Call nowWhatsapp

Disebabkan bulan ini bulan promosi Omega Guard, saya ingin bawakan maklumat berkenaan kepentingan ramuan dalam minyak ikan. Ramai yang tahu berkenaan EPA dan DHA kan, ramai yang suka beli minyak ikan.

Tapi mungkin ramai belum tahu apa fungsi EPA dan DHA kepada kesihatan otak kita.

Sumber terbaik EPA dan DHA ialah ikan air sejuk seperti ikan bilis, ikan kembung, sardin, salmon dan hering. Jika anda tidak selalu makan ikan-ikan ini, anda juga boleh dapat nutrien yang setimpal daripada EPA dan DHA.

Omega Guard Memberikan khasiat minyak ikan tulen dan semulajadi

Omega Guard Memberikan khasiat minyak ikan tulen dan semulajadi

Apakah EPA dan DHA

Definisi EPA dan DHA;

“Dalam tubuh, asid lemak omega-3 ditukar kepada DHA dan EPA (asid docosahexaenoic dan asideicosapentaenoic, masing-masing). DHA dan EPA yang sangat lemak tak tepu yang memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan visi dan fungsi otak bayi.

EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Peranan EPA dan DHA

Kalau ikutkan carta di bawah, EPA dan DHA sangat memainkan peranan daripada dalam kandungan hingga tua, terutama kesihatan otak.

Nutrien EPA dan DHA penting untuk kesihatan otak pada setiap peringkat kehidupan

Nutrien EPA dan DHA penting untuk kesihatan otak pada setiap peringkat kehidupan

Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan

Wanita mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat).

Manfaat Omega 3 Minyak Ikan Kepada Ibu Hamil

Manfaat Omega 3 Untuk Ibu Hamil

Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari, wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.

Wah, patutlah Sarah memang tidur dengan baik, berbeza dengan abang-abangnya dahulu. Ehem

Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin. Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum.

Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha – linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.

Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha – linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega – 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Minyak Ikan terbaik dunia untuk kanak-kanak pintar

Pada umur 2 tahun sudah pegang pensel dengan betul

Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.

Omega – 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia.
Buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.

Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada orang dewasa

Bagi orang dewasa,banyak fungsi-fungsi DHA dan EPA seperti senarai berikut

  1. Kesihatan mental dan kognitif
  2. Kesihatan jantung dan kolestrol
  3. Menurunkan berat badan
  4. Mencantikkan kulit
  5. Membantu mengurangkan kesan penyakit arthritis

Anda boleh klik pada link itu ya untuk baca info lebih detail.

Kebaikan Minyak Ikan Kepada Kesihatan

Kebaikan Minyak Ikan Kepada Kesihatan

Kesimpulanya, untuk perkembangan anak-anak yang optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Contoh makanan yang kaya dengan Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dengan omega 3), kekacang.

Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dalam diet harian boleh dibantu dengan pengambilan supplemen Omega yang lengkap dgn DHA dan EPA. Selain beli untuk anak-anak, Omega ini boleh kita kongsikan dengan kita sendiri (ibu ayah, selain untuk ibu ayah kita yang sudah tua).

Kenapa Pilih Omega Guard

Saya sendiri telah menggunakan Omega Guard sudah masuk 4 tahun, begitu juga anak-anak dan ibu bapa saya.

  1. Ibu bapa saya gunakan untuk sakit sendi dan arthritis, selain untuk kolestrol.
  2. Saya pula guna untuk kuruskan badan, disamping saya mahukan khasiatnya untuk anak saya yang masih menyusu. Baby Sarah memang telah ada asthma dan bronkitis sejak berumur 4 bulan lagi.
  3. Anak-anak pula ambil untuk pembelajaran, pertahanan badan mereka.

Omega guard memang terbaik. Sebab:

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.* 
Manfaat Omega 3 Minyak Ikan Kepada Ibu Mengandung

Faktor Pemilihan Omega 3 Minyak Ikan

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)