan 10 orang coach dalam team #MAFEmpire

Saya pun tak terkecuali dapat juga kuruskan badan yang memang sudah lama mengalami masalah kegemukan. Boleh baca kisah saya dalam link berikut:

Layak Ke Trip Insentif Shaklee 2019/2020 ke Korea Selatan!

Alhamdulillah bagi kali ni, sekali lagi saya layak ke Regional Trip Shaklee 2019/2020. Kami tak pasti lagi travel date bila disebabkan masalah #Covid19, tapi yang penting dah layakkan diri. Soal tarikh, tak mengapa, kita boleh ejas nanti. Ikutlah bila-bila pun, insyaAllah.

Ini kali ke 4 saya layak ke trip Shaklee yang sebelum ini saya pernah hadiri:

Bergambar kenangan dengan Sarah
Bergambar kenangan dengan Sarah di Shaklee Incentive Trip ke Phuket 2018/2019

Jom Ke Bali atau United States of Amerika Bersama Shaklee 2020/2021

InsyaAllah tahun depan United States of Amerika (USA) menjadi pilihan destinasi antarabangsa, manakalaa Bali, Indonesia menjadi destinasi regional pilihan pada tahun 2021.

Salah satu itinerary di Korea adalah lawatan ke Jeonju Hanok
Salah satu itinerary di Korea adalah lawatan ke Jeonju Hanok
Trip Insentif Shaklee Regional  2020/2021 Bali
Trip Insentif Shaklee Regional 2020/2021 Bali

Tahun ini saya cabar diri saya untuk dapat layak ke destinasi antarabangsa pula (USA). InsyaAllah saya berdoa supaya Allah perkenankan hajat saya ke sana dengan tiket percuma Shaklee.

Trip Insentif Shaklee Regional  2020/2021 Bali
Trip Insentif Shaklee Regional 2020/2021 Bali

Masih sempat lagi nak fight untuk dapatkan tempat anda ke sana, percuma. Apa yang best kalau join trip dengan Shaklee?

1. Trip Percuma!

Ya, percuma! Kita cuma perlu bawa badan, pakaian/kelengkapan dan sedikit duit untuk shopping!! Ya betul, semua perkara tentang percutian di Korea akan diuruskan sepenuhnya oleh Shaklee.

Daripada tiket penerbangan, hotel, pass masuk ke mana-mana tempat yang ingin kita lawati, you name it, Shaklee akan bayarkan semua.

Bagi yang layak, dapat terbang dengan Business Class. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Shaklee
Bagi yang layak, dapat terbang dengan Business Class. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Shaklee
Duit poket pun diberi oleh Shaklee
Duit poket pun diberi oleh Shaklee

2. Makan Best dan Mewah

Tak seperti trip sendiri yang kita uruskan, kita tentu akan berkira juga bab duit kan. Sebab kita tahu mahal sangat makanan di sana. Justeru bab makan biasanya ala kadar.

Tapi kalau join dengan Shaklee, makan dia memang special dan mahal. Makanan yang jadi specialty rakyat tempatan terutamanya walaupun ianya mahal, Shaklee akan uruskan bagi kita rasa sama tau. Bukan kena bahagi pun, seorang satu dapat.

Contohnya di USA ni, dapat makan buffet dinner di Baccanal Buffet di Las Vegas berharga rm500 setiap seorang!

Buffet di Baccanal Buffet di Las Vegas dengan kos RM500 setiap orang
Buffet di Baccanal Buffet di Las Vegas dengan kos RM500 setiap orang

3. Penginapan Mewah

Ya. Ini satu lagi drama kalau travel sendiri-sendiri. Kita mesti akan pilih hotel / homestay bajet, sebab nak jimat kos. Hotel cuma untuk tidur sahaja katanya kan, jadi ambiklah mana-mana hotel asalkan bersih.

Tapi bagi Shaklee, mereka akan book hotel yang mewah untuk kita! Tengok sahaja mereka yang ke USA ni, menginap di Caesars Palace. Satu malam berharga hampir rm2000.

Penginapan mewah di Caesars Palace dengan kos hampir rm2000 semalaman
Penginapan mewah di Caesars Palace dengan kos hampir rm2000 semalaman

4. Jadi Orang tempatan

Bagi Shaklee, trip bukan sekadar melancong. Tetapi untuk kita rasai sendiri bagaimana rasanya jadi orang tempatan.

Contohnya trip di Jepun ni, Shaklee bagi setiap seorang sepersalinan lengkap pakaian tradisi orang Jepun dan rasa sendiri bagaimana jadi orang Jepun.

Pakaian ni Shaklee bagi berharga rm400 setiap sepasang
Pakaian ni Shaklee bagi berharga rm400 setiap sepasang

5. Melawat Tempat-tempat yang rare

Ya betul. Shaklee akan uruskan untuk kita dapat melawat tempat-tempat yang unik. Contohnya di Jepun ni. 2 lokasi ni memang unik, harga pun mahal.

Kalau kita pergi sendiri, memang mungkin tak termasuk dalam itinerary kita.

Kurobe Alphine Route
Kurobe Alphine Route, Jepun. Harga nak ke sini mencecah ribuan RM
Perkampungan Shirakawa-Go sebuah perkampungan dilabel sebagai heritage UNESCO
Perkampungan Shirakawa-Go sebuah perkampungan dilabel sebagai heritage UNESCO

Bottom Line

Seronok bisnes Shaklee ni. Selama 9 tahun ini saya enjoy juga buat bisnes ni. Mungkin bagi sesetengah orang mungkin rasa lambat dengan Shaklee ni tapi bak kata pepatah, If you wanna go far, go together!

Wanna join my team? Jom. Tak semestinya join dengan saya directly, boleh join any of my team members. Paling cepat anda join, lagi cepat anda ahead from others.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

13 thoughts on “Layak Ke Regional Trip Shaklee Tahun 2020: Korea!

  1. Mimi Azirah says:

    Alhamdulillah. Tahniah kerana layak join trip ke Korea Selatan. Seronoknya pergi ke negara orang. Boleh timba pengalaman mengenai adat dan budaya mereka di sana kan selain melawat tempat tempat menarik.

Leave a Reply to Veronica Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge