Call nowWhatsapp

Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee

Kisah Kejayaan Saya Dengan Shaklee

Pertamanya saya rasa bersyukur sangat kerana diketemukan atau dijodohkan dengan Shaklee. Kerana dengan mengenali Shaklee, berupaya ubah hidup saya, 360 degree juga.

Kisah saya ni mungkin ada persamaan dengan kisah anda, kalau tak sama pun sipi-sipi mungkin ada sama dengan sesiapa. Masalah kita lebih kurang sama sahaja, kan?

Ada satu quote yang saya baca daripada buku The Monk Who Sold His Ferrari. Ditulis oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Winston Churchil, katanya,”

Sure I am that this day we are masters of our fate, that the task which has been set before us is not above our strength; that its pangs and toils are not beyond my endurance. As long as we have faith in our own cause and an unconquerable will to win, victory will not be denied us.

Maksudnya lebih kurang;

“Saya pasti bahawa kita adalah tuan kepada nasib kita, bahawa apa yang dibebankan kepada kita bukanlah sesuatu diluar kemampuan kita, segala penderitaan bukanlah melebihi ketahanan kita. Selagi kita mempunyai kepercayaan terhadap tujuan dan keinginan kita untuk menang, kejayaan kita pasti akan datang.”

Ertinya, kitalah yang menetapkan kemenangan atau kejayaan kita. Segala macam ujian dan cabaran bukanlah diluar kemampuan kita, tapi itu untuk memberikan ketahanan kepada kita.

Langkah Pertama Bergelar Ahli Shaklee

Saya bermula hanya sebagai pengguna. Rasanya semua orang macam ini. Asalnya pengguna Shaklee sahaja. Bila rasa produk Shaklee semakin bagus dan kita merasakan manfaatnya, saya pun setuju bila upline ajak saya mula berkongsi manfaatnya dengan orang sekeliling.

Pada permulaan tahun itu, saya nampaklah keberkesanan Shaklee untuk anak-anak saya yang kerap demam (setiap bulan). Bila amalkan Shaklee, mereka semakin baik. Sistem imun semakin kuat.

Pencapaian Saya Dalam Shaklee

Tahun 2012 saya join Shaklee. Tahun 2014 barulah saya mula serius membina bisnes Shaklee. Perjalanan saya dalam Shaklee sudah 8 tahun hingga kini. Bagi sesetengah orang, lamanya! Kenapa masih tunggu? Ini kejap lagi saya tulis.

Antara pencapaian saya setakat ini dalam Shaklee:

  • Bergelar Senior Coordinator (3 tangga lagi untuk bergelar Master Coordinator)
  • Antara SID dengan rekod jualan Vivix terbanyak (lebih 50 botol sebulan)
  • Penerima car bonus yang dibayar setiap bulan.
  • Menikmati trip mewah Shaklee setiap tahun
  • Seorang Coach Detox yang diiktiraf
  • Penerima bonus hampir 5 angka sebulan
  • Melahirkan seorang leader baru setiap bulan
Coach Shaklee Terbaik Raihanah Coordinator
Antara award yang saya pernah terima

Tips Berjaya Dalam Shaklee

Dalam Shaklee, bisnes ini adalah bisnes saya sendiri. Saya adalah CEO kepada bisnes Shaklee ini. Bos saya bukan upline saya, bukan juga Roger Barnett, bukan Shaklee Malaysia.

Jadi nak bagi kejayaan kepada bisnes ini, sayalah sendiri kena gerakkan bisnes ini sebaiknya.

Kalau nak tau tips, banyak sebenarnya yang saya telah nukilkan dalam posting terdahulu. Tapi dibawah saya senaraikan.

1. Kena faham apa yang ditawarkan oleh syarikat

Biasanya bila sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee, kita akan mendapat bisnes manual. Betullah tidak semua daripada kita suka baca apa yang dituliskan dalam buku manual tu, jadi jangan segan bertanya kepada mentor.

Kalau nak hasil cepat, cari mentor pun kena cepat dan korek ilmu. Wajib tahu perkara asas ok.

2. Mulakan dengan sharing atau perkongsian

Kalau selama ini anda memang merupakan pengguna Shaklee, maka perkara ini sangat mudah. Dengan konsep perkongsian pengalaman, kongsi sahaja apa kebaikan dan kesan yang anda telah rasai. Perubahan positif, share dari hati.

Nak share di mana? Ada banyak medium samada online dan offline. Onlince contohnya di

  • Blog
  • Facebook
  • Instagram

Offline anda boleh kongsikan dimana-mana saja di pejabat, jiran-jiran, saudara mara dan ahli keluarga.

Bersama Vice President Shaklee Corporation di BLNC 2019
Bersama Vice President Shaklee Corporation di BLNC 2019

3. Bisnes Shaklee adalah bisnes ilmu

Sangat banyak peluang dalam Shaklee sebenarnya, itupun jika kita sanggup belajar dan gali ilmu. Dalam kata lain, memang kena rajin membaca sikit. Rajin hadiri majlis ilmu, kelas nutrisi, kelas marketing dan macam-macam lagi yang berkaitan bisnes.

Bila kita buat sesuatu tanpa ilmu, takut kita mudah give up dan berhenti separuh jalan. Jadi sebolehnya cubalah hadiri mana-mana kelas yang bersesuaian.

Antara kelas yang saya hadiri:

  • Kelas nutrisi – selalu Shaklee buat, jadi boleh hadir bila-bila kita berkelapangan
  • Kelas bisnes leader Shaklee – kelas bulanan, hanya leader sahaja, juga tidak wajib. Kalau nak tahu apa info terkini Shaklee digalakkan hadir
  • Kelas marketing – banyak kelas-kelas marketing telah saya hadiri samada marketing online atau offline.
  • Kelas kerohanian. Bagus sangat hadiri kelas ini untuk menambah keimanan kita dan amalan-amalan kerohanian.

Ada antara kelas yang berbayar, tapi kebanyakannya memang percuma. Kelas berbayar biasanya kelas yang dianjurkan oleh sifu-sifu dalam bidang mereka yang bukan Shaklee.

Bertuah berada di dalam #TeamJutawan yang memiliki 10 orang Masters, kelas-kelas memang sangat banyak!

Selain itu, grup saya MAF Empire turut menyediakan kelas secara online menggunakan webinar, whatsapp, telegram dan Facebook. Jadi dimana saja anda boleh hadirinya, tiada masalah.

4. Tindakan

Banyak pergi kelas, ilmu mesti diaplikasikan. Bayar kelas mahal-mahal tiada guna jika tiada tindakan. Jadi balik-balik dari kelas, kena terus apply. Buat saja, kata Nike, “Just Do it”. Kita takkan tahu samada ilmu itu berkesan atau tidak, jika kita tidak buat.

Dalam bisnes online, dan dalam grup kita, ada ramai yang sudi berkongsi. Jika tidak yakin buat sendirian, boleh cari kawan atau sideline yang sama-sama buat dan sama-sama menyokong. Yang penting jangan harapkan orang lain buatkan untuk kita.

Kita usaha, kita dapat.

Alhamdulillah saya dah capai salah satu benefit dari Shaklee iaitu Car Bonus program
Alhamdulillah saya dah capai salah satu benefit dari Shaklee iaitu Car Bonus program

5. Jangan berhenti

Berhenti sekejap boleh rosakkan mood selama-lamanya. Macam tu juga dalam hal lain pun. Kalau kita tengah buat sesuatu, tiba-tiba kita berhenti. Lama juga nak ambil mood nak mula semula kan.

Jadi memang rugi kalau berhenti hatta sekejap sekalipun. Apa yang berlaku, jangan berhenti, jangan mengalah. Walaupun sharing yang kita buat tiada respon, sales setiap bulan masih ditakuk lama meskipun hari-hari kita berusaha, teruskan sahaja. Jangan putus asa dengan rahmat Allah.

Allah tidak zalim, Allah baik sangat. Inilah nikmatnya sabar.

6. Dekatkan diri dengan Pencipta.

Setiap usaha kita mesti Allah tengok. Buat bisnes ni sebenarnya mendekatkan diri kita dengan Pencipta kita. Bagi orang bekerja makan gaji, mereka terima gaji sama setiap bulan.

Bagi orang bisnes, gaji kita tak sama setiap bulan. Wajiblah kita mengharapkan bantuan Allah kan, supaya boleh dapat banyak setiap kali. Dengan itu dengan sendirinya kita rapatkan hubungan dengan Allah.

Trip Cruise Shaklee
Trip Cruise Shaklee 2017

Pengalaman Bisnes Shaklee Dan Kelebihan Saya Sebagai Upline Anda

Saya telah bersama Shaklee selama 8 tahun dalam bisnes. Alhamdulillah memang fokus Shaklee sahaja, dan kini fulltime Shaklee. Kini saya di rank Senior Coordinator. Bukan mudah nak capai, tapi dengan usaha, semua orang boleh berjaya.

Ini kelebihan kami yang tiada pada orang lain:

  1. Kami miliki grup eksklusif coaching one to one dengan mereka yang 100% fokus bisnes Shaklee sahaja sebagai bisnes mereka secara online dan offline.
  2. Kami miliki misi yang jelas untuk melahirkan 15 orang miliki pendapatan sebanyak 4 angka(RM1000-RM9,999) bagi tahun 2019.
  3. Kami cipta silibus tersusun yang mana setiap ahli yang sertai kami walau pun mereka baru bermula dari kosong, mereka boleh terus bermula dengan silibus step by step kami ini. Hanya di ONLINE. Tanpa perlu keluar rumah.
  4. Kami miliki grup cross coaching yang terdiri dari orang-orang yang pakar dalam bidang masing-masing, termasuk 10 orang Masters yang bernaung dibawah #TeamJutawan.
  5. Terdapat doktor, jururawat dan ahli farmasi dalam grup kami yang juga boleh memberi nasihat dari segi pandangan mereka dalam satu-satu penyakit mahupun suplimen cadangan.
  6. Kami mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun dalam bidang nutrisi.
  7. Terdapat pakar nutrisi yang sentiasa berdamping rapat dengan kami untuk membantu berikan ilmu nutrisi dan info berkaitan.
  8. Kami miliki idea yang brilliant yang membantu grup kami membuat sales.
  9. Kami miliki program #JomDetoxJutawan yang mula menjadi trend terkini disamping #ProvenSuccess dan #100%Berkesan.
  10. Sentiasa on air secara live di grup eksklusif #TeamJutawan dan #MAFEmpire untuk terus memberi inspirasi dan semangat untuk berbisnes Shaklee dengan rasa sungguh enjoy!
  11. Kami gunakan konsep mentor mentee yang mana semua orang berhak melontarkan pandangan masing-masing dan sama-sama ambil untuk manfaat bersama.
  12. Konsep “garang namun sayang sangat” dipraktikkan dalam grup ini bagi membantu bina diri yang komited dan bersungguh-sungguh dalam mengejar impian masing-masing
  13. Kami apply “Jerung kejar ikan” dalam grup fokus kami untuk pastikan semua ahli dalam grup ini capai target sales mereka mahu. Kerana sales menunjukkan bukti apa yang kami ajar itu diapply dan dimanfaatkan. Sales juga membuktikan pendapatan yang diperolehi oleh seseorang itu
  14. Kami menekankan konsep semua orang wajib ada pendapatan best dalam Shaklee apabila sertai kumpulan kami. Kiranya kami betol-betol jaga dan buat ahli grup semuanya tercapai impian mereka minimum untuk mendapat RM1000 setiap bulan.
  15. Ahli grup kami semuanya hanya positif saja. Siapa yang ada rasa negatif, fikiran negatif tu pon akan dibantu oleh ahli grup untuk bangkit kembali.
  16. Terbukti lahirkan leader hebat yang hanya dalam tempoh 6 bulan sudah miliki pendapatan 4 angka.
  17. Telah terbukti dapat membentuk ibu-ibu yang berimpian untuk working at home mom dengan berpendapatan ribuan ringgit hanya dengan bekerja dari rumah.
  18. Kami miliki ilmu dalam pengurusan kewangan untuk elakkan berhutang dan juga mudah selesaikan hutang yang sedia ada.
  19. Kami miliki kepakaran dalam berbisnes tanpa modal.
  20. Kami berpengalaman membuatkan anak buah bisnes kami berjaya mendapat pakej melancong percuma ke luar negara dan dalam negara.
  21. Kami miliki skill untuk membentuk anak buah bisnes kami tidak perlu membayar duit rumah dan keretanya kerana Shaklee tolong bayarkan.
  22. Kami miliki skill SEO untuk membentuk anak bisnes kami dalam memiliki blog dan Youtube yang berada muka hadapan Google.
  23. Kami menyediakan poster dan fakta yang penting untuk tujuan marketing.
Diet Keto dan Kuruskan Badan Dengan Pantas
Sayalah Coach Anah, jom saya bantu anda sihat, kuruskan badan dan menjana pendapatan

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

7 thoughts on “Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee

Leave a Reply to Siti Norhidanah Mohd Miswan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge