Krim malam Youth Skincare tanpa merkuri

By | 12 February 2018

Biasa kita dengar bila berlaku rampasan produk kosmetik, krim malam paling banyak. Timbul persoalan di situ, kenapa asyik-asyik krim malam.

Dan ia dirampas pula sebab mengandungi toksin iaitu merkuri.

Selaluinya syarikat pengeluar kosmetik menggunakan merkuri dalam krim malam untuk proses pembaikan dan memutihkan kulit.

Kenapa merkuri bahaya untuk kulit dan kesihatan

Masa saya belajar sains di menengah atas dulu, memang ingat cikgu sebut merkuri walaupun sedikit, ia akan beri kesan bahaya kepada tubuh.

Sebab itu tak faham kenapa produk kosmetik mesti bubuh merkuri?

Nak tahu apa bahaya merkuri kepada kesihatan?

Merkuri atau raksa ialah logam berat yang hadir secara semulajadi (salah satu mineral yang wujud di bumi).

Krim malam Youth skincare shaklee tanpa merkuri

Krim malam Youth skincare shaklee tanpa merkuri

Merkuri ialah logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Merkuri boleh wujud dalam bentuk unsur, organik dan bukan organik.

Merkuri wujud dalam persekitaran contohnya:

  • Pembakaran bahan api seperti arang batu, petrol
  • Industri yang melibatkan merkuri seperti peralatan elektronik, bateri, lampu
  • Termometer
  • Dental filling
  • Sektor pertanian yang menggunakan fungicide iaitu sejenis kimia membunuh kulat

Kosmetik

Memang berleluasa syarikat kosmetik menggunakan merkuri. Antaranya untuk:

  • Agen pemutih
  • Mencegah pembentukan melanin menjadikan tona kulit lebih cerah
  • Kesan merkuri dalam produk kosmetik
  • Merkuri dalam krim dan sabun pencerah – Merosakkan buah pinggang
  • Merkuri dalam produk mencerahkan kulit – ruam kulit, perubahan warna kulit dan parut, mengurangkan rintangan kulit untuk jangkitan bakteria dan kulat
  • Kesan lain – keresahan, kemurungan (psikosis) dan neuropati periferal.

Banyak lagi kesan yang tidak spesifik dan sukar dikenalpasti. Antaranya:

  • Keresahan
  • Kemurungan
  • Kesukaran menumpukan perhatian
  • Insomnia
  • Kebas kaki
  • Gegaran (tremor)

Menurut USFDA, pendedahan kepada merkuri boleh memberikan kesan kesihatan yang serius antaranya:

  • Kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf
  • Kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

WHO pula mengeluarlan laporan tentang penggunaan merkuri dalam produk pencerah kulit.

Ia menyebut terdapat individu yang mengalami kesan kesihatan berikutan pendedahan kepada merkuri melalui penggunaan krim dan sabun pemcerah kulit.

Seorang wanita berusia 34 tahun mengalami sindrom nefrotik iaitu keadaan dimana simptom protein pada tahap yang tinggi dalam air kencing.

Tahap merkuri dalam darah dan air kencing kembali normal selepas dia berhenti mengamalkan krim pencerah kulit.

Youth Advance Renewal Night Cream bebas merkuri

Krim malam yang direka khas untuk digunakan pada waktu malam ini akan menyokong proses pembaharuan sel kulit semasa kita tidur.

Campuran botani proprietari dalam krim malam Youth Shaklee akan membantu pengeluaran kolagen dan elastin untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin, dan lebih bercahaya tanpa makan ubat yang berbahaya.

Krim malam Youth skincare shaklee tanpa merkuri

Krim malam Youth skincare shaklee tanpa merkuri

Krim malam Youth advance renewal night cream terdapat dalam formula
  1. Kaya / pekat
  2. Ringan.

1. Advanced Renewal Night Cream – Rich (Pekat / Kaya)

Krim yang kaya ini bagus untuk menghidrat dan melembutkan kulit secara mendalam.

Krim malam ini dikuasakan oleh – Vital Repair+®, Lotus Japonicus, mentega shea, dan Jojoba untuk menghidrat dan melembutkan kulit.

2. Advanced Renewal Night Cream – Light (Ringan)

Bagi mereka yang lebih suka tekstur krim malam yang lebih ringan.

Dikuasakan oleh: Vital Repair+®, Schisandra, dan Lotus Japonicus.

Berapa lama 1 bekas krim malam Youth boleh bertahan?

Lama, anggaran 2 bulan jika dipakai setiap hari.

Atau bersamaan 60 hari.

Keistimewaan Youth Skincare

Sebab ianya dari Shaklee tentu ada perbezaan ketara berbanding skincare yang lain. Antaranya:

  1. Memiliki 8 paten pending – maknanya formula tidak boleh ditiru syarikat lain
  2. Bebas gluten – boleh digunakan oleh semua jenis kulit
  3. Bebas kekejaman – tidak menggunakan bahan daripada haiwan atau diuji ke atas haiwan
  4. Bebas 1500 jenis bahan kimia yang dipersoalkan – selamat digunakan oleh ibu mengandung.
  5. Diuji secara klinikal melalui ujian skin age index.

Cara menggunakan Advance Renewal Night Cream

  1. Gunakan krim ini selepas menggunakan serum Shaklee.
  2. Selepas serum di serap ke dalam kulit sepenuhnya, ambil sedikit krim malam bersaiz sekecil kacang hijau dan sapukan di seluruh kawasan muka dan leher.

Advance Renewal Night Cream berdaftar dengan KKM dengan nombor NOT171200978K.

Krim malam Youth skincare shaklee tanpa merkuri

Kesan seawal 7 hari dengan youth skincare

Ayuh bertukar kepada Youth Skincare by Shaklee hari ini!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

6 thoughts on “Krim malam Youth Skincare tanpa merkuri

    1. Raihanah Ahmad Post author

      Betul. Saya memang tak pakai la yang oem atau timbang kati tu. Kena hati2

      Reply
  1. Ema

    tak pernah pakai krim malam… malas nak sapu..tapi sebenarnya time malam lah bagus pakai krim kan..sebab kita tengah banyak rehat

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      Ya betul, jangan gadaikan keselamatan diri semata2 nak cantik

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge