Kuasa Hebat Vivix Pada Ramuan Kaya Antioksidan dan Polifenol

By | 27 January 2016
Vivix kaya antioksidan dan polifenol

Kuasa Hebat Vivix Pada Ramuan Kaya Antioksidan dan Polifenol

Baru-baru ini ada produk baru Gardenia di pasaran, saya ternampak di rak jualan. Terus saya beli bila ia tertulis 100% WholeGrain, disamping warnanya ungu.

Roti ungu Gardenia baru diperbuat daripada gandum ungu Kanada

Roti ungu Gardenia baru diperbuat daripada gandum ungu Kanada

Roti ungu Gardenia Rendah GI, sesuai untuk semua termasuk pesakit Diabetes

Roti ungu Gardenia Rendah GI, sesuai untuk semua termasuk pesakit Diabetes

Inilah rupa roti ungu Gardenia

Inilah rupa roti ungu Gardenia

Sekarang ini ramai yang mula sedar tentang kebaikan makanan berwarna ungu. Selain kaya dengan antioksidan, ia juga kaya dengan nutrisi lain. Ketahuinya lebih lanjut.

Makanan Berwarna Ungu Kaya Antioksidan, Antosianin dan Polifenol

Makanan ungu mengandungi antosianin, yang merupakan bahan kimia yang dapat meningkatkan kesihatan dan membantu melindungi sel-sel dan menyembuhkan tubuh anda.

Kajian menunjukkan makanan berwarna ungu memainkan peranan aktif dalam kesihatan mata dan kesihatan jantung, mengurangkan percambahan sel kanser dan banyak lagi. Antosianin yang paling ketara terdapat di dalam teh, madu, wain, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, minyak zaitun, koko dan bijirin.

Dalam proses pembuatan Vivix, tumbuhan berwarna ungu terpilih sebagai antara ramuannya. Ramuan Vivix adalah

Kelebihan setiap produk adalah sebagaimana maklumat di bawah:

Lobak ungu

Lobak ungu mula ditanam di Tengah dan Timur Jauh, bersama-sama dengan lobak putih, merah, kuning, hijau dan hitam. Ia kaya dengan antosianin dan provitamin A karotenoid, yang merupakan antioksidan yang kuat. Lobak ungu juga boleh membantu dengan pengurusan berat badan dan kawalan glukosa, dan dalam satu kajian, mereka yang mempunyai tahap yang tinggi karotenoid mempunyai kira-kira separuh risiko diabetes.

Antara kelebihan lobak ungu adalah:

  • Lobak ungu ini bersifat lebih antioksidan berbanding lobak biasa. Antioksida ini berfungsi untuk melindungi sel badan kita dari ‘berkarat’ yang seterusnya meleret kepada macam-macam penyakit.
  • Lobak ungu mempunyai sifat anti radang yang tinggi. Ini menjadikannya sangat bagus untuk membantu melegakan arthritis atau sakit sendi.
  • Lobak ungu mempunyai sifat anti carcinogen yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser. Bagi pesakit kanser, lobak ungu ini boleh membantu tubuh untuk melawan kanser.
  • Lobak ungu sangat bagus melawan virus dan bakteria yang mudah berjangkit dan merebak seperti flu, campak dan jangkitan dalaman seperti jangkitan di salur kencing, mulut dan perut.
  • Dos Vitamin A yang tinggi di dalam lobak ungu adalah sangat bagus untuk mengelak arteri tersumbat dan secara tidak langsung mengelak penyakit strok. Lobak ungu juga kaya dengan Vitamin B, C dan vitamin E , yang bagus untuk merendahkan bacaan kolesterol.
  • Akar lobak ungu ini telah lama digunakan untuk merawat masalah usus, masalah penghadaman, masalah tonsil dan sembelit.

Anggur Muscadine

Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham, Massachusetts pada tahun 2003 , anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. Ini juga bersamaan dengan 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding blueberri.

Anggur muscadine juga kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins (OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.

Anggur muscadine mempunyai kadar resveratrol yang 6x lebih tinggi dari anggur merah.  Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid iaitu sejenis bahan antikanser dan antiradang.

Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur muscadine ini termasuk kulit dan bijinya kerana

  • Anti oksidan dan phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
  • Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur

Polygonum Cuspidatum

Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga dikenali banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat di dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan suplemen anti penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional cina.

Akarnya (“He Sho Wu”) kaya dengan kandungan resveratrol dan selalu digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat rambut beruban di negara China dan Jepun selama lebih 100 tahun.

Potensi polifenol semulajadinya adalah untuk menyokong diet yang sihat dan mampu memberi kesan positif kepada penuaan sel yang sihat. Ada beberapa kajian menunjukkan resveratrol di dalam Polygonum Cuspidatum mampu mencegah tumor.

Elderberri

Antara kelebihan buah elderberi adalah

  • kaya antioksidan,  
  • untuk menurunkan kolesterol
  • memperbaiki penglihatan
  • meningkatkan sistem imunisasi, 
  • meningkatkan kesihatan jantung 
  • dan untuk batuk, selesema, flu, jangkitan bakteria dan virus dan tonsilitis

Banyak kajian telah dilakukan ke atas elderberi, seperti berikut:

  • Elderberries telah disenaraikan dalam CRC Buku Herba Perubatan seawal tahun 1985, disenaraikan dalam 2000 Mosby.
  • Di Israel, Makmal Onkologi Hassasah telah mendapati bahawa elderberi merangsang sistem imun badan dan mereka merawat kanser dan AIDS dengannya. Pelbagai faedah perubatan (dari selesema dan selesema asma melemahkan, kencing manis, dan berat badan) mungkin disebabkan oleh peningkatan sistem imun setiap individu.
  • Di pusat penyelidikan Bundesforschungsanstalt makanan di Karlsruhe, Jerman, ahli-ahli sains yang menjalankan kajian ke atas Elderberi menunjukkan antosianin elderberry meningkatkan fungsi imun dengan meningkatkan pengeluaran cytokines. Ini protein yang unik bertindak sebagai utusan dalam sistem imun untuk membantu mengawal tindak balas imun, seterusnya membantu untuk mempertahankan badan terhadap penyakit.
  • Penyelidikan lanjut menunjukkan bahawa anthocyanin ditemui di Elderberries mempunyai kapasiti antioksidan melebihi vitamin E atau vitamin C.
  • Kajian di Austria University of Graz pula mendapati bahawa ekstrak elderberi mengurangkan pengoksidaan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) kolesterol. Pengoksidaan kolesterol LDL yang terbabit dalam atherogenesis, sekali gus menyumbang kebaikan kepada penyakit kardiovaskular.

Ramuan Terbaik Dalam Vivix

Kesemua ramuan ini bukanlah murah. Saya pernah minum jus lobak ungu pada harga RM6.50 segelas di sebuah restoran di USJ. Harga lobak ungu dalam RM4 untuk 2 batang kecil. Ini belum lagi kita sebut harga anggur muscadine (sekitar RM100/gram) dan lain-lain.

Tahun lepas jus lobak ungu berharga RM6.50

Tahun lepas jus lobak ungu berharga RM6.50

Namun di Shaklee, ramuan ini telah dirumus khas dan dapat diperolehi dengan pengambilan Vivix setiap hari. Oleh itu kesemua kebaikan tadi dapat anda nikmati dengan mudah.

Dapatkan Vivix untuk anda dan orang tersayang hari ini.

Vivix membantu memulihkan sel dan menentang radikal bebas

Vivix membantu memulihkan sel dan menentang radikal bebas

Jadi kita sudah tahu Kuasa Hebat Vivix Pada Ramuan Kaya Antioksidan dan Polifenol, anda sudah ambil Vivix anda hari ini? Hubungi saya untuk mendapatkannya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

12 thoughts on “Kuasa Hebat Vivix Pada Ramuan Kaya Antioksidan dan Polifenol

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betulkan, ingatkan pewarna, rupanya besar sungguh ciptaan Allah

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      bila dikaji dan bincang pasal vivix, sayang rasanya kalau simpan tak dihebahkan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      resepi baru roti gardenia. best juga kak, cubalah

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sedap kan, rasanya sedap lagi daripada yg hijau tu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kaya jugak, tapi tak pasti brp banyak level antioksidan tu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge