Call nowWhatsapp

Saya pengguna tegar Shaklee ini sudah masuk tahun ke 4 tahun ini, guna semenjak bersalin anak kedua (hampir 4 tahun lalu) hingga sekarang. Banyak kesan jangkamasa panjang produk Shaklee ini saya rasakan. Ini sebabnya saya guna produk Shaklee untuk pelbagai sebab asalnya.

Mula-mula guna saya fokus untuk set bersalin dan menyusu. Memang superb hasilnya. Dalam berpantang memang sihat, menyusu pun banyak susu walaupun hanya menyusu sebelah. Stok susu banyak dan boleh berhasil menyusu sehingga anak umur 2 tahun.

Dalam pada itu kulit saya perlahan-lahan jadi lebih elok.

Lepas itu saya fokus pula bab kesihatan especially diabetes (sebab saya ada diabetes semasa hamil). Agak lama juga saya fokus bab ini, saya tambah Vivix dalam suplemen harian yang saya ambil. Hasilnya pun superb, bila mengandung anak ketiga saya disahkan tiada GDM dan last checkup pada 6 Julai 2015 lalu pun disahkan tiada diabetes atau penyakit-penyakit lain.

Masuk awal tahun ini saya mula fokus pula bab kesihatan dan kecantikan kulit. Hasilnya sangat best, dalam tempoh 3 bulan berjaya dapat kulit flawless gitew. Siapa pun mesti seronok kan.

Lepas bersalin akhir bulan februari tahun ini saya mula fokus pula untuk kurus. Sehingga kini hampir 5 bulan saya telah hilang 24 kg! Dan ini berlaku walaupun saya menyusu.

Jadi saya tidak hairan dengan kajian yang ingin saya ceritakan kepada anda dibawah. Kajian ini adalah berkenaan sejauh manakah pengambilan produk Shaklee memberikan kesan kepada penggunanya. Dan kajian ini dilakukan oleh pihak ketiga, bermakna ia dilakukan bukan oleh Shaklee.

Apakah landmark study dan mengapa ianya penting?

Landmark study adalah kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti risiko dan manfaat ke atas seseorang yang menggunakan suplimen secara menyeluruh dalam jangka masa yang panjang.

“Landmark Study” penting kerana dalam keterbatasan kajian saintifik, tidak semuanya boleh dibuktikan dengan segera. Suplimen bukannya seperti ubat yang terhasil dari dadah yang diproses di makmal, bukan juga “peluru ajaib” yang boleh tunjukkan kesan segera dan terus dalam masa beberapa minit atau jam sahaja kerana ia merawat simptom tertentu dan melibatkan enzim-enzim tertentu sahaja dalam mengatasi satu-satu masalah kesihatan.

Kebanyakan kajian saintifik yang dibuat adalah untuk jangka masa yang pendek, dan biasanya penyakit mengambil masa selama 10 ke 30 tahun untuk bermula dan menunjukkan kesan kepada tubuh kita. Jadi, “Landmark Study” ini sangat sesuailah kerana kajian dibuat untuk jangka masa yang panjang iaitu lebih dari 20 tahun.

Kenapa mesti ada kajian mengenai “Landmark Study” ini? Kerana kita mesti tahu samada suplimen ini berbahaya atau bermanfaat kepada kesihatan kita.

Kos yang tinggi diperlukan untuk melakukan landmark Study ini. Kerana itulah, tidak semua syarikat suplimen melakukan “Landmark Study” ini ke atas pengguna suplimen mereka.

Siapakah yang melaksanakan landmark study ini

“Landmark Study” ini telah dijalankan oleh salah seorang daripada saintis yang top di dunia dalam bidang nutrisi di UC Berkeley, iaitu Dr Gladys Block. Dr. Block miliki beratus-ratus kajian dalam bidang ini. Seluruh dunia menggunakan borang kajiannya dalam membuat kajian dalam bidang nutrisi. Dr. Block telah meminta dari Shaklee untuk beliau menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh waktu yang panjang. Mengapa beliau memilih Shaklee?

  • Reputasi Shaklee yang terkenal dan memang dikenali dengan integriti dan kualitinya
  • Shaklee mempunyai kumpulan pengguna yang sesuai kerana mereka adalah pengguna Shaklee yang tegar, yang menggunakan produk Shaklee dalam jangka masa yang panjang.

Apabila Dr Block mengutarakan permintaannya terhadap Shaklee, CEO Shaklee Corporation mengalu-alukan “Landmark Study” dilakukan ke atas Shaklee. Kenapa? Kerana Mr Roger sangat yakin bahawa suplimen Shaklee sememangnya memiliki keistimewaan tersendiri dan diyakini selamat dan tidak memudaratkan sesiapa pun dalam jangka pendek mahupun jangka masa panjang. Mr Roger juga tahu bukti yang lebih konkrit akan diperolehi mengenai kesan pengambilan suplimen Shaklee ini apabila Landmark Study dilakukan ke atas pengguna Shaklee.

Tentang Landmark Study ini, tidak banyak syarikat yang memberi keizinan kepada pihak ketiga untuk menjalankan kajian ke atas produk mereka kerana ia boleh memberi impak kepada syarikat seandainya keputusan atau “result” dari kajian yang dijalankan itu menunjukkan produk mereka tidak berkesan, mahupon memudaratkan.

Ini jauh berbeza dengan Shaklee yang begitu yakin dengan keberkesanan produknya kerana pelbagai kajian saintifik dan ujian klinikal dijalankan terlebih dahulu sebelum menghasilkan satu-satu produk.. Oleh sebab itu, kami sebagai pengedar, bukan saja-saja suka hati mengatakan produk ini berkesan dan selamat tetapi ianya telah dibuktikan berkesan dan selamat!

Bagaimana landmark study dilakukan

3 kumpulan diasingkan mengikut kategori:

  1. Kumpulan Shaklee – Telah mengamalkan pelbagai suplimen Shaklee selama 20 tahun ke atas.
  2. Pengguna multivitamin produk lain (MV)
  3. Pengguna yang tidak menggunakan apa-apa suplimen

Keputusan Landmark study

Nutrisi Dalam Darah

Nutrisi di dalam suplimen Shaklee adalah sangat “bioavailable” iaitu nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tubuh dengan baik, terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sasar MV dan tanpa suplimen.

Nutrisi di dalam suplimen Shaklee adalah sangat “bioavailable” iaitu nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tubuh dengan baik, terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sasar MV dan tanpa suplimen.

Mengurangkan risiko penyakit

Pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat, mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat, mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Pengguna suplimen Shaklee menunjukkan kadar yang rendah dalam mendapat penyakit.

Pengguna suplimen Shaklee menunjukkan kadar yang rendah dalam mendapat penyakit.

Biomarkers yang dikaji di dalam Landmark Study ini adalah Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Triglycerides

Biomarkers yang dikaji di dalam Landmark Study ini adalah Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Triglycerides

Hasil kajian membuktikan, suplimen Shaklee  adalah selamat tanpa menyebabkan pengumpulan nutrisi di aras toksik dalam tubuh pengguna.

Dr. Gladys Block memperakui, hasil kajian mendapati pengguna akan mendapat manfaat dari penggunaan suplemen untuk jangka masa yang panjang.

Dr. Gladys Block memperakui, hasil kajian mendapati pengguna akan mendapat manfaat dari penggunaan suplemen untuk jangka masa yang panjang.

Kesimpulan tentang “Shaklee Landmark Study“

Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpamanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangka masa panjang – Tiada siapa yang pernah melakukan kajian seperti ini melainkan Shaklee.

  1. Pengguna produk Shaklee mempunyai level nutrisi dalam darah yang lebih baik–Terbukti produk Shaklee adalah bioavailable di mana ia mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
  2. Pengguna Shaklee mempunyai biomarkers of disease risk yang lebih baik –Terbukti menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko dari penyakit.
  3. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah–Terbukti menggunakan Shaklee anda boleh meningkatkan taraf kesihatan anda.
  4. Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik –Terbukti anda mampu hidup lebih sihat.
    Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplimen Shaklee –Terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangka masa panjang!

Sekiranya anda mencari hidup yang lebih sihat dan berpanjangan atau anda mencari lebih tenaga dan muda Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih muda, sihat, dan bertenaga! Pilihan di tangan anda, saya telah memilih yang terbaik dan saya yakin anda pasti memilih yang terbaik!

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)